berkelah

Assalamualaikum.



Saya ni banyak habiskan masa kat dalam rumah.sekali sekala bila keluar tu saya punya tahap jakun tu memang agak melampau sikit la wakaka.selalu rindu nak buat perkara-perkara yang saya pernah buat dulu, salah satunya ialah berkelah.tak kuasa lah nak pi berkelah kat air terjun atau tepi pantai, penakut sikit lah saya ni, so rasa macam teringin nak berkelah kat park.. bajet minah saleh kata koooo.tapi kat sini mana nak cari park kat yang sesuai untuk berkelah, so carik ja lah mana-mana tempat berumput pun.asalkan ada aura-aura park pun cukup lah.




waktu ni musim raya cina.punya lah meriah hiasan merah ang-ang.haku pun sibuk nak pi usha -..-



sebenarnya tak plan pun nak pi berkelah.keluar tanpa arah tujuan lepas tu lapaq la pulak.singgah beli kfc, rasa malas nak makan kat dalam restoran tu.punya lah pikir nak makan kat mana, tiba-tiba teringin nak rasa berkelah.tak tau dah nak pi mana, teringat tempat yang saya suka singgah rehat-rehat dulu.TEPI HIGHWAY! ada stesen minyak dan kawasan rehat tepi tu tapi kena hati-hati, macam bahaya jugak kat sini.nasib lah waktu kami pi tu ada staff plus dan kereta lain tengah rehat jugak.itu pun kecut perut haku bila geng-geng motor lalu dan dua dari depa berhenti lama sambil tengok-tengok kami.lepas ni tak mau pi dah weh! hahaha.




si kfc dan si peneman saya pada hari ituuu..hewhew(gedik kauuu).




bersimpuh ayu konon.tak tengok lagik waktu dia makan..wakaka.



manisnya dia ni senyum.. kahkah! yang ni kau orang boleh pilih nak gelak ka, nak muntah ka, nak ngutuk ka.level of confident setinggi gunung -..-"




seronok dapat jumpa rumput walaupun rumput pun macam hidup segan mati tak mahu ='D




ceceh...



suka pokok ni.bila ditiup angin nampak cantik.rasa sejuk dan tenang ja bila tengok.tapi i bet lah pokok ni mesti tak suka tengok haku..kuangkuang T__________T



saya memang suka ambil gambar macam ni, terutama gambar nampak langit.penuh folder dengan gambar-gambar gini.waktu ni dah habis sesi berkelah.saja terus ronda sebab bosan haha.




lepas tu secara tak sengaja si peneman tanya " nak pi opera(kedai kasut) tak? hari tu cakap nak pi kan?" berdesup saya angguk.bila dah pi, berdesup beli 2 pasang kasut dan berdesup duit keluar macam air T________T saya baru tau rupanya dekat bangunan jusco perda yang lama tu masih ada kedai yang beroperasi macam opera ni.siap ada parkson kat dalam tu.jakunnya.ingatkan dah tutup semua, punya lah kecewa sebab ingatkan kedai opera dah tak dak.kat jusco baru pun tak dak.gembira bukan kepalang bila tau opera masih ada kat sini.semua kasut saya beli kat opera.sekali beli berpasang-pasang sebab kasut dia comel dan tahan lama haha.tapi rasa macam sedih pulak bila masuk sini.banyak kenangan kat jusco perda ni..sekarang suasana dah lain.. sobs.



ok tu saja.selamat berpuasa evelibadi =D
terima kasih, baibai.







No comments: