majlis pertunangan alin(anak saudara saya)

Assalamualaikum.


tahun ni family dan saudara-mara saya ramai yang nak kahwin.kiranya tahun ni banyak majlis nak berlangsung.dari bulan 12 hari tu sampai ke hujung tahun ni berderet lah pakat tunggu turn masing-masing.harap awak semua bertabah kalau buka blog saya nanti balik-balik pasal kahwin ja noohh?


hari tu saya cerita pasal majlis pertunangan adik saya, cce kan? majlis dia bulan 12 hari tu.kali ni saya nak update pasal majlis pertunangan anak saudara saya pulak, alin.majlis dia bulan 1 baru-baru ni.ni anak abang saya yang sulung merangkap cucu sulung dalam family.anak menakan semua besaq dah..besaq dari mak menakan dia nih T_________T



ni dia anak menakan saya hat bertunang.gambar dari official photographer ASM studio & gallery.boleh pi try cari fb depa. saya yang mekap alin.natural saja.boleh try tengok kat blog mekap saya http://fabulousiti.blogspot.com saya ada buat entry pasal mekap yang dibuat ni.



kalau cce tengok gambaq ni mesti dia ingat saya nak sabotaj dia bhahaha.tu lah dia exited sangat, kalau dia bertenang sikit mesti dia cun macam kami jugak..EH? kahkah.


ni abang saya.identiti adalah dirahsiakan.anggap lah dia pemalu..cey cey...haha.hari tu saya boh gambaq dengan abang saya kat fb, semua orang ingat tu kami yang bertunang.padahai ni abang saya, kami tumpang ambil gambar kat pelamin alin sajo lah..hahaha.



tuan punya pelamin sibuk melayan tetamu, budak ni mula lah ambil kesempatan cewi kat pelamin orang kan..dah la pakai lipstick merah ang-ang kalah alin hat bertunang T__________T


pelamin lawa ni dari mirabilia concept house of bridal.pi try cari fb depa guna nama yang sama k?


hantaran dari pihak perempuan.kami kot kedah kalau bertunang bagi hantaran makanan saja.hantaran persalinan tunggu waktu kahwin baru akan bagi.


lagi hantaran dari pihak perempuan.



hantaran dari pihak lelaki.sebelah lelaki pun kalau bertunang bagi makanan saja.sirih junjung tu lain cerita lah kan hehe.


ok, tu ja lah kot.nanti sampai masa majlis lain pulak berlangsung saya update lagi, insyaallah.semoga semua urusan yang bakal-bakal berkahwin ni dipermudahkan.selamat bertunang kepada alin dan amet dari auntie comels(nak gak sebut comels) muahaha.


alang-alang tu nak bagitau fabulousiti beauty & closet(klik sini) baru ja update tudung chiffon 4 segi bucu bulat atau dikenali jugak dengan nama bawal chiffon(bawal bulat)..saiz bidang 50.boleh pi usha-usha sebab tudung ni selesa, senang bentuk, tak licin dan tak jarang.boleh pakai cara tudung bawal atau cara shawl.ready stock dengan harga promosi RM24 sahaja! selalunya harga biasa untuk bidang 50 ni RM34.tengah murah ni pakat beli lekaih nah.atau boleh terus sms/whatsapp 012-4141421(jangan call).


terima kasih.
baibai.


Sponsored Video: Wangian Terbaharu, HUGO WOMAN.

Assalamualaikum.



Saya suka pakai perfume dan berbau wangi sepanjang hari.Kalau awak semua pun penggemar perfume macam saya, awak mesti cuba perfume terbaharu yang saya nak kenalkan kali ini.Let's go! ;)




Musim bunga kali ini jenama terkenal antarabangasa, HUGO telah memperkenalkan haruman terbaru mereka, HUGO WOMAN.Menampilkan Freja Beha Erichsen sebagai wajah HUGO WOMAN. pewangi ini khusus untuk wanita yang bersemangat, berani, sentiasa berada di barisan hadapan untuk sesuatu yang baru, generasi 'berkuasa' yang melakukan sesuatu dengan cara hidup tersendiri dan dengan motto 'invent yourself'.Your fragrance, your way.



HUGO WOMAN adalah haruman buah-buahan dan bunga-bungaan bukan konvesional, 'boyish twist', serta menggabungkan perintis molekul semulajadi yang tidak terjangka.
Harumannya mewujudkan kontras daripada tones dan sensasi, menggabungkan tradisi kewanitaan dan notes maskulin yang tidak dijangka untuk mentakrifkan semula kebanyakan wangian wanita untuk mencerminkan minimalis glamour HUGO's.

Top Notes: Boysenberry,sparkling italian mandarin,diimbangi herbaceous mountain dan kesegaran himalayan red grass.Haruman pembuka ini membangkitkan keinginan, pengembaraan dan pengalaman yang menyegarkan.

Middle Notes: Jasmin sambac dan plush, darkly fruity black plum,enigmatic elegance of iris and the spicy,smoky intensity of indian black tea.Jiwa HUGO WOMAN's adalah gabungan kewanitaan maskulin.

Base Notes:- Base notes adalah ilham: captive woods in which shimmering sandalwood laced with cedar, dihangatkan oleh feminine amber.Hasil lapisan dari peringkat terakhir; ianya lembut dan kuat, berkrim dan pekat, serta chic contemporary.




Freja Beha Erichsen bersama Adrien Sahores untuk kempen HUGO WOMAN dan HUGO MAN.




selain HUGO WOMAN, jangan lupa dapatkan juga HUGO MAN untuk pasangan tersayang.


Jangan lupa klik dan tonton video kempen ini ya.


Saya setuju dengan kenyataan Freja,"You can express your individuality with fragrance, especially as the same one will smell unique on everyone.I love that."



Sponsored post by HUGO.



terima kasih.

his birthday

Assalamualaikum.



di satu tarikh pada hujung 2014 saya telah membuat suprise yang tak berapa suprise kepada partner saya sempena birhday beliau yang ke.........(?) heeeeheeeee ;D




waktu mula keluar rumah dan otw pi saya pakai contact lens super mata kucing ni, bhahaha.tengok orang pakai nampak segak ja, saya pun teringin nak try.tapi tak berapa selesa la pulak.



lepas singgah kat secret recepi dan beli kek, mata rasa tak tahan dah.singgah kat tempat rehat tepi higway dan tukar kepada contact lens ni.baru lah selesa.nasib baik bawak spare hat ni.




sempena birthday dia, saya bagi can dia pilih nak makan kat mana.dia pilih puncak mutiara cafe sebab teringin nak makan kambing.uolss tengok lah budak dalam gambar ni,dia ingat segak kot pakai kaler rona-roni macam ni? bhahahaha.



ada macam-macam kat dalam kawasan puncak mutiara cafe ni.tempat makan pun ada banyak jenis dan banyak view.kami pilih pondok bersila yang dekat dengan pintu masuk.kalau nak tau time ni saya pakai contact lens tak dak power, bila nak usha apa-apa kena taruk speck kot ataih hahaha.



pondok hat kerusi pun ada.kelilingnya view pokok-pokok



\
berhadapan dengan kami ni tempat tertutup.kalau tak salah ada air-cond dan untuk steam boat.seingat saya, kali terakhir saya mai sini pada 4 tahun lepas.waktu tu kain lapik meja dia ada banyak lubang dan koyak.kali ni mai pun sama jugak.kenapa ya? *curious.. hehehe.



view dari pondok kami duduk.











kat dalam ni siap juai jeruk, perfume dan macam-macam lagi.



minuman yang kami order.ice blended chocolate, maggo lassi, ice cream(lupa nama penuh).tapi kan air dia kami tak minum sangat pun.memang tak habis lah sebab tak sedap.ice cream pun dah cair waktu depa hantar.



dia makan nasi...(saya lupa nama) dengan kambing grill dan air asam.saya tak makan kambing, so tak tau lah rasa macam mana.




tapi dia cakap sedap.dalam banyak-banyak menu dia pernah makan. hat jenis nasi-nasi ja yang betul-betul sedap.



saya order sup ekor cicah dengan roti benggali.



cubit-cubit roti dan masukkan dalam sup.saya lapar time tu tapi bila rasa jaaaaa....alamak rasa dia! saya bagi si dia try pun dia tak boleh.akhirnya tak luak pun T__________T 



tengok roti ni teringat arwah pak saya.dia suka betul makan roti ni cicah dengan gulai ikan.saya pun suka roti ni sebab dalam isi lembut.selalu beli kat benggali juai roti(orang tua-tua lah yang sebut benggali juai roti).



sebab saya lapar, try makan roti dengan ice cream yang dah cair tu.tapi tetiba di sebalik ice coklat ni ada ice cream perisa watermeloon pulak... saya tak boleh perisa tu.nanges lah gini.last sekali ice cream pun tak habis.

kesimpulannya tempat makan dan suasana cantik.makanan pun ada banyak pilihan.tapi tak tahu kenapa apa yang saya order tak berapa ok kecuali nasi.harga dia standard cafe lah.staff dia yang layan kami pulak agak annoying dengan kami.dia pms kot waktu tu? haha.



ok lah, back to birthday.ini kek secret recepi yang kami beli waktu otw tadi.beli satu slice dan tulis happy birthday.jadi lah kan.dua orang ja pun.janji ada kek jugak.coklat ferraro rocher dan kad birhday saya letak dalam plastik dan bawak dalam diam-diam.konon suprise lah tu :)



sehari sebelum birthday saya beli siap-siap coklat dan kad birthday.sebenarnya pesan kat kakak dan adik saya waktu depa pi shopping.lepas tu saya ikat riben kat coklat dan tulis merepek kat dalam kad tu haha.




bila sebut bab birthday dia, teringat tahun lepas.kami masih jauh waktu tu.so saya beli hadiah dalam diam-diam.waktu dia balik sini dan jumpa, saya suprisekan dia dengan kotak besar gedabak ni.



isi dalam kotak.




kad birthday tak lupa hokeh.macam biasa, banyak tulis merepek dan mengadu domba kat dalam tu
 -.-"




ni lah barang yang saya isi kat dalam kotak besar tadi.T-shirt dua helai, jeans sehelai, kasut sepasang.semuanya warna hitam sebab dia suka hitam ja haha.waktu nak beli tu saya tak sihat.saya ajak cce(adik saya) pi beli.masuk ja kedai saya duduk dan tunjuk-tunjuk apa yang saya nak.cce tukang cari dibantu staff kedai.dapat lah barang yang tak seberapa ni hehehe.jenama, harga, kuantiti tak penting, yang penting kita ingat kan? baru orang rasa diingati dan dihargai..cewah kau!



terima kasih.
baibai.