homemade steamboat untuk berbuka dan birthday kakna

Assalamualaikum.



Adakah anda dah takde idea nak masak untuk berbuka? atau tak tau nak makan kuih apa untuk berbuka? apa kata anda cuba buat steamboat pula.best wooo bersteamboat beramai-ramai dengan family untuk berbuka.tak yah guna periuk dapur macam kat kedai, beli saja periuk serbaguna dan anda boleh masak macam-macam guna periuk tu termasuk la buat steamboat.saya beli periuk tu kat tesco, harga tak sampai RM100 pun.


eh... sebenarnya kalau anda nak tau steamboat ni kitaorang buat sebelum puasa lagi.waktu sambut birthday kakna..haha.asal birthday ja mesti nak buat steamboat kan.tapi alang-alang update waktu bulan puasa ni, kita bagi lah idea untuk berbuka dengan steamboat.meh la try =)



ada isi ketam, udang,fishball dan sebagainya.campak lah apa yang anda teringin nak makan.



sosej dan yee mee.sedap weh taruk yee mee ni.



jangan lupa tambah sayur untuk merawat sem**** kahkah! kami guna sayur pokcoy(rupa macam sawi tapi pokcoy kecik dan pendek).tambah juga daun limau purut yang diramas, bawang besar yang dihiris, cabai melaka yang diketuk, bawang putih yang diketuk, serai yang diketuk, lengkuas yang diketuk, dan buah limau untuk perah airnya nanti.agak-agak lah kuantiti bahannya.family saya memang masak campak-campak je.


kami semua suka steamboat kuah tomyam, so jangan lupa perencah tom yam.takde ni tak jadik!
benda yang tiada dalam gambar: air, garam,gula dan tukang tangkap gambar ni..ceh!



masukkan air secukupnya untuk buat kuah lepas tu masukkan perencah tom yam, campak semua bahan dan biar mendidih.agak-agak dah ok, masukkan bahan stemboat pilihan anda dan mulalah bersteamboat. muhahaha.muahaha tu efek tambahan je, takde pun takpe -..-"



haaa.... campak je semua uolsss... 


bersteamboat lah sampai puas hati.



steamboat bersila seisi keluarga :'D



kek untuk birthday girl, si kakna, puhahaha.girl lagik ke uolss? umur dah 34, anak dah 2 orang.forever girl kat dalam hati dah la k? haha.



kesian birthday girl, nampak tangan je dok potong kek.kek dah upgrade sikit tahun ni, kalau tahun yang lepas-lepas kek dia kek barbie! kahkah..si aina darjah 3 yang beli untuk mama dia, of course lah beli ikut suka ja haha.



sorry lah kalau tergugat tengok gambar makanan di siang hari.kita nak share resepi dan bagi idea ja tau.


terima kasih.


No comments: