product review: bh cosmetics party girl after hours eyeshadow pallete

Assalamualaikum.



Tahu tak sekarang ni saya ketagih habis lah bemekap guna eyeshadow bh cosmetics party girl after hours eyeshadow pallete.youtuber/beauty guru luar negara memang ramai yang guna brand bh cosmetics ni.saya ni mudah terpengaruh sikit, cepat ja nak pakai brand ni jugak! ekekeke.bukan apa, beauty guru dok kata brand ni bagus, itu yang saya pun guna tu.. bila dah guna mesti lah nak review, boleh jugak awak semua tau bagus ke tidak kan? walaupun sebelum ni macam susah ja nak cari brand ni, tapi sekarang boleh beli online ja tau.yang tu kena baca review sampai habis okay?


produk:
bh cosmetics party girl after hours eyeshadow pallete.
(32 color)

harga:
normal price RM109.00
NOW RM80.10 !!!

beli online di:
www.hermo.my (klik link ni)

link terus ke produk ini:




saya ada buat tutorial baru menggunakan eyeshadow pallete ni.tunggu beberapa hari lagi saya akan publish ya?



punya lah exited tunggu eyeshadow.sampai-sampai ja terus tangkap gambar sebab tau kalau nak review nanti senang sebab dah ambil gambar siap-siap. hehe.syok order kat www.hermo.my sebab mudah dan barang cepat sampai.selain jenama bh cosmetics, ada banyak lagi jenama dan produk mekap terutama dari korea.rambang mata!




my favourite ! ini lah packaging bh cosmetics party girl after hours eyeshadow pallete.comel kan? saya suka colourfull macam ni hehe.packaging eyeshadow ni jenis berkabut dan ringan.saiz pun tak besar sangat, sesuai nak bawak ke mana-mana.




OHMAI!!! punya lah lawa warna dia.



ada macam-macam tekstur eyeshadow kat dalam satu pallete.jenis shimmer ada, jenis matte ada, jenis glitter(diamond shades) pun ada.



ada warna cerah, gelap, natural, funky dan macam-macam lah.sesuai nak buat apa saja tema mekap.selain guna sebagai eyeshadow macam biasa, nak guna buat highlight, shading, eyeliner dan lukis kening pun boleh! kena kreatif lah sebab dah alang-alang ada eyeshadow yang pelbagai macam ni kan?



paling special sebab ada 4 warna ala-ala glitter(micro sparkles) yang dipanggil diamond shades.




nak tau apa yang special? ni haa tengok perbezaanya.jenis matte kita dah tau kan jenis yang tak berkilat.tapi ini saya tunjuk beza antara eyeshadow jenis shimmer biasa dan jenis yang macam glitter (micro sparkles).nampak kan perbezaannya? diamond shades dari pallete ni ada macam glitter sikit yang nampak lebih bersinar macam fairytale haha.


kat bawah ni saya buat colour swatches.sorry kalau nampak comot sebab buat dalam keadaan kalut sikit waktu ni...hehe.
.
.
.

no.1) jenis matte.warna sangat terang dan mudah melekat di kulit.
no2) warna yang unik.biru keungguan, kalau melayu panggil biru nila.ada shimmer sikit.
no.3) biru cerah dan ada shimmer sikit.
no.4) jenis matte.warna ni pun unik jugak sebab kelabu yang ada tone ungu.
no.5) warna hitam yang ada partikel berkilat bila kita tengok bawah cahaya.
no.6) jenis shimmer.warna gangsa yang terang dan mudah melekat di kulit.
no.7) jenis matte.warna colat cerah.
no.8) warna ni cantik! jenis shimmer dan warna krim.



no.9) jenis shimmer.warna silver dan terang.
no.10) jenis matte.warna biru gelap.
no.11) jenis matte.warna coklat sederhana dan saya selalu guna warna ni untuk buat shading kat hidung dan pipi.
no.12) jenis matte.warna pink peach yang cerah.sesuai kalau nak buat higlight.
no.13) warna ni cantik sangat-sangat! jenis shimmer.warna macam magenta.shocking pink campur ungu.macam tu lah lebih kurang warnanya tapi memang cantik terutama bila kena cahaya.
no.14) jenis matte.warna biru cerah yang ada tone ungu cerah.
no.15) jenis matte.warna ungu gelap campur biru gelap.
no.16) jenis matte.warna ungu.



no.17) jenis shimmer.warna ungu macam lilac.
no.18) jenis shimmer.warna ungu violet.
no.19) jenis matte.warna ungu iris.
no.20) jenis shimmer+glitter.yang ni diamond shades.warna biru metallic dan terang.mudah melekat di kulit.
no.21) jenis shimmer+glitter.diamond shades jugak.warna ungu metallic.terang dan mudah melekat.
no.22) jenis shimmer.warna gold dan terang.
no.23) ni jugak salah satu dari warna favourite saya.jenis shimmer.warna plum.
no.24) jenis matte.warna koko gelap.



no.25) jenis shimmer.warna metallic dan terang.
no.26) jenis matte.warna hitam dan terang.saya selalu guna yang ni sebagai eyeliner.
no.27) jenis matte.warna koko gelap jugak tapi tone dia berbeza sikit dari warna no.24 tadi.
no.28) warna yang cantik! jenis shimmer+glitter.diamond shades warna putih dan terang.
no.29) jenis shimmer+glitter.diamond shades warna pink merah dan terang.
no.30) jenis matte.warna lebih kurang magenta no.13 tadi tapi tone berbeza sikit.
no.31) jenis matte.warna royal blue.
no.32) jenis shimmer.warna putih.saya selalu guna yang ni sebagai highlight.


description pengeluar:
unleash your inner party girl with this palette of 32 highly pigmented eyeshadows that include shimmer, matte, satin, and 4 brilliant  diamond shades that work for every skin tone.the diamond shades are formulated with a special blend of macro sparkles to give you a radiant look upon application.whether you want to just look your best or be the star of the party, this pallete provides endless possibilities for every occasion.


bahan dan manfaat:
  • paraben free
  • clinically tested
  • non-irritating
  • allergy tested
  • micro sparkles - give a radiant look 

pengalaman saya guna:
  • packaging berkabut, cantik, ringan dan tak besar sangat.mudah nak bawa kemana-mana.
  • ada cermin.perempuan suka kan ada cermin sebab memudahkan hehe.
  • ada pelbagai jenis eyeshadow dan warna dalam satu pallete.matte, satin, shimmer, glitter.syok nak guna dan buat macam-macam jenis mekap.
  • warna yang terang(pigmented kiranya) dan mudah melekat bila disapu.
  • sesetengah warna yang sangat unik dan jarang jumpa kat dalam eyeshadow pallete.
  • bagus sebab paraben free, clinically tested, non-irritating dan allergy tested.benda kita nak letak kat kulit dan di kawasan mata yang sensitif pulak kan.kena guna produk yang selamat.
  • keseluruhannya saya suka produk ni.best main mekap dengan macam-macam warna.try lah beli sebab harga pun tengah murah ni.untung...!


terima kasih.baibai.


No comments: