review product: contact lens passion moontsone

Assalamualaikum.



indahnya kehidupan orang yang takde masalah rabun macam orang-orang yang rabun.salah seorang yang rabun ialah saya.sudah lah rabun, tak boleh pakai speck sebarangan sebab nanti sakit kepala kaw-kaw punya, tapi alhamdulilah sekarang dah jumpa speck yang tak sakitkan kepala.tapi sekali sekala tetap kena pakai contact lens, maka diri ini dan contact lens langsung tak dapat dipisahkan umpama air yang dicincang tidak akan putus..kahkah..what the fun (-..-')



AMARAN!
saya review dari pengalaman sendiri yang guna.kesannya mungkin berbeza untuk setiap orang.



maka dengan itu macam-macam contact lens lah yang saya cuba termasuklah jenama passion.baru berjinak-jinak dengan jenama ni.boleh beli dekat kedai speck.


produk:
contact lens jenama passion

warna:
moonstone(gray)

saiz:
15mm

jangka hayat:
1 bulan

power:
boleh letak power dan ada juga yang kosong(tiada power)

harga:
RM50.00

tempat beli:
kedai speck yang menjual contact lens jenama passion



packaging.



corak contact lens.ada ring hitam di keliling lens, so mata akan nampak besar sikit.



bila pakai mata nampak besar sikit.pandangan mata jelas, maknanya bulatan di tengah lens tu besar dan warna sekelilingnya tak menganggu pandangan mata.paling best sebab selesa.tak rasa sakit, tak rasa macam ada benda kat dalam mata.warna lens nampak gelap sikit kecuali kalau betul-betul ada cahaya baru warna dia nampak terang.



rupa saya bila pakai contact lens passion moonstone(gray)).ok jugak tapi memang selesa.selesa tu lah yang paling saya suka.ingat tau, kalau pakai contact lens cari lah yang membuatkan mata kita selesa dan tak sakit.jenama yang bagus, cara pemakaian dan cuci kena betul, barulah mata kita tak problem..insyaallah.



selamat berpuasa semua :)
terima kasih.
baibai.

No comments: