resepi spaghetti carbonara tumis

Assalamualaikum.


Sebenarnya dah lama dapur cik puan datin markonah tak berasap! cewahhh.banyak la kau tak berasap, sebenarnya bukan pernah masak pun.. kalau ada dok share pasal masak-masak kat blog ni pun kakna atau mak yang punya kerja.cik puan kau nih makan dan menyibuk dia pandai lah..lepas tu ada hati share dekat blog macam dia yang berhempas pulas membanting tulang dekat dapur.propa sangaaatttt kannnn? T______T


jadi sempena meraikan bulan DAHKU KUAT MAKAN(sebab ku kuat makan sekarang), marilah saya nak share resepi spaghetti carbonara tumis yang kakna buat hari tu.selalu spaghetti ni orang masak kuah asing kan? tapi sebab kakna punya stail masak suka campak ikut sedap hati dia je, jadi dia tukarkan resepi ni dengan memasak spaghetti tumis sekali dengan kuah carbonara.resepi pulak dia main hentam je apa yang ada.nasib lah memang sedap(dari rasa mulut saya yang cerewet ni).so let's memasak kawan-kawan!



bahan-bahan:
1. sos prego carbonara cendawan(jenama prego ye, bukan pregi..kahkah! ok, hambar -.-')
2. bawang putih yang didagdigdug halus(dadu halus ka cincang pun i tak tau nak panggil apa)
3. bawang besar yang dah jadi kecik selepas didadu/dicincang halus
4. sosej yang dipotong nipis lagi seksi

bahan yang tiada dalam gambar:
5. spaghetti
6. sedikit minyak masak dan garam untuk rebus dengan spaghetti.
7. butter atau planta untuk menumis
8. sedikit garam(nak tambah rasa sikit je)
9. sedikit air
10. keju(ni lebihan yang ada dalam peti ais, kakna saja taruk sebab nak perabis keju tu)
11. parsley leaf(yang ni tak tau apa motif taruk dia)



rebus spaghetti bersama sedikit minyak masak dan garam.motifnya supaya spaghetti tu tak melekat dan garam untuk tambah rasa sikit.takde lah rasanya tawar dan hambar umpama lagu tanpa irama..ceehhh! kalau bab merepek kau lah juara :'D



spaghetti yang dah direbus lembut macam perempuan melayu terakhir.



dalam kuali, panaskan butter atau mentega sampai cair.



tumis bawang putih sampai kekuningan.



masukkan bawang besar dan biar sampai kekuningan.



masukkan sosej.


masukkan sos prego carbornara cendawan, sedikit air, sedikit garam dan keju.kacau sebentar sampai kuah jadi likat sikit.kepingan keju tu tak tahan betul.. kahkah. kau jangan main-main, ini penangan orang masak main campak-campak.apa dia nampak dalam peti ais, itu lah yang dia campak..haha.



masukkan spaghetti yang dah direbus tadi dan kacau sebati.takyah biar lama-lama, asalkan sebati dah boleh tutup api.



taburkan parsley leaf(kalau ada lah).tapi sebenarnya saya tak tau pun apa motif kakna taruk benda ni.untuk kasi wangi? perasa? perasaan(dari segi rupa paras masakkan ni)? tidak lah dikenalpasti.yang penting rasa dia sedap dah puas hati dah kan? hewhew.



siap untuk dimakan.memandangkan dah masak sekali kuah, ada baiknya lepas masak tu terus makan.kalau biar nanti dia kembang setaman pulak kan? walau apa pun rasa dia, makan sampai licin satu kuali tau? takyah tinggal walau seurat spaghetti pun.rugi weh..rugi! penat-penat kau tunjuk rajin kan dapur, makan lah sampai mengalir air mata kan? bhahaha.



portion yang besar gedabak ni CCE yang makan.sejak bekerja di tingkat 5 ni, selera dia agak besar dan gedabak ye kawan-kawan..kahkah.kalau dia tau haku dok mengutuk ni, maunya dia sekeh aku dengan kasut kawen dia..bhahaha.orang dah kawen katekan..weewwiit!



terima kasih sebab baca, sila lah cuba(pantun gituuu).
baibai.


No comments: