shopping beauty products di ibeau.com + 7 product reviews

Assalamulaikum.


Kalau nak tau saya punya tabiat suka shopping beauty products memang langsung tak boleh dibendung.tambah pulak baru-baru ni saya dapat tau website ibeau.com. yang menjual pelbagai beauty products dari jenama korea sampai la ke jenama terkenal seperti mac, nars dll.punya banyak pilihan sampai stress-stress haku kat depan laptop dok pilih product yang mana satu T_______T  tapi best lah dapat tau pasal website ni.lepas ni boleh shopping kat sini ja lagi.


my order has arrived! perasaan bila barang ni sampai macam dapat hadiah.punya lah exited sebab diaorang letak dalam kotak dan packing cantik-cantik begini.saya memang pelik sikit, saya happy tak terkata bila beli barang yang dipacking lawa-lawa..eheee..


comelnya kotak butterffly tu! mesti awak semua tertanya-tanya apa yang ada dekat dalam kotak tu kan? sebenarnya produk yang saiz kecik-kecik diaorang letak dekat dalam tu la..ehee..comey ja kan? 


ini lah dia antara produk saiz kecik yang diaorang letak dalam kotak butterfly tadi.


ini pun :p


dekat bawah ni saya nak review sikit produk-produk yang saya pilih dan guna.produk-produk ni saya review ikut turutan bermula dari yang saya paling suka dan ke seterusnya.kesemua produk ni boleh dibeli di website ibeau.com
.
.
Nature Republic Soothing & Moisture Aloe Vera 92% Soothing Gel 300ml.
harga: RM15.00! (list price RM90.83, you save RM75.83).

kau jangan main-main, produk ni sangat popular dekat korea dan negara asia yang lain termasuk lah malaysia.bertambah popular sebab kpop punya artis, exo yang jadi jurucakap nature republic...hihihihihihihihi ok cukup! tau lah minat exo kan? kahkah.lama dah teringin nak cuba aloe vera ni, tapi tak berani beli dekat orang yang jual online sebab takut tak ori.lain lah ibeau.com diaorang jual produk yang ori je, sebab tu berani beli.tak sia-sia saya teringin sangat nak cuba sebab ini adalah antara produk terbaik yang saya pernah guna.boleh baca dekat bawah saya listkan apa yang bestnya berkenaan produk nature republic soothing & moisture aloe vera ini.


fungsi produk:
  • mengandungi 92% aloe vera organik yang disahkan oleh california certified organic farmers(CCOF).
  • formulasi yang lembut dan bebas dari paraben,mineral oil dan artificial colors.
  • melembab dan menegangkan kulit.selain itu, menyihatkan permukaan kulit dan mempunyai efek soothing yang sesuai untuk kulit yang sensitif.
  • takstur jenis gel yang cepat menyerap dan tidak melekit.
  • digunakan untuk melembabkan kawasan tubuh seperti di wajah, lengan, kaki dan rambut.
pengalaman saya guna:
  • boleh digunakan di seluruh tubuh badan, dari hujung rambut sampai ke hujung kaki.untung kan? satu produk boleh guna untuk semua.
  • setiap kali selepas sapu, kulit akan terasa sejuk dan segar sebab produk ni jenis gel.
  • selepas mandi saya akan sapu aloe vera ni di seluruh badan terutama di kawasan yang terlalu kering, best tau sebab kulit lembut sangat tapi tak melekit.
  • bau timun dan sangat fresh.
  • paling saya suka, sapu dekat rambut.rambut jadi lembab dan kemas ja.tapi tak berminyak, tak basah dan tak melekit.sesiapa yang ada masalah rambut kering dan mengerbang tu boleh la cuba letak produk ni.rambut tersisir kemas ja sepanjang hari ihiks..
  • yang selalu terkena panas tu please la sapu produk ni dulu.kulit tak akan terasa perit bila terkena cahaya matahari.atau selepas terdedah dengan cahaya matahari pun boleh juga sapu.kulit akan terasa sejuk dan selesa.yang pakai baju tutup kulit kena sapu jugak tau? sebab dibawah baju pun kulit kita boleh 'terbakar' dan perit.

The Face Shop Herb Day 365 Peach Cleansing Foam 170ml.
harga: RM25.00( list price RM57.33, you save RM32.33).

selain peach pencuci muka ni ada beberapa variasi lagi seperti aloe vera, lemon dan acerola.semua variasi ni ada dekat website ibeau.com.saya pilih peach sebab pernah baca banyak review yang positif dari orang lain.mula-mula tak tau nak pilih yang mana satu, lepas baca satu review tu cakap kawannya dari korea mempunyai kulit yang cantik sebab guna pencuci jenis ni, terus saya pilih peach jugak haha.terpengaruh betul lah tapi pilihan yang tepat sebab memang bagus rupanya pencuci ni.


fungsi produk:

  • pencuci muka yang lembut dan mudah digunakan.
  • mengandungi aloe yang menenangkan ketidakselesaan dan ketegangan kulit.
  • buih yang lembut dan ringan mengangkat kotoran dari permukaan kulit.
  • menyerlahkan kulit yang bersih dan berseri(glowing).
  • dengan khasiat aloe dan herba terpilih sebagai bahan aktif, kulit akan kekal terjaga dengan penggunaan yang berterusan.
  • formula ekstrak peach melembut dan melembabkan kulit.
  • sesuai untuk semua jenis kulit.
pengalaman saya guna:
  • bau wangi! dalam banyak-banyak bau, saya suka produk yang berbau buah.feeling fresh tak pening pala.
  • buihnya jenis yang berkrim.terasa kulit betul-betul bersih selepas cuci muka terutama sekali cuci muka yang pakai mekap.
  • lembab.tak terasa kering atau tegang selepas cuci.
  • kulit jadi lembut dan selesa.
  • yang penting.. kulit tak naik jerawat atau ruam bila guna.kulit saya pun boleh tahan mengada.kadang-kadang bila guna pencuci lain, mula lah muka naik ruam atau biji-biji.yang ni ok tak ada masalah.
  • saya suka lah pencuci ni.saya letak dalam bilik mandi dan satu family pun guna ehehe.

SK-II R.N.A Power Radical New Age 2.5g
harga: RM18.75(list price RM43.59, you save RM24.84).

umur saya dah lebih dari 25 tahun, dah mula risau pasal penuaan kulit.so saya pun pilih lah krim sk-ii ni untuk mencegah dari nampak tua hehe.semua pun tau kan produk sk-ii adalah sangat mahal tapi terbaik.don't worry bebeh! kalau mula-mula nak cuba pakai sk-ii dan nak tengok sesuai atau tak atau pun nak bawak pergi travel(leceh nak bawak saiz besaq) , boleh beli saiz kecik macam ni.kecik-kecik pun jangan pandang sebelah mata, banyak tau isi kandungan dia plus kita sapu sikit ja bukan banyak pun kan? boleh tahan lama gak nih.best kan dekat ibeau.com ada banyak saiz.bukan yang bersaiz besaq ja, yang kecik pun ada.


fungsi produk:

  • mengandungi pitera+radical new age complex: hyrolyzed soy protien+ hydrolyzed yeast protien dicipta untuk mensasarkan lengthwise-crosswise firmness.maksudnya macam menterbailkkan proses penuaan, something macam tu la kot ehehehe.
  • mengandungi juga chlolleragen(chlollera vulgaris extract) untuk mengurangkan kedutan yang jelas kelihatan dan shea butter untuk efek lembab dan glow dalam jangka masa yang lama(based on clinical test).
  • hanya dalam masa satu hari, krim ini menganjal/menegangkan kulit dari setiap sudut.
  • dalam masa 10 hari, tanda penuaan berkurangan.kulit menjadi anjal, licin, tegang dan lebih berseri.
  • selepas satu jar/botol, kedutan jelas berkurangan.
pengalaman saya guna:
  • tesktur krim yang ringan dan cepat menyerap.
  • ada bau yang mild.suka!
  • melembabkan kulit dan dalam masa yang sama kulit rasa selesa.yang ni saya sangat suka sebab kesan lembab tu sampai satu hari.
  • kulit nampak sihat sebab glowing dan berseri.tak nampak kusam.
  • kulit jadi lembut sangat-sangat.kalau anda pakai krim ni mesti lepas tu asyik nak sentuh muka ja sebab memang lembut.
  • sangat best bila pakai krim ni.tak kira lah samada pakai krim dan biarkan muka tanpa mekap atau pun pakai mekap.sapu dulu krim ni dan baru bermekap.mekap jadi senang nak apply.
  • saya suka krim ni.salah satu krim yang anda patut cuba.kesannya lain sikit berbanding krim biasa.patut lah ramai yang suka guna sk-ii.memang terbaik lah kesannya.insyaallah nak guna secara konsisten, mana tahu nanti dah umur 40 nampak macam umur 20 ja kan? kahkah overnya muda.tapi memang betul ni, pernah terbaca ada kajian membuktikan kalau kita pakai krim secara konsisten, nanti sampai satu tahap atau umur(contohnya 10 tahun kemudian) kulit akan kelihatan lebih muda dari usia berbanding kalau tak pakai krim langsung.

Crabtree & Evelyn Lavender Ultra-Moisturising Hand Therapy 25gm
harga: RM25.75( price list RM59.83, you save RM34.08).

dah lama saya cari produk jenama crabtree & evelyn.dekat sini tak ada kaunter dia.saya teringin nak cuba sebab produk crabtree & evelyn selalunya dari tumbuhan dan ada haruman tumbuhan juga.mesti best kan kalau kita pakai produk berbau buah atau bunga? lepas tu kita pun berbau sekali macam buah atau bunga tu haha.apa saya merepek ni? teheeee... sesiapa yang sensitif dengan bau macam saya faham la kot betapa bestnya kalau pakai produk untuk body yang berbau semulajadi seperti tumbuhan.that's why la saya teringin guna produk crabtree & evelyn.macam nak nangis bila tengok dekat ibeau.com ada jual jenama ni..wuwuwuwu marilah menangis kegembiraan sebab dah boleh guna produk crabtree & evelyn yeaa! oh ya, krim tangan ni ada beberapa variasi lain seperti avocado, rose, summer hill, english honey & peach, gardener dan rosewater.saya pilih lavender sebab suka sangat baunya yang soothing tu.


fungsi produk:

  • mengandungi hydrating ceramides dan antioxidant yang kaya dengan vitamin E.
  • ekstrak myrrh membantu menjaga keadaan kuku dan cuticles.
  • dirumus tanpa mineral oil, paraben atau propylene glycol.
  • diperkayakan dengan macadamia nut oil, shea butter dan levender oil.
  • krim intensif ini mengunci lembapan dan memberi khasiat kepada kulit.jadi kulit menjadi lembut  selepas setiap kali sapuan.
pengalaman saya guna:
  • tekstur krim yang cepat menyerap ke dalam kulit.
  • tak melekit.ramai yang tak suka krim tangan sebab melekit kan? jangan risau, krim tangan yang ini tak melekit.
  • kulit tangan jadi lembab dan lembut.serius sangat lembut.boleh bersalam dengan orang lain tanpa berasa risau kulit kasar sebab now lepas dan apply krim tangan crabtree & evelyn ni kulit tangan dah jadi lembut.
  • wangi sangat-sangat! silap-silap kalau bersalam dengan orang, boleh terlekat sekali bau krim ni dekat tangan orang tu haha.
  • disebabkan kesan krim ni yang sangat lembut dan tak melekit, ditambah bau yang sangat wangi, saya bukan saja sapu dekat tangan, saya sapu jugak dekat badan.satu badan dah lembut dan berbau wangi ihihi.
  • packaging comel dan saiz kecil.ringan dan sesuai nak bawak pergi mana-mana dan spare dekat dalam handbag.anytime boleh sapu dekat tangan.
  • saya pilih jenis lavender.bau levender memang wangi dan menenangkan.

Clinique All About Eyes Serum De-Puffing Eye Massage 5ml.
harga: RM22.38(list price RM52.89, you save RM31.51).

sekarang saya dah mula pentingkan penjagaan kawasan mata.bila umur semakin meningkat, mata lah kawasan pertama yang akan menunjukkan tanda-tanda penuaan.tak mau! tak mau! sebab tu lah kena jaga kawasan mata betul-betul.untuk penjagaan sekeliling mata, saya suka guna jenama clinique.sebelum ni dah pernah guna jenis krim.memang bagus jenama ni.yang tu dah habis, now saya mula guna jenis serum roll on ni pulak.saya pilih yang saiz kecil(5ml).


fungsi produk:

  • mengandungi caffeine, antioxidants dan soothing botanicals.
  • serta-merta menyejuk dan menyegarkan kawasan mata.
  • melembabkan mata yang bengkak(puffy eyes) dan dark circles, segera mencerahkan kawasan mata.
  • 100% bebas wangian.
  • ophtalmologist dan allergy tested.
pengalaman saya guna:
  • bila roll dekat kawasan mata tu ada efek macam massage.bagus untuk kawasan mata yang bengkak macam saya.
  • sejuk dan segarkan area mata.kalau mata terasa letih cepat-cepat saya roll ja dekat area mata.terus terasa segar.
  • mata rasa selesa.sesetengah produk mata membuatkan mata terasa pedih dan tak selesa.ada juga yang melekit.tapi produk mata dari clinique selalunya tak macam tu.sebab tu saya suka jenama ni.
  • saya tak missed untuk apply produk ni setiap hari.minta-minta lepas ni eyebag(puffy eyes) dengan darck circle akan berkurangan sebab dari pengalaman sendiri, jenama ni memang kurangkan masalah area mata.

TonyMoly Petite Bunny Gloss Bar (Juicy Apple) 2g.
harga: RM21.37(list price RM62.57, you save RM41.20)

gloss bar ni terdapat dalam banyak variasi seperti no.1 juicy strawberry, no.2 juicy grape, no.3 juicy apple, no.4 juicy cherry, no.5 juicy peach, no.6 juicy orange, no.7 neon orange, no.8 neon yellow, no.9 neon red.saya pilih no.5 juicy peach sebab warnanya macam natural ja bila disapu di bibir.semua nama-nama buah tu mewakili bau dan perisanya sekali tau.wangi dan sedap! tapi bukan untuk makan lah haha.sapu kat bibir ja.lagi satu, bukan setakat bau dan perisa ja yang berbeza,warna setiap satu pun berbeza juga ya.


fungsi produk:

  • mengandungi berry complex dan vitamin E yang melembut dan melindungi bibir.
  • tekstur diantara lipstick dan lipgloss.tengah-tengah lah maksudnya hihi.
  • clear types yang melembut dan melembabkan bibir sepanjang hari.
  • jenis crayon gloss bar.
pengalaman saya guna:
  • secara peribadi saya rasa tekstur produk lebih kepada lip balm.
  • sesuai untuk sesiapa yang nak cepat siap, yang nak bibir terasa ringan, lembab dan dalam masa yang sama ada warna yang natural.
  • tak ada kesan wax yang melekit.so bibir rasa selesa.
  • ada bau dan perisa peach.saya tak suka produk bibir yang rasa pahit.tapi gloss bar ni best, rasa peach.ada banyak lagi perisa dan warna yang anda boleh pilih.
  • warna yang nampak natural di bibir.
  • bibir jadi lembab dan lembut.
  • packaging rabbit yang comel.

Estee Lauder Advance Night Repair Eye Syincronized Complex II 3ml.
harga: RM25.97(list price RM68.96, you save RM42.99).

kan dah cakap tadi, sekarang saya sibuk nak jaga kawasan mata.sebab tu selain jenama clinique tadi, saya juga guna krim estee lauder yang lebih intensif ini.guna malam-malam sebelum tidur ya dengan harapan bangun esok pagi kawasan mata kelihatan muda dan remaja..ihiks! 


fungsi produk:

  • rawatan menyeluruh untuk anti penuaan.
  • terbukti untuk mengurangkan tanda-tanda penuaan di kawasan mata, garis halus, kedutan, bengkak, dark circles, kekeringan dan warna kulit yang tidak sekata.
  • diuji dan terbukti menampakkan perubahan yang ketara.mata kelihatan lebih muda, bertenaga dan cerah.
  • dengan teknologi eksklusif chronoluxCB, ianya memaksimumkan kuasa pemulihan pada waktu malam untuk keserian semula yang hilang akibat keletihan, pencemaran dan usia.mata anda akan kelihatan lebih cantik.
  • silky gel cream yang membuatkan kawasan mata terasa lembut dan selesa.
pengalaman saya guna:
  • tektur krim cepat menyerap ke kulit.
  • tak melekit.
  • setiap kali pakai, saya cuma letak sikit ja sebab kalau terlebih nanti lama-lama selepas apply mata akan jadi pedih dan tak selesa(walaupun sebenarnya tak letak kat dalam mata pun kan).
  • saya baru ja guna produk yang ini.kena teruskan lagi untuk tengok hasilnya berkesan atau tak.harap-harap berkesan la kan sebab estee lauder bukan calang-calang jenama :p


dekat bawah ni pulak saya nak kongsi sikit apa yang best berkenaan website ibeau.com
.
.
website: http://www.ibeau.com/ (klik di sini)
klik http://www.ibeau.com/
nampak tak diskaun sampai 80% tu? ibeau.com memang selalu ada sale pun.murah-murah.selain tu, dekat sini bukan saja ada skin care.. tapi juga ada makeup, perfume dan body care dari pelbagai jenama.lagipun produk yang dijual semuanya original dan bukan fake.macam biasa, untuk shopping kena lah register/sign-up dulu.ikut step-step yang mudah dan boleh terus shopping dengan happy!


kalau masuk ja website ni, kategori pertama yang saya klik mesti lah 'sales'.tengok produk yang ada sale.untung sikit beli sebab murah dari harga asal.melambak tau produk yang sale.rambang mata nak pilih.


kategori mekap la yang paling best sebab ada macam-macam jenama yang terbaik.paling saya suka sebab ada jenama mac dan nars.tak payah pergi beli dekat kaunter, klik-klik ja dan tunggu barang sampai.. ihihihi.


boleh shopping ikut kategori samada melalui jenama atau jenis produk.untuk skin care macam ni boleh juga shopping ikut jenis kulit.klik yang mana berkenaan


kategori bath & body care pun rambang mata jugak.kalau nak beli hadiah untuk sesiapa, apa kata beli set bath & body care.macam-macam jenama dan pilihan yang ada.


sapa suka perfume sila angkat tangan.. perfume kat sini ada banyak pilihan dari yang murah sampai la ke jenama yang gah dan popular.dan ada yang dibuat set.boleh beli buat hadiah atau hantaran wedding.apa tunggu lagi, jom cuci mata dekat website ibeau.com


minta maaf kalau blog post kali ni agak panjang.bukan apa, kebelakangan ni saya agak sibuk urus macam-macam perkara.alang-alang nak update tu, terus buat entry panjang-panjang hihi.semoga entry ni membantu anda sebab ada review produk dan ada kenalkan website yang menarik.bertemu lagi di lain entry...... bye bye.


terima kasih.





No comments: