cara membentuk bibir yang tak seimbang

Assalamualaikum.


Bibir saya nipis kat bahagian atas berbanding bibir di bahagian bawah, so dia nampak tak seimbang.selain semulajadi, kedudukan gigi saya yang berlapis pun salah satu punca bibir saya nampak tak seimbang.sapa yang ada bibir camgini meh sep sikit! boleh geng la kita hehe.


entry ni saya nak tunjuk cara membentuk dan melukis bibir atas yang nipis tu supaya nampak seimbang sikit dengan bibir di bahagian bawah.sebenarnya waktu ni tengah praktis membentuk bibir.nama pun jurusolek, kalau tak praktis macam mana nak terer weh! haha.alang-alang tu saja ambil gambar tunjuk step-stepnya.bukan lengkap sangat pun tapi boleh lah untuk hangpa dapat gambaran sikit nooh?


ni yang pertama.yang ni saya garis terover sikit, besaq la pulok!
.
.
.
  1. sebelum.nampak kan bibir saya tak seimbang?
  2. sapu foundation dan bedak dekat seluruh bibir.fungsinya nak samarkan sikit bentuk asal bibir.
  3. guna lipliner dan untuk bibir bahagian atas yang nipis tu, lukis luar sedikit dari garisan asal bibir.paling senang kalau guna lipliner jenis pencil yang lembut.yang ni saya garis over sikit.bukan sengaja tapi TERover sikit ja hahaha.untuk bibir bahagian bawah pulak, boleh lukis ikut bentuk asal ja.
  4. sapu lipstick di dalam garisan yang dah dibuat tadi.sapu terang sikit dan blend rata supaya tak nampak perbezaan yang ketara antara garisan bibir asal dan garisan yang dilukis menggunakan lipliner.dekat atas lipstick tu sapu pulak lip gloss.bibir basah-basah macam ni membuatkan bibir kita nampak full.kat luar bibir pulak boleh kemaskan shapenya menggunakan concealer atau foundation bersama berus yang sesuai.kemaskan bentuk bibir lah.gini lah rupanya bila dah siap.

yang kedua pulak.yang ni shape dia ok sikit dan saya tak letak lip gloss, nampak matte.
.
.
.
  1. sebelum.bibir saya yang tak seimbang.
  2. sapu foundation dan bedak di seluruh bibir.
  3. guna lipliner dan lukis bibir bahagian atas tu.lukis keluar sedikit dari garisan bibir yang asal dan guna lipliner jugak, warnakan sikit sampai tutup garisan bibir yang asal.
  4. sapu lipstick di seluruh bibir ikut bentuk yang dilukis menggunakan lipliner awal-awal tadi.sapu tebal sikit dan ratakan supaya tak nampak sangat perbezaan antara garisan bibir asal dan yang dilukis menggunakan lipliner.nak sapu lipgloss kat atas lipstick boleh, tak nak sapu pun boleh.yang ni saya tak sapu lipgloss pun.macam ni lah hasilnya.

kalau tak paham boleh lah tengok gambar kat bawah ni.
.
.
.
gambar kiri: dot-dot hitam yang saya buat tu garisan yang saya lukis menggunakan lipliner.kiranya ni lah bentuk yang saya buat.keluar sedikit dari garisan bibir yang asal.dekat tengah-tengah bibir tu, bibir asal saya bentuk tengah tu tajam sikit, tapi dengan lipliner, saya bentuk semula dan buat  membulat sikit.untuk bibir bahagian bawah saya cuma lukis ikut bentuk asal ja.

gambar kanan: dot-dot putih tu garisan bibir saya yang asal.lukis guna lipliner ni kena terang sikit tau.sapu lipstick nanti pun kena terang, baru tak nampak berbeza sangat antara garisan bibir asal dengan garisan yang dilukis menggunakan lipliner.


awak semua paham tak konsepnya sekarang ni? tak kiralah macam mana pun bentuk bibir anda yang tak seimbang, contohnya bibir bawah nipis berbanding bibir atas atau lain-lain, tapi cara membentuk tu sama ja.kalau bibir tebal pulak, anda garis ke dalam sedikit dari garisan asal bibir.konsep dan motifnya cuma nak bagi seimbang ja.paham ka tak paham ni? pandai-pandai lah nak hidup wey...! (kuangjaq  cikgu mekap ni) bhahaha.




selamat mencuba.
terima kasih dan baibai.


No comments: