video review: dry skin care | easy way to moisturize the skin with SOAPABABY

Assalamualaikum.


hari tu saya ada review soapababy, produk yang sangat bagus yang saya amalkan.saya ni jenis yang suka share benda bagus-bagus.asal cuba lepas tu berkesan mesti nak share dekat blog ni.jujur punya review hasil dari pengalaman sendiri guna.takde review semata-mata dibayar ke apa tau!

memandangkan saya dah aktif semula di youtube, so kali ni saya buat review video pulak dekat youtube channel.boleh klik video dekat bawah entry ni atau boleh terus ke youtube saya untuk tonton.boleh tengok kat video tu cara saya guna dekat kulit badan dan muka.best tau sebab produk ni buihnya lembut dan boleh guna kat badan dan muka sekali.


saya betul-betul pengguna soapababy tau.satu family guna.mak saya yang paling suka sebab katanya daki-daki di celah kulit dan gatal-gatal(sebab kulit kering) dah hilang.



klik HD tau.dalam video ni cakap KL uolsss(sebab perlu) ekeke.hangpa jangan kutuk noohh.next video saya cakap lah kedah balik..haha.


guna kat muka, kulit lembab, lembut dan pori-pori mengecil.muka saya ni banyak parut tapi tak ada jerawat,ruam yang selalu jadi pun dah semakin hilang.


kalau nak order boleh hubungi nombor yang tertera atau boleh juga email.kalau ada apa-apa pertanyaan pun boleh terus hubungi mereka ya.




terima kasih.

makeup tutorial: exo baekyun inspired makeup

Assalamualaikum.


hai uolss... zoeyzauyah dah kembali dengan tuto mekap beliau yang terbaru...! ceewaaah! punya lah rindu nak merakam diri sendiri kat depan kamera sampai minta kawan2 kat ig dengan blog doakan saya ada rezeki dapat beli kamera baru.tak sampai berapa lama tup-tup memang ada rezeki dan betul-betul beli kamera baru! terima kasih lah untuk sapa-sapa yang tolong doakan kat saya tu.semoga doa anda yang baik-baik tu akan berbalik semula kepada diri anda, insyaallah..amin.


sebagai 'pemanas badan' saya buat tuto mekap yang jadi favourite saya kebelakangan ni.mekap ni asalnya lelaki yang buat.kau jangan main-main, lelaki pun mekap kalah pompuan apa kes? bhahaha emo pulak aku nih.sapa yang minat artis korea mesti kenal punya lah dengan kumpulan exo.glamer tahap tak boleh dibendung, lepas tu saya pun terkena tempias sekali dengar lagu-lagu dia.lepas tu terjangkit pulak buat mekap macam baekhyun, salah seorang anggota kumpulan exo tu.kaum perempuan sila cuba mekap ni kalau anda berani.kaum lelaki takyah la weh.


ni lah byun baekhyun, anggota kumpulan exo.mekap dia yang ni memang glamer, dah jadi macam tredemak dia dah.mekap ni lebih tertumpu di kawasan mata yang menyerlah.pipi dan bibir pulak lebih natural.saya ambil inspirasi ja, selebihnya saya buat ikut cara saya sendiri.jenuh lah nak ikut sebijik-sebijik.bentuk mata, kulit dan muka pun lain-lain kan.



jom tengok video ni.cara mekap mudah ja pun.pertama kali record guna kamera baru, tak terer lagi main lighting dengan fokus.selalu lari fokus.insyaalah lepas ni perbaiki lagi tang cahaya dengan fokus noohh? biasa lah sementara nak biasa dengan benda baru.tapi kalau hangpa tengok dalam ni benda paling jelas dan nyata ialah kulit saya yang teruk...haha.tak tau nak teriak ka nak gelak ni.hari tu kulit saya problem sikit, dengan parut, dengan ruam, dengan hitam lit-lit.sekarang dalam proses merawat.minta-minta lepas ni elok balik..insyaallah.

p/s: list produk yang saya guna ada tulis kat dalam video dan dekat dalam description box video ni.jangan lupa klik HD tau.elok sikit kualiti video dia.


kat bawah ni antara gambar-gambar saya keluar dengan mekap inspirasi dari byun baekhyun.
.
.
.







hat ni terang sikit.baru nampak dramatik.. hehe.






hat ni versi soft sikit.












jumpa lagi dalam next tutorial..insyaallah :)


terima kasih.
baibai.

product review: SOAPABABY extra rich collagen spa

Assalamualaikum.


Tanya lah sapa-sapa pun, kulit muka mesti berbeza-beza kan? ada berminyak, kombinasi, normal dan lain-lain, tapi kalau bab kulit badan kebanyakannya mesti jawab  jenis yang kering kan? tak best tau ada kulit yang kering ni.tak kira kat muka ke atau kat badan, bila kering macam-macam problem yang akan terjadi seperti kegatalan, perit, nampak hitam, berdaki, kusam, kedut serta jeragat cepat timbul dan nampak cepat tua! ini musuh utama ni..hihihi.


pentingnya untuk melembabkan kulit setiap masa.orang perempuan mesti lah taruk lotion kan? tapi rimas dan leceh lah.rimas sebab lotion melekit terutama bila berpeluh dan terkena air.leceh sebab nak kena ulang sapu selalu untuk melembabkan kulit.TAPIIIII....! produk yang saya nak share ni sangat senang dan sangat berkesan! sungguh saya tak tipu.saya bukan saja-saja nak review tapi saya sendiri dah amalkan.lepas tu share satu family pun amalkan.dah sampai ke berapa ketul dah guna.memang berubah betul keadaan kulit saya.kalau nak tau lagi please baca review sampai habis tau.


produk:
sabun SOAPABABY extra rich collagen spa

saiz:
110gm

harga:
RM19.00

cara/tempat beli:
whatsapp/sms 016-5601527 atau email soapababy@gmail.com


yes, ini lah produk yang saya cakap tu hehe.sejenis sabun yang sangat berkesan untuk melembabkan kulit.kesannya boleh dilihat dan dirasa seawal penggunaan yang pertama! banyak ketul dah yang saya guna.guna berterusan sebab terlalu puas hati.


rupa sabunnya yang berwarna putih.sabun ni tak kedekut, bukan seperti saiz sabun biasa 60gm, 80gm atau 100gm, tetapi 110gm! besar dan tebal.tak rugi beli, tak rasa sayang nak guna.. harga pun murah berbanding kebanyakan sabun kecantikan lain hehehe.


sabun ini dicipta untuk melembabkan kulit sebaik lotion dan krim tanpa kesan berminyak dan melekit. kandungan pelembabnya sangat tinggi.mengandungi juga 3x collagen, susu kambing, ginseng, aloe vera dan madu.bahan-bahan ni semua dah terbukti sangat berkesan untuk kesihatan dan kecantikan kulit.yang paling penting dapat melembabkan kulit!


istimewanya sabun ni ianya adalah handmade(home-made).sangat natural dan lembut di kulit.


saya nak tunjuk buih sabun.buihnya bukan seperti kebanyakan sabun mandi biasa, tetapi buihnya berkrim dan lembut di kulit.tak melekit selepas dibilas.


sebelah kiri ni gambar lama tangan saya.sebelum amalkan soapababy.gigih saya korek semula gambar lama haha.sebelum ni kulit kering nampak jelas sangat kan.orang kata 'nampak bersisik'.maksudnya kering sangat lah tu sampai boleh nampak kering dan kasar.sebelah kanan pulak tangan saya selepas saya amalkan mandi guna sabun soapababy.tak guna lotion dan gambar tak edit tau! gambar fresh dari handphon..hehe.kulit sangat lah lembab dan lembut.boleh rasa bila disentuh, boleh nampak kadar kelembapan tu dah mengubah rupa kulit saya.tesktur lebih halus, lebih cerah dan lebih lembut.


ini bukan gambar tangan saya.gambar ni saya ambil dari soapababy hihi.
memandangkan sabun soapababy mengandungi 3x collagen yang sangat tinggi, jadi collagen boleh disalut ke kulit dengan mudah semasa dibilas.anda akan nampak sendiri kesan kelembapan akan kekal di lapisan kulit dan kulit anda akan diliputi dengan lebih banyak titisan air.petanda kulit dilapisi collagen dan kelembapan dilindungi.


saya pengguna SOAPABABY extra rixh collagen spa.produk yang sangat berkesan untuk melembabkan kulit tanpa lotion dan krim badan :)


FUNGSI SOAPABABY EXTRA RICH COLLAGEN SPA:
Most of the people are using cream or lotion to take a good care of their skin, but of of these product are feeling too greasy and hard to apply to whole body.which means you only moisturize your arms and legs.worst thing is we are difficult to answer a phone call just because our hand is too oily, dificult to walk around just because there will make a lots of marking on the floor.

lotion or cream can be wash-off easily after shower, then we reapply day after day , isn'n this a big hassle.this is why we work so hard to create this soap, the moisturize level just as good as lotion or cream but without greasy feeling.

unlike other product, collagen on this soap can be coated on the skin easily, during rinse-off.you will clearly notice there's a layer of 'moisturizer' stays secure on the skin and your whole body is full of droplets.moreover, collagen can be coated layer by layer depends on how moisturize you want it to be, and it's 100% effective, result can be seen as fast as your first shower.this is not magic but just because our formula are rich enough to make this happen.

MAIN INGREDIENTS: 3X collagen, goat's milk, ginseng, aloe vera and honey.

HOW TO USE:- 1)wet your body. 2)make foam on hand. 3)apply to skin. 4)rinse-off
for user of the first time, please repeat step 1,2,3 and 4 for at least 2 times.


KESAN SELEPAS SAYA MENGGUNAKAN SOAPABABY EXTRA RICH COLLAGEN SPA:
  • Buihnya berkrim dan lembut di kulit.
  • tak melekit selepas dibilas.berbeza dari kebanyakan moisture soap yang lain.
  • tak mengeringkan kulit juga.
  • baunya mild tapi melekat di kulit.
  • kulit rasa lembab sangat-sangat.seluruh badan akan terasa lembab.
  • kulit jadi lembut.macam pakai lotion.
  • saya guna 2 kali sehari waktu saya mandi, kulit kekal lembab dan lembut sehari suntuk.bila diamalkan setiap hari hasilnya memang terbaik!
  • boleh nampak perubahan pada tekstur kulit saya.nampak lebih halus, cerah dan lembab.bila disentuh pulak terasa lembut sangat-sangat.
  • saya ada masalah kulit badan yang terlalu kering sampai jadi gatal-gatal dan nampak berdaki.lepas guna sabun soapababy, masalah tu dah hilang.yeaaa..!
  • boleh digunakan seisi keluarga dan lelaki pun boleh guna.
  • saiz besar tapi harga berpatutan.
  • handmade(home-made).
  • saya cuba guna untuk cuci muka.berani la sebab sabun ni sangat lembut.saja nak try kan, saya agak terkejut sebab keadaan kulit muka pun berubah.terasa lembut dan lembab, pori-pori yang terbuka ni pun mengecil.nak apply mekap ke kulit pun smooth je tau.
  • saya sangat puas hati sebab tu saya terus guna sampai sekarang.saya suggest sangat untuk anda semua beli dan cuba dulu.baru tahu kesannya macam mana.insyaallah, puas hati macam saya juga.

jangan lupa dapatkan soapababy extra rich collagen spa dan cuba sendiri.
boleh order melalui nombor yang saya tulis kat atas tadi.


terima kasih.