anniversary dinner

Assalamualaikum.



25.5.15 yang lepas, saya keluar makan-makan untuk sambut anniversary yang keeee...... tettt! haha.sambut awal dari tarikh sebenar.tiada lah sambutan yang grand dan ini anniversary biasa-biasa je poonnnn.tapi saja nak share jugak.maaf lah ye kualiti gambar dalam entry ni tak seindah rupa(what the?) sebab pergi dah gelap sikit, lampu restoran pulak terlebih romantik, terpaksa tukar setting kamera.tak pasal-pasal kualitinya hancus.tapi boleh laa... boleh laa(nada jarjit).


p/s: minta maaf kalau baca entry ni di waktu siang sebab ada bab makan-makan.
selamat berpuasa semua.



cik puan menunduk malu..adakah dia seorang yang pemalu? kahkah.




si dia yang tak perlu malu-malu sebab dahku dah crop kepala awal-awal lagi..kahkah sekali lagi (-..-")




memandangkan ini dinner anniversary, saja mengada request nak makan kat blackwood.dekat ja pun dengan rumah.niat di hati nak makan sejenis menu spaghetti yang sedap tu, tapi depa dah tukar menu lah.so ini yang saya order.namanya marinara seafood spaghetti.first time tau saya makan mussel tu.selalu tengok mat saleh taruk dalam spaghetti kan, tu yang teringin nak makan.rasa dia biasa ja pun.teruk ja haku teringin haha.



portion dia besar,makan sampai tak habis la.ke sebab rasanya pelik sikit, itu pasal yang tak habis? haha.tapi banyak jugak saya makan.macam saya cakap tadi, rasa dia pelik sikit tapi boleh diterima tekak lah.dia tak pedas, lepas makan ni, saya takde rasa hurtburn pun, jadi perut saya selesa! kalau nak tau saya ni bukan boleh makan sembarangan pun.mesti lepas tu heartburn dan sakit sangat sampai susah nafas dan tak boleh berjalan.kesian kan? haha.



ini si dia yang order.nama menu ni hunter lamb shoulder.ni pun portion dia besar.siap ada salad lagik.tapi maaf lah, tak reti nak bagitau rasa apa sebab ini kambing.saya tak makan kambing, tak dapat merasa sama.



si dia cakap isinya lembut.tengok waktu dia makan pun tau yang dagingnya memang lembut :)




saya minum hazelnut chocolate ice.ni memang favourite saya.dulu kerap sangat pi beli, tapi sejak ada gst memang tak beli dah.waktu dinner ni je la saya beli semula.mahal oiiii! haha.rasa dia manis-lemak-berkrim.si dia pulak minum classic chocolate ice.rasa pahit sikit sebab coklat kan.


sebelum ni ada lah 2,3 kali datang sini.sekarang kalau nak makan kat sini kena pikir banyak kali sebab selain harga asalnya memang standard harga cafe, ada pulak gst dan service charge jugak.bayangkan harganya macam mana? kami makan berdua ni pun boleh tahan(ke boleh pengsan?) tengok bilnya haha.mungkin orang lain rasa biasa je harga dia, tapi untuk saya yang berjimat cermat sekarang ni kena ambil kira jugak kos makan kan? so waktu gaji boleh la sekali sekala nak hilangkan teringin hehe.



terima kasih.
baibai.










No comments: