product review: secret perfume inspired dari top brand perfume

Assalamualaikum.


saya suka pakai perfume.rasa yakin diri je kan sebab tak rasa orang pandang-pandang disebabkan bau badan yang busuk.jangankan orang, diri sendiri pun tak selesa kalau badan berbau.dok rumah pun sembur perfume hokeh.ramai yang suka perfume brand mahal-mahal kan? tapi kalau nak jimat tak mau membazir tapi nak bau yang sama macam perfume berjenama mahal, boleh beli perfume macam saya cuba baru-baru ni.serius bau dia sama 100% macam bau perfume brand original! meh baca review meh ;D


produk:
secret perfume(inspired by top brand)

saiz:
20ml

harga:
RM29.00 termasuk postage.MURAH GILER HOKEH!

jenis:
EDP
(kandungan lebih pekat dan bau tahan lagi lama berbanding jenis EDT.
selalunya lebih mahal dari jenis EDT dan jenis-jenis lain)

like dan follow mereka di:
fb:
ig:

cara order:
whatsapp/call/mesej 010-2268594 atau 019-3230339



packaging perfume.cantik sangat image kat kotak.boleh buat hadiah ni tau.



ini secret perfume inspired by Ralp Lauren.
dulu saya pernah beli perfume Ralp Lauren yang original, bila bau secret perfume ni, bau dia memang sama macam yang ori lah! jenis ni bau dia lembut tapi tak terlalu lembut..yang penting bau dia sangat fresh dan selesa.kalau tak tahu nak beli inspired dari jenama apa, ambil je yang inspired dari Ralph Lauren ni.confirm hangpa suka.



selalunya kalau perfume inspired dari top brand, dia jenis calit kan? tapi secret perfume ni jenis spray tau.saiz dia tak besar, so kita boleh letak dalam bag dan bawak pi mana-mana.langsung tak beratkan bag sebab 20ml.



yang ni pula perfume lelaki.secret perfume inspired by Aigner Black.
baunya kuat dan kelelakian lah kan, baru macho wey! bhahaha.tapi lelaki maskulin mesti suka bau macam ni.kalau lelaki pakai ni takyah risau pasal bau badan dah.semua pun sedia maklum kan bau badan lelaki lagi kuat dari perempuan...so please try perfume ni ok? gadis-gadis dan wanita sekelian, tak rasa nak beli kat pasangan masing-masing ke? tersenyum lebor si dia nanti..hehehe.



saiz sama macam perfume perempuan.perfume ni jugak dipanggil pocket perfume sebab saiznya yang kecil molek dan boleh sumbat dalam bag, dalam poket dan dalam purse.perfume lelaki ni saya bagi kat abang saya sebab dia pun macam saya, suka pakai perfume.dia lagi dasyat wey, satu rumah boleh hidu bau perfume dia..bhahaha.cce(adik saya) pun suka pakai perfume tapi dia suka caras perfume saya lah -.-"


saya puas hati perfume ni.bau dia tahan lama tau, dalam 6 ke 8 jam macam tu.waktu saya belek-belek botol pun bau kuat melekat kat tangan dan tahan lama! sampai terpinga-pinga jap, tak spray pun..baru check botol ja, tapi awat bau wangi semerbak sangat nih? bhahaha.so pakat-pakat lah cuba naah? mesti suka punya.


terima kasih.
baibai.

kuih keria

Assalamualaikum.



saya selalu teringin nak makan macam-macam.kadang-kadang bila perangai mengada tu mai saya nak yang homemade.kak na buat atau mak yang buat, bukan hat beli kat kedai.baru-baru ni saya teringin nak makan kuih keria atau saya panggil coq keria.sehari selepas saya request dapat lah makan sebab mak dengan kakna buat.. harus lah mak dengan kakna yang buat, habis kau ingat sapa buat? jiran tetangga? anak pak leman? siti nurhaliza? hewhew.



mak steam saunakan (bukan rebus) ubi keledek sampai lembut lepas tu tampar-tampar EH! lenyek-lenyek sampai lumat kesumat dan campur tepung gini.tepung cap gajah atau unta tu saya tak pasti pulak..kahkah.bahan lain yang dicampur sekali mungkin bahan perisa cap dayang senandong dengan air embun semalaman? kot lah kaannnn...ok, ok, sebenarnya saya tak tau pun apa yang ditaruk..bhahaha.



lepas uli ubi dan tepung, biar sat naahhh.sambil tunggu tu boleh lah kalau nak bergosip kencang sat kan.lepas tu bentukkan macam ni.nak buat bentuk bunga ros ka, kereta api ka, puuunnn boleh..tak dak masalah ye puan-puan.eh sat, sapa bentukkan? of course lah kakna yang buat bukan saya.haku ni merepek pandai lah T_____________T



pasai pa lepas goreng nampak macam donut ni?please jangan teringin donut pulak! tapi kalau request pun dahku pasti akan diignorekan oleh mak dan kakna sebab baru ja buat coq keria.jangan nak mengada sangat eh!



gaul dengan air gula di atas api yang membara  saya dok ingat celup air gula satu persatu guna lidi, rupanya buat gini ja cik senah oiiii T_____________T



gaul dia sampai gula tu pekat, likat dan melekat. ini tagline tahu?




taadaaaa! siap dah.boleh makan sampai kembung.jangan dok ikut lah resepi merepek saya tu.resepi bukan resepi sebenarnya! haku mana tau resepi dia cik senah ooooiiiii bhahaha.



ok lah.last sekali nak bagitau sedap sangat tau mak dengan kak itew buat(PANG! SEDAIH).pasti lah berkali ganda sedap sebab mak dengan kakna buat dengan penuh kasih sayang abadi bhahahaha.kuat benar hang ni membodek.



terima kasih.
baibai.



product review: serum badan fair N pink

Assalamualaikum.


sapa yang ada kulit kering dan gelap macam saya kena baca review ni sampai habeh.la ni kat tempat saya jadi cuaca panas, tapi berangin dan kering.habeh la kulit saya bertambah kering.nak pakai lotion kadang-kadang rasa malas sebab satgi kalau peluh dia melekit.tak syok kan? tapi ada satu produk " sapu kat kulit hat best.lembabkan kulit, putihkan kulit dan tak melekit! tepuk tangan skit "PAP PAP"



produk:
body serum fair N pink

saiz:
200ml

harga:
RM50.00 free postage

tempat beli:

cara order:
sms atau whatsapp 013-2323711



packaging produk.nice kan? sampai ja produk ni memang tak sabaq saya try.



didatangkan dalam botol jenis pam.hygiene macam ni kan?



tekstur produk cair dan senang nak apply.



saya suka pakai banyak-banyak.pam produk dan sapu rata, tektur senang menyerap ke dalam kulit.

p/s: abaikan tektur kulit saya tu.macam orang tua(memang dah tua pun) sebab jarang apply lotion sebelum ni.tak suka hat melekit, now dah pakai serum badan fair N pink yang tak melekit baru rajin nak amalkan hihi.


nampak tak perbezaan antara bahagian kulit yang disapu serum badan fair N pink dan bahagian yang tak disapu? selepas apply serum badan fair N pink ni kulit nampak putih serta merta! saya suka sapu banyak-banyak, so nampak putih macam tu.kalau apply dalam kuantiti biasa kulit nampak cerah semulajadi.orang dah tak boleh kata muka putih dari tangan sebab la ni tangan dan badan pun putih jugak okeh! bhahaha.



nampak tak perbezaan tu semua? sangat lah menakjubkan! kena try kalau nak tengok sendiri keberkesanan serum badan ni.saya dah try, memang nampak putih wey.. sungguh tak tipu.


FUNGSI MENURUT PENGELUAR:
  • diformulasikan dari ekstrak sakura dan ekstrak kojic acid.
  • menggalakkan metabolisma kulit supaya kelihatan muda.
  • mencerahkan kulit.
  • menambah kelembapan kulit.
  • mencegah tanda-tanda penuaan.
  • menjadikan kulit licin dan lembut.
CARA GUNA:
  • sapukan perlahan-lahan serum badan fair N pink ke tangan dan badan dalam pergerakan bulat secara lembut.
  • gunakan di waktu siang dan malam.
  • formula yang lembut menjadikannya selamat untuk semua jenis kulit dan menjadikan kulit cerah dan lembut selepas digunakan.
HASIL PENGGUNAAN SAYA:
  • cepat menyerap.
  • tak melekit
  • kulit nampak cerah serta-merta!
  • bau yang lembut dan tak kuat.
  • tak melekit, ni paling suka.so bila berpeluh atau kulit kena air tak rasa melekit pun.
  • kulit rasa sejuk waktu apply serum badan ni.
  • kulit lembab dan tak kering lagi.
  • kulit jadi lembut bila disentuh.tak rasa dah kulit yang kasar sebelum tu.
  • paling best bila pengeluar kata kulit akan jadi putih pink.kena rajin amalkan ni.lepas sapu pun serta-merta nampak cerah, kalau diamalkan mesti lagi cerah kan? hehe.
  • keseluruhannya saya suka serum ni.waktu siang letak tepi laptop.tengah buat kerja rasa kulit kering terus sapu.waktu malam pulak letak siap-siap kat tepi bantal, nak tido sapu jugak.kulit rasa lembut ja tau.jom try.insyaallah puas hati.


terima kasih.
baibai.




tutorial mekap: makeup tutorial with dark lips.

Assalamualaikum.


kalau nak tau sebelum ni saya gigih sangat buat tutorial mekap dan tudung banyak-banyak.kalau tak caya boleh try cari balik entry hat sebelum ni, tak pun cari kat www.youtube.com/zoeyzauyah 
banyak jugak hat dah private tapi don't worry bebeh, masih banyak tuto saya yang anda boleh tengok kat situ.tengok pi lah buat hilang boring kat opis tu kan? muahaha.



tapi gigih tu dulu-dulu lah.sekarang ni saya dah jarang buat tuto.tak dak masa satu hal, tak berapa larat dua hal, malas pulak tiga hal..bhahaha! tapi kebelakangan ni ramai pulak yang tegur " ni yang buat tuto kat youtube tu kan?" jadi adakah itu petanda saya perlu membuat comeback secara kerap dan gila glamer seperti sebelum ini? jeng jeng....! kita tunggu dan lihat kalau saya rajin T_______T



ok lah mukadimah panjang berjela.kak mah pun nangis kalau jumpa orang tak kasi can macam ni.sebenarnya ada satu tuto mekap yang saya buat ni.dah lama, 2,3 bulan lepas kot? tapi dok simpan dalam folder ja.baru-baru ni rajin pi edit dan upload.tengok pi la nooh..




click to play.jangan lupa pilih HD.

mungkin anda berasa kaler mekap ni sangat mengerikan lalu tak kuasa nak try mekap macam ni kan.nanti dulu...! jangan gabra bewak, anda ikut teknik yang saya tunjuk tapi sila lah tukar warna tu kepada warna yang anda suka.pasti lebih disayangi suami dan jiran tetangga... EH???! bhahahaha.
sebenarnya plan nak buat mekap mata cantik lagik dari ni, tapi waktu record video ni saya tak sihat.sat berhenti rehat, sat bateri kamera habis.hujan pulak tu.jadi lah takat ni pun nooh?

p/s: dalam video ni saya cakap saya guna foundation tebal sikit nak cover warna kulit tak sekata, sebenarnya saya terlebih letak foundation! bhahaha.nak kaverline lah uolss ni pun..tolong paham sikit okeh.kening pulak memng sengaja buat natural dan nampak gap lagu tu.malas pulak asyik nak buat kening sharp dan terang.sekali sekala buat biasa pulak kan.SELAMAT MENCUBA YE ;)


















ni gambar depan lighting.habis muka nampak kuning (-..-")



ni gambar depan tingkap..bhahaha.tapi cuaca mendung kaler gambar jadi tak lawa dah.



selamat mencuba.insyaallah ada masa dan diberi kesihatan saya akan buat lagi tuto.



terima kasih.
baibai ;)