product review: contact lens maxim colors gray

Assalamualaikum.


Kali ni nak review contact lens jenama maxim.ini pertama kali tau saya pakai jenama maxim.kot-kot lah ada di antara anda yang tengah cari contact lens, boleh la baca review ni ok?


produk:
contact lens

jenama:
maxim colors

warna:
gray

saiz:
katanya jenis big eyes tapi saiz normal ja, 14mm

jangka hayat:
1 bulan.

harga:
RM50(saya rasa harga dia bergantung pada kedai yang jual jugak)

tempat beli:
kedai speck yang menjual contact lens jenama maxim.


packaging contact lens jenama maxim colors.berbanding jenama lain, saya rasa packaging dia ni comel..hehe.saya tak pernah tau pun jenama maxim. tapi waktu pergi kedai speck kawan, dia lah yang kenalkan jenama ni.saya beli pun sebab nak contact lens yang ready stock dan murah sikit dari yang biasa saya beli.biasa lah, contact lens dah expired tapi terdesak nak pakai tak sempat nak tunggu yang order dah, beli saja lah yang ni pun.nasib baik ada power yang macam saya nak(saya rabun).



omey..omey(kau dah kenapa? muahaha)


ni rupa lens dia.kata pengeluar 'due to unique manufacturing method(uv special surface coating) prevent surface protrusion, the colour does not run or breach.nahhh omputih kate kaauu...bila tengok lens ni warna dia nampak pudar.corak lens macam bunga dan ada ring hitam yang tebal di sekeliling lens.


beza mata yang tak pakai lens dengan yang pakai lens maxim colors warna gray.nah kau, siap dengan bulu mata palsu bagai haha(waktu ni tengah photoshoot produk).walaupun katanya big eyes, tapi tak ada lah betul-betul nampak besar bagai terbeliak tu.nampak sedang-sedang saja.warna pun agak gelap dan tak terang.sapa-sapa yang suka lens nampak natural sesuai lah pakai jenis ni.pandangan mata agak jelas, tak diganggu warna di keliling lens tu.dari keselesaan pula rasanya sederhana jugak.agak selesa untuk yang bersaiz 14mm(selalunya saiz normal ni sakit), tapi rasanya bukan lah 100% selesa.sederhana dan memang boleh lah untuk pakai.



macam ni lah rupa bila pakai contact lens ni.not bad jugak lah..yang penting mata clear, tak rabun nak buat kerja haha.


ok, tu ja.
terima kasih.
baibai.





No comments: