white roses

Assalamualaikum.


Hangpa perasan dak entry sebelum ni berkenaan suprise birthday untuk si dia tu dah tak dak? sempat update untuk 2,3 hari ja lepas tu terdelete! nak taip balik satu-satu tak ada kerajinan pulak kan, tengok lah macam mana nanti.dah alang-alang entry tu terdelete, saya terpaksa delete sekali link yang saya dah share dekat laman sosial yang lain.kang kesian la wey orang klik tengok entry tu dah tak dak kan? wuwuwu.

okay, back to the topic.sebenarnya itu hari tertengok gambar orang dapat bunga dekat ig.lepas tu gatal mulut pi cakap dekat si dia " dah lama i tak dapat suprise bunga".banyak kali gak la dok cakap pasal tu.mengada sangat kan tak dapat bunga pun nak kecoh.baik minta benda makan..kenyang pun kenyang..kihkih.makan ja lah kerja kau!


jadi, pada satu malam tu tiba-tiba si dia bagi sekuntum bunga ros.si dia bagi warna putih sebab saya suka ros putih.ok lah tu hoi dapat sekuntum pun walaupun haku berlagak sebab berangan nak dapat bunga ros sejambak..bhahaha.bila dah dapat bunga apa lagik, muka ada manyak senyiuuummmmm.....! minah bunga rupanya haku nih.


dekat bawah ni gambar-gambar hari pertama dapat bunga.maafkan dahku sebab jakun dah lama tak dapat bunga.penuh phone dengan gambar bunga ni.
.
.






dekat bawah ni pulak hari kedua.bunga dah layu sikit.cuaca panas sekarang ni, bunga hidup pun cepat ja layu.nak kena nyanyi lagu misha omar ka camna nih?(bunga-bunga cinta layu di pusa....) ok cukup! macam tak sanggup ja nak taip sampai habis lirik yang last tu -.-'
.
.




punya lah cewi, asyik dok hidu bau bunga ja sampaikan terfikir bunga ros ni ada something yang membuatkan kita ketagih nak hidu ka? walaupun hakikatnya bukan lah wangi sangat poonnnn.. T____T (apasal macam dengki ja haku ni) bhahaha.


kat bawah ni saya nak share sikit apa maksud bunga ros putih dan bilangan sekuntum.ni pun hasil dok google.takyah la dok percaya kan? saja nak share ja pun.
  • cinta sejati dan suci seperti warna ros putih.
  • "kau lah syurgaku, daku merinduimu"
  • "kau lah syurgaku, kau sangat berharga"
  • menggambarkan kegembiraan cinta.
  • luahan cinta sejati yang suci.
  • melambangkan kesucian, kemurnian dan kerohanian.
sekuntum bunga ros.
  • cinta pandang pertama.
  • kau lah yang satu.
  • cinta hanya diterima untuk kamu.

ceh..macam merepek pulak haku baca..kuangkuang.


p/s: update.lupa nak ucap SELAMAT TAHUN BARU 2016! nampaknya ini entry terakhir untuk tahun 2015.semoga Allah panjangkan usia, beri kesihatan yang baik buat kita semua, mendapat kejayaan dan perlindungan darinya, insyaallah.


terima kasih.
baibai.


No comments: