makeup tools

Assalamualaikum.


Baru-baru ni rajin betul saya beli barang-barang mekap.bukan apa, rasanya dah lama sangat tak beli apa-apa yang patut sampai ke tahap tertanya-tanya di dalam hati sendiri "aku ni jurusolek yang serius bekerja ka dak? awat tak upgrade dan gantikan apa-apa yang patut? awat macam tak bersemangat?" ewaahhhh..panjang sungguh kata hati kau ye? bhahaha.


jadi sebab tu lah saya dok membeli serba baru barang-barang yang dirasakan perlu.gantikan balik apa yang dah tak elok dan upgradekan sikit produk untuk tingkatkan kuliti mekap.semuanya demi pelanggan dan kerjaya..cewah!


ni antara barang yang baru dibeli.shopping online ja pun.dua jenis span foundation, puff bedak dan bulu mata bawah.kat sini susah jugak nak cari span foundation hat elok.kalau ada pun mesti jenis yang tak boleh ratakan foundation dengan baik.last-last beli online.puff bedak tu beli hat jenis lembut sikit.hat sebelum ni agak kasaq.kesian pelanggan ku tabah ja dok tadah muka..haha.nak komplen mesti dia pikir "kang hakak tukang mekap ni contiang muka aku kaler hijau kuning naya ja(kedah sangat weh hijau kuning jelapang padi) kahkah".bulu mata bawah pulak saja ja beli.bukan dok guna sangat pun.napsu weh napsu...! asal nampak ja nak beli nak simpan.


ok lah tu ja.saja nak sembang-sembang kat blog sendiri.padahai boleh ja boh kat ig, cepat sikit kan? tapiiiii....! saya sangat suka baca blog dan tulis blog.macam lagi best ja.tapi dah ramai blogger beralih arah suka update kat ig ja la nih.sedih arrr... rindu zaman blog dulu-dulu yang sangat meriah :')


terima kasih.
baibai.

No comments: