makeup tutorial: exo baekyun inspired makeup

Assalamualaikum.


hai uolss... zoeyzauyah dah kembali dengan tuto mekap beliau yang terbaru...! ceewaaah! punya lah rindu nak merakam diri sendiri kat depan kamera sampai minta kawan2 kat ig dengan blog doakan saya ada rezeki dapat beli kamera baru.tak sampai berapa lama tup-tup memang ada rezeki dan betul-betul beli kamera baru! terima kasih lah untuk sapa-sapa yang tolong doakan kat saya tu.semoga doa anda yang baik-baik tu akan berbalik semula kepada diri anda, insyaallah..amin.


sebagai 'pemanas badan' saya buat tuto mekap yang jadi favourite saya kebelakangan ni.mekap ni asalnya lelaki yang buat.kau jangan main-main, lelaki pun mekap kalah pompuan apa kes? bhahaha emo pulak aku nih.sapa yang minat artis korea mesti kenal punya lah dengan kumpulan exo.glamer tahap tak boleh dibendung, lepas tu saya pun terkena tempias sekali dengar lagu-lagu dia.lepas tu terjangkit pulak buat mekap macam baekhyun, salah seorang anggota kumpulan exo tu.kaum perempuan sila cuba mekap ni kalau anda berani.kaum lelaki takyah la weh.


ni lah byun baekhyun, anggota kumpulan exo.mekap dia yang ni memang glamer, dah jadi macam tredemak dia dah.mekap ni lebih tertumpu di kawasan mata yang menyerlah.pipi dan bibir pulak lebih natural.saya ambil inspirasi ja, selebihnya saya buat ikut cara saya sendiri.jenuh lah nak ikut sebijik-sebijik.bentuk mata, kulit dan muka pun lain-lain kan.



jom tengok video ni.cara mekap mudah ja pun.pertama kali record guna kamera baru, tak terer lagi main lighting dengan fokus.selalu lari fokus.insyaalah lepas ni perbaiki lagi tang cahaya dengan fokus noohh? biasa lah sementara nak biasa dengan benda baru.tapi kalau hangpa tengok dalam ni benda paling jelas dan nyata ialah kulit saya yang teruk...haha.tak tau nak teriak ka nak gelak ni.hari tu kulit saya problem sikit, dengan parut, dengan ruam, dengan hitam lit-lit.sekarang dalam proses merawat.minta-minta lepas ni elok balik..insyaallah.

p/s: list produk yang saya guna ada tulis kat dalam video dan dekat dalam description box video ni.jangan lupa klik HD tau.elok sikit kualiti video dia.


kat bawah ni antara gambar-gambar saya keluar dengan mekap inspirasi dari byun baekhyun.
.
.
.







hat ni terang sikit.baru nampak dramatik.. hehe.






hat ni versi soft sikit.












jumpa lagi dalam next tutorial..insyaallah :)


terima kasih.
baibai.

No comments: