resepi kuih buah melaka untuk berbuka

Assalamualaikum.



itu hari saya teringin nak makan kuih buah melaka.bukan sehari dua teringin, sejak awai tahun lagik dah teringin tapi tak dapat-dapat sebab teringin hat homemade bukan yang beli.haaa.. nampak tak tahap mengada tu macam mana? alhamdulilah akhirnya mak buat jugak.terharu iolllssss T_______T



bahan-bahannya:
tepung pelita.. EH! tepung pulut la deyyy!
air secukup rasa(kahkah)
perisa merangkap pewarna pandan
gula gerek/geghek.ni kedah yang panggey, negeri lain cek tak tau nah.

*kuantiti bahan tu hangpa agak-agak la noh? mak kami pun buat agak-agak ja.



gula gerek tu potong dadu ceni.dulu zaman saya kecik-kecik gula ni mudah lembut.cair kat dalam mulut bila digigit.la ni punya lah keras! baling kucing pengsan pa? kahkah punya nak muhung -..-"



nyok atau kelapa.gaul dengan garam sikit.yang ni kita gaul kuih buah melaka lepas dah siap masak nanti.



boh perisa merangkap pewarna pandan tu kat dalam tepung.mak-mak kita pun dah terer guna hat segera.tak main dah daun pandan.padahai selonggok pokok pandan kat belakang ghumah.sampai tak nampak ghupa ghumah dah, punya la rimbun.ok,ok sambung balik...lepaih tu boh air dan gaul sebati.lepaih tu uli la sampai jadi adunan yang boleh gentel jadi kuih.tak tau lah nak guna ayat macam mana..haha.pandai-pandai la hangpa paham kan.dalam adunan tepung ni tak boh gula dan garam sebab satgi nak boh gula gerek sebagai inti dan garam dah campur dalam nyok.



haaa uli sampai jadi ceni.guna tangan nah.sempoi punya cap jari mak kami.. kahkah.



ikut la besaq mana nak buat kuih tu.mak kami buat haluih-haluih comey ja.so ambil adunan sikit dan bulatkan.lepas tu tekan bagi leper dan boh satu biji gula gerek.tutup balik bagi jadi bulat-bulat semula.kalau hangpa malaih boleh la buat saiz besaq-besaq.cepat sikit adunan tu habeh kan? nampak dak? canteekkk punya kaverline..hahahahahah!



lepas tu rebus(rebus?) dia dalam air mendidih sampai timbul.kalau timbul tu maknanya dah masak.boleh angkat dah.



angkat dan boh dalam air sejuk pulak.supaya dia tak melekat sesama sendiri kot? 



gaul dengan nyok tadi.



siap dah.



boleh dah nak jamu mak mertua ka, bakal mak mertua ka, ipar duai ka kan? nescaya anda akan  lebih disayangi..kahkah.owh lupa nak bagitau, saja letak tajuk "resepi kuih buah melaka untuk berbuka" sebab nak ambik feel bulan posa..haha.selamat mencuba.boleh buat untuk berbuka satgi.



terima kasih.

No comments: