newborn baby dan steamboat persada warisan

Assalamualaikum.


Lama tak update blog pasal aktiviti saya kan? dulu melambak blogpost aktiviti, sekarang dah slowdown sebab jarang keluar kemana-mana.kalau keluar pun malas ambil gambar dan tak ada apa yang menarik sangat pun.boringnya hidup dahku! wakaka.


Tapiiiiii...! ahad baru ni pergi tengok anak saudara yang baru lahir lepas tu pergi makan steamboat.ada lah gambar sikit.aci la untuk buat entry sebab bosan sangat dah blog ni tak dak cerita tuan dia..haha.


tak sukanya gambaq banyak noise.auntie(me) dengan nisa nur zahra.pi tengok kat perak sebab kak ipaq lahirkan baby ketiga ni kat sana.ketiga-tiga anaknya perempuan.pening lah mama dia nanti haha.


on the way pi auntie sempat beli hadiah dekat nisa.minta-minta lepas pakai nanti baby nisa jadi comel macam auntie kahkah.


balik dari perak rasa teringin nak makan steamboat pulak sebab hujan time tu.sejuk la kan.selalu buat sendiri ja kat rumah, kali ni rasa nak makan kat kedai pulak.so saya pi restoran persada warisan dekat kulim hi-tech.pertama kali mai cuba steamboat kat sini.


ini antara bahan-bahan untuk steamboat.macam-macam lah ada.satu kepala(dewasa) RM20.saya pergi berdua ja dengan partner.dekat sini makan dulu baru bayar, bukan macam sesetengah tempat yang kena bayar dulu baru makan.


bahan yang saya dengan partner pilih.berdua ja tak boleh tamak.kalau habis yang ini baru pergi ambil yang lain pulak.bahan sebelah kanan tu saya celur dalam kuah, daging tu pulak kitaorang grill.


bahan tadi dah habis baru ambil yang ini pulak.untuk grill.


oren sanquick dengan sirap.air dia caj asing tau..tak termasuk dalam harga steamboat RM20 tu.


dia bagi terus dua jenis kuah, sup dengan tomyam.. lepas tu pilih la nak celur kat dalam kuah mana yang kita suka.


celoq, celoq, celoq dan grill, grill, grill.bubuh planta atas tempat grill tu rasa sedap sikit.ulang la proses ni dan makan sampai hangpa kenyang.


partner saya ambil sos yang salad tu buat cicah dengan bahan yang kami grill.macam pelik, tapi sedap gak rasa rasa dia.


akhir sekali makan aiskrim.ada tiga ja perisa, tiga-tiga saya rasa hehe.yang ni termasuk dalam harga RM20 satu kepala tu.


muka, tudung habih sememeh dah.hat celoq ni makan sikit ja.


banyak makan hat grill-grill ni.


nak tau sedap ka dak boleh pi try sendiri la noohh sebab citarasa orang tak sama.satgi kalau saya kata tak sedap hangpa pi rasa sedap pulak.kalau saya kata sedap hangpa pi rasa tak sedap pulak.my partner kata nanti kalau teringin kita buat sendiri kat rumah macam selalu tu.tak berbaloi la makan steamboat kat kedai..wakakaka.



terima kasih.
baibai.


No comments: