product review: hermosa by belinda whitening toner

Assalamualaikum.


walaupun saya dikira suka jaga muka, tapi sejak dulu saya memang jarang atau boleh dikatakan tak guna langsung toner! tak tau lah kenapa kan.tapi baru-baru ni saya tergerak hati(ceh) nak guna toner pulak sebab setiap kali lepas cuci muka, saya perasan mesti ada lagi kesan kotoran kat kulit, terutama kalau sebelum tu pakai mekap.sisa bedak melekat kat kulit.biasa lah, dulu tak terfikir nak belek kulit muka secara teliti, sekarang kemain membelek sampai kotor sikit pun dah naik risau.tak best tau sebab takut naik jerawat..hehe.


dok terfikir lah time tu, kalau guna toner mesti sisa kotoran ni boleh hilang sebab toner jugak sebahagian dari proses membersihkan kulit dan menutup pori selain dari fungsi-fungsinya yang lain.tapi kat mana nak cekau toner? bukan pernah beli pun.. haha padan muka! time ni baru nak insaf sikit sebab tak pernah ada toner.


punya lah dok cari toner brand apa yang elok untuk saya pakai.maklumlah tak biasa pakai toner, jadi bukan tau sangat pun kan haha.nak dijadikan cerita, secara kebetulan saya terguna toner jenama Hermosa By Belinda Whitening Toner.sampai sekarang saya guna toner ni.alang-alang dah guna, mesti lah nak review kan? mana lah tau review ni boleh membantu awak semua yang masih was-was nak cuba toner ni.jom baca review :)


produk:
whitening toner jenama hermosa by belinda

saiz:
150ml

harga:
RM69.00 NOW ADA PROMOSI! RM59.00 sahaja.

cara beli:
boleh beli melalui whatsapp/email/website.

tempat beli/laman sosial/no phone:-
facebook: hermosabybelinda (klik di sini)
instagram; hermosabybelinda (klik di sini)
website: www.hermosabybelinda.com (klik di sini)
no.tel: +60122039404



pos ke rumah siap ada paper bag.orang perempuan pelik, beli barang dapat paper bag pun happy tak terkira haha.



toner bersaiz 150ml boleh tahan lebih dari 4 bulan(bergantung pada penggunaan kita).jimat dan berbaloi!



kotak luarnya.



botol dan packaging yang cantik setanding produk luar negara.paling best sebab produk hermosa 100% dari bahan semulajadi dan tanpa bahan kimia.



jenis spray dan mudah nak guna.



senang sungguh cara guna toner ni.spray kan saja ke seluruh muka.
taappiiiiii....!
.
.
saya suka guna kapas.sebab saya nak hilangkan sisa kotoran yang masih melekat di kulit walaupun dah cuci muka.kita mesti sangka selepas cuci muka, kulit kita dah bersih 100%.tapi sebenarnya tak pun.masih ada lagi sisa yang tertinggal.kat sini lah salah satu fungsi toner.selepas cuci muka saya akan spray hermosa by belinda whitening toner ke atas kapas(agak-agak sampai basah sikit), lepas tu sapukan ke seluruh kulit muka dan leher.



haaaa.... nampak tak kesan kotoran kat kapas ni? inilah sisa kotoran yang dah keluar.siapa sangka ada lagi kotoran tersembunyi selepas cuci muka macam biasa tu kan? so jom la kita biasakan diri guna toner ok?



muka saya selepas disapu hermosa by belinda whitening toner.tak tahu lah kenapa setiap kali pakai toner ni kulit saya nampak glowing sikit.tapi yang penting.. walaupun kadang-kadang tak pakai pelembab, tapi sapu ja toner, kulit saya jadi lembut dan lembab.



sebelum pakai mekap pun boleh guna dulu hermosa by belinda whitening toner.mekap lagi berseri dan nampak elok.dalam gambar ni saya spray toner ni ke seluruh muka, bila dah menyerap sikit ke kulit baru lah saya start pakai bedak dan bermekap.tektur kulit jadi licin dan lembab je tau.


MAKLUMAT HERMOSA BY BELINDA:
  • 100% produk berasaskan bahan semulajadi
  • halal
  • sesuai untuk perempuan mahupun lelaki
  • sesuai untuk semua jenis kulit, terutama kulit yang sensitif
  • sesiapa yang mempunyai kulit yang sensitif akan mendapat kelegaan daripada cela, kulit yang tersumbat dan kulit yang kering setelah beralih kepada produk penjagaan kulit hermosa.
  • kandungan bahan yang selamat
  • pH seimbang
  • bebas dari bahan kimia
  • selamat untuk digunakan seisi keluarga
  • produk berkualiti tinggi untuk kebaikan jangka panjang pengguna
  • dikilangkan di pusat pengeluaran yang disahkan ISO dan GMP
  • hermosa telah menjalankan lebih dari 1,000 ujikaji selama 2 tahun
  • produk-produk hermosa boleh didapati di seluruh malaysia termasuk oratis pharmaceutical.

FUNGSI HERMOSA BY BELINDA WHITENING TONER:
  • toner yang bersifat lembut(untuk kulit)
  • melembabkan kulit
  • tona kulit sekata
  • kulit menjadi cerah
  • penggunaan yang teratur selepas pencucian menjadikan kulit kelihatan sihat berseri
  • haruman aromatic meningkatkan mood
  • wajah lebih berseri dengan pati bunga rose dan aloe vera dalam masa 14 hari
  • gunakan toner ini untuk mencergaskan/menyegarkan semula kulit sepanjang hari, 'set' kan solekan di wajah dan melegakan kerengsaan.

HASIL PENGGUNAAN SAYA:
  • haruman bunga rose yang lembut dan bersifat aromatic boleh menenangkan kita yang pakai toner ni.takde bau kuat yang memeningkan kepala, hehe.
  • toner ni sangat lembut.kita boleh rasa sendiri selepas apply ke kulit.tak pedih, tak cekangkan kulit, tak berangin.
  • menghilangkan sisa kotoran yang degil di kulit, ni yang paling saya suka.
  • kulit jadi lembut dan lembab sepanjang hari.
  • kulit nampak sihat,lembab dan glowing.kalau macam ni memang kurang nampak tua tau.
  • apply sebelum mekap, hasilnya tekstur kulit jadi licin dan senang nak tempek mekap.
  • boleh spray anytime ke muka.terus muka kita akan nampak fresh.
  • keseluruhannya saya suka toner ni.saya dok guna sampai la sekarang.selain sapu guna kapas, bila duduk saja-saja pun saya spray ke seluruh muka.fresh sikit rasa.kulit pun lembut dan nampak glowing.

awak semua pun patut cuba toner ni.bukan senang nak cari produk yang guna 100% bahan semulajadi tanpa kimia,mana tahu hasilnya positif macam yang saya alami kan? lagipun ada banyak lagi produk penjagaan kulit hermosa.saya pun teringin nak cuba produk hermosa yang lain :)


kalau nak beli boleh contact hermosa dekat maklumat yang saya bagi di atas entry ni tadi.


terima kasih.
baibai.









No comments: