makeup tutorial: bh party girl tutorial makeup ft hermo malaysia

Assalamualaikum.


kali ni saya nak share tutorial mekap yang saya buat menggunakan bh cosmetics bh party girl after hours eyeshadow pallete yang saya pernah review kat SINI.klik untuk baca dan tengok colour swatches.best eyeshadow ni sebab banyak warna yang cantik dan terang.eyeshadow ni boleh dibeli di website www.hermo.my(sila klik).


sebenarnya boleh create macam-macam jenis mekap menggunakan eyeshadow dari pallete ni termasuk lah mekap natural, tapi banyak sangat warna yang lawa sampai rambang mata.so saya buat mekap yang colourfull sikit lah tapi tetap wearable.maknanya boleh ja buat mekap ni untuk kemana-mana tanpa perlu berasa janggal dek warnanya yang colourfull hihi.selain sebagai eyeshadow, saya guna jugak untuk create eyeliner, shading, highlight dan blusher.nak guna buat kening pun boleh tau.



pilih kualiti HD tau.
ada sesetengah part yang blur sikit.kamera saya tengah repair, jadi saya pinjam kamera orang ja ni(terima kasih bagi pinjam) tak berapa reti nak adjust fokus lagi, so blur lah sikit.harap dimaafkan tau.insyaallah next tutorial saya buat guna eyeshadow pallete ni lagi tapi mekap macam lain pulak ok? product list boleh tengok dekat description box video ni(youtube), tengok dekat situ.


kat bawah ni gambar-gambar hasil tutorial mekap ni.
.
.
.







ini lah dia bh party girl after hours eyeshadow pallete yang saya guna dalam tuto ni.



lawa woooo warna dia.awak semua kena beli sorang satu ni.


kalau nak beli atau tengok maklumat bh party girl after hours eyeshadow pallete sila klik di sini



bukan setakat jenama bh cosmetics ja, dekat laman web hermo malaysia ni ada banyak lagi jenama dan produk terutama dari korea.rambang mata sebab macam-macam ada.kalau nak jamu mata dan tengok apa yang ada sila klik di sini




selamat mencuba.jangan lupa beli eyeshadow ni tau.lepas tu buat mekap macam dalam tuto saya ni.


terima kasih.
baibai.

product review: bh cosmetics party girl after hours eyeshadow pallete

Assalamualaikum.



Tahu tak sekarang ni saya ketagih habis lah bemekap guna eyeshadow bh cosmetics party girl after hours eyeshadow pallete.youtuber/beauty guru luar negara memang ramai yang guna brand bh cosmetics ni.saya ni mudah terpengaruh sikit, cepat ja nak pakai brand ni jugak! ekekeke.bukan apa, beauty guru dok kata brand ni bagus, itu yang saya pun guna tu.. bila dah guna mesti lah nak review, boleh jugak awak semua tau bagus ke tidak kan? walaupun sebelum ni macam susah ja nak cari brand ni, tapi sekarang boleh beli online ja tau.yang tu kena baca review sampai habis okay?


produk:
bh cosmetics party girl after hours eyeshadow pallete.
(32 color)

harga:
normal price RM109.00
NOW RM80.10 !!!

beli online di:
www.hermo.my (klik link ni)

link terus ke produk ini:




saya ada buat tutorial baru menggunakan eyeshadow pallete ni.tunggu beberapa hari lagi saya akan publish ya?



punya lah exited tunggu eyeshadow.sampai-sampai ja terus tangkap gambar sebab tau kalau nak review nanti senang sebab dah ambil gambar siap-siap. hehe.syok order kat www.hermo.my sebab mudah dan barang cepat sampai.selain jenama bh cosmetics, ada banyak lagi jenama dan produk mekap terutama dari korea.rambang mata!




my favourite ! ini lah packaging bh cosmetics party girl after hours eyeshadow pallete.comel kan? saya suka colourfull macam ni hehe.packaging eyeshadow ni jenis berkabut dan ringan.saiz pun tak besar sangat, sesuai nak bawak ke mana-mana.




OHMAI!!! punya lah lawa warna dia.



ada macam-macam tekstur eyeshadow kat dalam satu pallete.jenis shimmer ada, jenis matte ada, jenis glitter(diamond shades) pun ada.



ada warna cerah, gelap, natural, funky dan macam-macam lah.sesuai nak buat apa saja tema mekap.selain guna sebagai eyeshadow macam biasa, nak guna buat highlight, shading, eyeliner dan lukis kening pun boleh! kena kreatif lah sebab dah alang-alang ada eyeshadow yang pelbagai macam ni kan?



paling special sebab ada 4 warna ala-ala glitter(micro sparkles) yang dipanggil diamond shades.




nak tau apa yang special? ni haa tengok perbezaanya.jenis matte kita dah tau kan jenis yang tak berkilat.tapi ini saya tunjuk beza antara eyeshadow jenis shimmer biasa dan jenis yang macam glitter (micro sparkles).nampak kan perbezaannya? diamond shades dari pallete ni ada macam glitter sikit yang nampak lebih bersinar macam fairytale haha.


kat bawah ni saya buat colour swatches.sorry kalau nampak comot sebab buat dalam keadaan kalut sikit waktu ni...hehe.
.
.
.

no.1) jenis matte.warna sangat terang dan mudah melekat di kulit.
no2) warna yang unik.biru keungguan, kalau melayu panggil biru nila.ada shimmer sikit.
no.3) biru cerah dan ada shimmer sikit.
no.4) jenis matte.warna ni pun unik jugak sebab kelabu yang ada tone ungu.
no.5) warna hitam yang ada partikel berkilat bila kita tengok bawah cahaya.
no.6) jenis shimmer.warna gangsa yang terang dan mudah melekat di kulit.
no.7) jenis matte.warna colat cerah.
no.8) warna ni cantik! jenis shimmer dan warna krim.



no.9) jenis shimmer.warna silver dan terang.
no.10) jenis matte.warna biru gelap.
no.11) jenis matte.warna coklat sederhana dan saya selalu guna warna ni untuk buat shading kat hidung dan pipi.
no.12) jenis matte.warna pink peach yang cerah.sesuai kalau nak buat higlight.
no.13) warna ni cantik sangat-sangat! jenis shimmer.warna macam magenta.shocking pink campur ungu.macam tu lah lebih kurang warnanya tapi memang cantik terutama bila kena cahaya.
no.14) jenis matte.warna biru cerah yang ada tone ungu cerah.
no.15) jenis matte.warna ungu gelap campur biru gelap.
no.16) jenis matte.warna ungu.



no.17) jenis shimmer.warna ungu macam lilac.
no.18) jenis shimmer.warna ungu violet.
no.19) jenis matte.warna ungu iris.
no.20) jenis shimmer+glitter.yang ni diamond shades.warna biru metallic dan terang.mudah melekat di kulit.
no.21) jenis shimmer+glitter.diamond shades jugak.warna ungu metallic.terang dan mudah melekat.
no.22) jenis shimmer.warna gold dan terang.
no.23) ni jugak salah satu dari warna favourite saya.jenis shimmer.warna plum.
no.24) jenis matte.warna koko gelap.



no.25) jenis shimmer.warna metallic dan terang.
no.26) jenis matte.warna hitam dan terang.saya selalu guna yang ni sebagai eyeliner.
no.27) jenis matte.warna koko gelap jugak tapi tone dia berbeza sikit dari warna no.24 tadi.
no.28) warna yang cantik! jenis shimmer+glitter.diamond shades warna putih dan terang.
no.29) jenis shimmer+glitter.diamond shades warna pink merah dan terang.
no.30) jenis matte.warna lebih kurang magenta no.13 tadi tapi tone berbeza sikit.
no.31) jenis matte.warna royal blue.
no.32) jenis shimmer.warna putih.saya selalu guna yang ni sebagai highlight.


description pengeluar:
unleash your inner party girl with this palette of 32 highly pigmented eyeshadows that include shimmer, matte, satin, and 4 brilliant  diamond shades that work for every skin tone.the diamond shades are formulated with a special blend of macro sparkles to give you a radiant look upon application.whether you want to just look your best or be the star of the party, this pallete provides endless possibilities for every occasion.


bahan dan manfaat:
  • paraben free
  • clinically tested
  • non-irritating
  • allergy tested
  • micro sparkles - give a radiant look 

pengalaman saya guna:
  • packaging berkabut, cantik, ringan dan tak besar sangat.mudah nak bawa kemana-mana.
  • ada cermin.perempuan suka kan ada cermin sebab memudahkan hehe.
  • ada pelbagai jenis eyeshadow dan warna dalam satu pallete.matte, satin, shimmer, glitter.syok nak guna dan buat macam-macam jenis mekap.
  • warna yang terang(pigmented kiranya) dan mudah melekat bila disapu.
  • sesetengah warna yang sangat unik dan jarang jumpa kat dalam eyeshadow pallete.
  • bagus sebab paraben free, clinically tested, non-irritating dan allergy tested.benda kita nak letak kat kulit dan di kawasan mata yang sensitif pulak kan.kena guna produk yang selamat.
  • keseluruhannya saya suka produk ni.best main mekap dengan macam-macam warna.try lah beli sebab harga pun tengah murah ni.untung...!


terima kasih.baibai.


cara membentuk bibir yang tak seimbang

Assalamualaikum.


Bibir saya nipis kat bahagian atas berbanding bibir di bahagian bawah, so dia nampak tak seimbang.selain semulajadi, kedudukan gigi saya yang berlapis pun salah satu punca bibir saya nampak tak seimbang.sapa yang ada bibir camgini meh sep sikit! boleh geng la kita hehe.


entry ni saya nak tunjuk cara membentuk dan melukis bibir atas yang nipis tu supaya nampak seimbang sikit dengan bibir di bahagian bawah.sebenarnya waktu ni tengah praktis membentuk bibir.nama pun jurusolek, kalau tak praktis macam mana nak terer weh! haha.alang-alang tu saja ambil gambar tunjuk step-stepnya.bukan lengkap sangat pun tapi boleh lah untuk hangpa dapat gambaran sikit nooh?


ni yang pertama.yang ni saya garis terover sikit, besaq la pulok!
.
.
.
  1. sebelum.nampak kan bibir saya tak seimbang?
  2. sapu foundation dan bedak dekat seluruh bibir.fungsinya nak samarkan sikit bentuk asal bibir.
  3. guna lipliner dan untuk bibir bahagian atas yang nipis tu, lukis luar sedikit dari garisan asal bibir.paling senang kalau guna lipliner jenis pencil yang lembut.yang ni saya garis over sikit.bukan sengaja tapi TERover sikit ja hahaha.untuk bibir bahagian bawah pulak, boleh lukis ikut bentuk asal ja.
  4. sapu lipstick di dalam garisan yang dah dibuat tadi.sapu terang sikit dan blend rata supaya tak nampak perbezaan yang ketara antara garisan bibir asal dan garisan yang dilukis menggunakan lipliner.dekat atas lipstick tu sapu pulak lip gloss.bibir basah-basah macam ni membuatkan bibir kita nampak full.kat luar bibir pulak boleh kemaskan shapenya menggunakan concealer atau foundation bersama berus yang sesuai.kemaskan bentuk bibir lah.gini lah rupanya bila dah siap.

yang kedua pulak.yang ni shape dia ok sikit dan saya tak letak lip gloss, nampak matte.
.
.
.
  1. sebelum.bibir saya yang tak seimbang.
  2. sapu foundation dan bedak di seluruh bibir.
  3. guna lipliner dan lukis bibir bahagian atas tu.lukis keluar sedikit dari garisan bibir yang asal dan guna lipliner jugak, warnakan sikit sampai tutup garisan bibir yang asal.
  4. sapu lipstick di seluruh bibir ikut bentuk yang dilukis menggunakan lipliner awal-awal tadi.sapu tebal sikit dan ratakan supaya tak nampak sangat perbezaan antara garisan bibir asal dan yang dilukis menggunakan lipliner.nak sapu lipgloss kat atas lipstick boleh, tak nak sapu pun boleh.yang ni saya tak sapu lipgloss pun.macam ni lah hasilnya.

kalau tak paham boleh lah tengok gambar kat bawah ni.
.
.
.
gambar kiri: dot-dot hitam yang saya buat tu garisan yang saya lukis menggunakan lipliner.kiranya ni lah bentuk yang saya buat.keluar sedikit dari garisan bibir yang asal.dekat tengah-tengah bibir tu, bibir asal saya bentuk tengah tu tajam sikit, tapi dengan lipliner, saya bentuk semula dan buat  membulat sikit.untuk bibir bahagian bawah saya cuma lukis ikut bentuk asal ja.

gambar kanan: dot-dot putih tu garisan bibir saya yang asal.lukis guna lipliner ni kena terang sikit tau.sapu lipstick nanti pun kena terang, baru tak nampak berbeza sangat antara garisan bibir asal dengan garisan yang dilukis menggunakan lipliner.


awak semua paham tak konsepnya sekarang ni? tak kiralah macam mana pun bentuk bibir anda yang tak seimbang, contohnya bibir bawah nipis berbanding bibir atas atau lain-lain, tapi cara membentuk tu sama ja.kalau bibir tebal pulak, anda garis ke dalam sedikit dari garisan asal bibir.konsep dan motifnya cuma nak bagi seimbang ja.paham ka tak paham ni? pandai-pandai lah nak hidup wey...! (kuangjaq  cikgu mekap ni) bhahaha.




selamat mencuba.
terima kasih dan baibai.


my mac cosmetic has arrived!

Assalamualaikum.


Kebelakangan ni rajin pulak saya dok beli mekap.bukan semata-mata nak tambah koleksi mekap, tapi sebab nak upgrade mekap kepada jenama yang elok sikit.lepas tu boleh hilangkan stress dengan bershopping! ewahhhhh... sambil menyelam minum aiyaq baq hang.


terima kasih mac malaysia sebab service anda sangat cepat dan baguih.dah la letak dalam kotak lawa, iolsss ni very the peliks sikit.suka benar kalau dapat benda dalam kotak/packaging yang lawa.simple takpa asalkan mata sendiri rasa ianya lawa..haha.


beli 3 ja pun untuk tambah produk mac yang sedia ada.pelan-pelan beli.tahun depan harga mekap saya naik sikit nah sebab dah upgrade brand dan produk mekap, lepas tu teknik mekap pun upgrade jugak.sebelum ni bukan kata tak pakai brand hat elok, semua elok tapi banyak campur-campur brand.tahun depan nak tambah lagi dari segi kualiti mekap.hangpa jangan berkira tau kalau nak mekap yang berkualiti, cantik dan tahan lama.kalau berkira maka anda kena lah puas hati dengan hasil mekap setakat yang anda bayar..hehe.


p/s: sebelum anda was-was, baik saya bagitau siap-siap, ni brand mac yang ori tau.bukan ciplak punya.



kalau nak tengok hasil mekap yang saya buat kat client, boleh la klik blog mekap ni: http://fabulousiti.blogspot.com





ok, tu ja.terima kasih.
baibai.













makeup tutorial: get ready with me on aidiladha | makeup,hijab and outfit

Assalamualaikum.


waktu raya haji itu hari(24.9.15), saya ada record waktu diri sendiri tengah bersiap-siap untuk keluaq beraya.saja la suka-suka record, maka terjadi lah video get ready with me ni.tengah record tu sempat weh buat ala-ala makeup tutorial... kiranya ada la tunjuk-tunjuk produk apa yang saya guna waktu tu.

selain mekap, saya jugak ada tunjuk cara pakai shawl dan ootd raya.. dan nak ingatkan lagi, waktu record ni memang betul-betul tengah bersiap pada hari raya.kiranya hari tu memang betul-betul hari raya adiladha.sempat wehh bersiap sambil record bhahaha.apa-apa pun jom tengok video noohhh.





awal-awal video lagi saya dah salah tulis.tunggang langgang punya ayat T_____T.pilih kualiti HD tau supaya video lebih jelas.jangan lupa tengok video sampai habis sebab dekat hujung-hujung tu saya ada tunjuk waktu saya tengah pakai shawl dan ootd sikit.list produk yang saya guna ada tulis dekat description box(bawah video ni).kena klik video ni dan masuk youtube lah baru dapat tengok list produk tu.


kat bawah ni gambar hasil mekap.gambar semua macam sama tapi sebenarnya lighting lain-lain.
.
.
.














insyaallah lepas ni saya buat video lagi dan berjumpa lagi di lain entry.
terima kasih,
baibai.


Fruit tart dan cheese tart

Assalamualaikum.


I have a sweet tooth, suka makan benda-benda yang manis macam dessert semua tu.kalau rupa atau hiasan makanan tu comel, lagi la saya suka.macam daya penarik la untuk makan kan..hehe.kalau nak tau ghumah saya ni best sebab ada kakna(kakak saya) yang suka masak-masak.semua jenis masakan dia suka masak, adik dia ni tukang request dan tukang makan ja haha.


baru-baru ni kakna buat tart.banyak kali la buat sebab banyak permintaan.sedap weh...! comel pulak tu.bukan buat untuk family sendiri makan ja, tapi kalau sapa-sapa nak order pun boleh jugak.dah lama pun dia dok buat jual, tapi dia jarang war-warkan dekat fb dengan ig,takpa-takpa, meh saya tolong war-warkan bagi pihak dia.boleh lah kalau anda nak order buat jamuan ka, makan sendiri ka, hantaran ka, doorgift ka, buah tangan ka, apa-apa ja lah pun.bukan setakat tart ni ja, makanan lain macam biskut dengan kek pun dia ada jual jugak tapi sekarang more to benda yang simple-simple macam tart dengan biskut lah.


untuk sebarang pertanyaan atau order boleh:-

sms atau whatsapp:012-5099470(ina)
fb:http://www.facebook.com/maisekutgift
ig: http://www.instagram.com/maisekutgift
*area kulim.


p/s: all pictures credit to me(bangga).tolong kakna ambil semua gambaq ni.rasa cam lawa la pulak bhahaha.kat bawah ni ada dua jenis tart  tau.jom jamu mata lepas tu order..!


FRUIT TART
fruit tart.
saiz M RM1.50 sebiji
saiz S RM1.00 sebiji


kulit tart yang sangat sedap ni diisi dengan filling custard cream yang gebu dan terasa seperti aiskrim.diletak pula fresh fruit kat bahagian atasnya.perghhh! sedap, berkrim, fresh, semua ada.letak dalam peti sejuk dulu sebelum makan, memang fressh habis lah.krim tu rasa macam aiskrim! haha.buah kat atas tu kakna akan letak apa-apa buah yang dia ada stock je k?.



ohmai so cutteeeee!!!!(PAANNGG !!!)


CHEESE TART
cheese tart.
saiz S RM20 untuk 25 biji.
ada perisa coklat, strawberry, blueberry dan kiwi(boleh request).


perisa coklat.
kulit yang sedap dengan filling cheese berkrim dan ditambah perisa coklat, terasa lemak-lemak berkrim hingga menjilat jari! tudiaaaa..kalau hangpa tak try saja sangat lah haha.


perisa strawberry.
saya paling suka perisa ni.cheese dengan strawberry memang sedap sangat-sangat.sekali makan tak boleh stop wooo.. haha.rugi kalau uolss tak cuba.



bahagian dalamnya.filling cheese dengan strawberry.kalau perisa coklat ada cheese dengan coklat lah kat dalam tu.nampak macam filling sikit ja padahal melimpah ruah isinya haha.



so tunggu apa lagi? tak teringin ka nak rasa sendiri? sedap wehhhh.. untuk order contact kakna terus tau.no tel dia saya ada bagi kat atas tadi.boleh follow fb dengan ig.tapi depa banyak update dekat ig.



ok lah, tu ja.
terima kasih.

Contact me

Assalamualaikum Dan Hi.


kalau anda ada  pertanyaan mengenai:

1) harga/bayaran untuk review produk anda di blog saya

2) harga/bayaran untuk buat video review berkenaan produk anda atau tutorial menggunakan produk anda di youtube saya

3) harga mekap(saya adalah professional makeup artist)

4) atau apa-apa sahaja urusan berkaitan kerja 



sila hubungi saya melalui email;

fabulousiti.bnc@gmail.com


WARNING!!!
hanya untuk urusan kerja sahaja!!!



my social media:-

facebook page:



instagram:



youtube:



terima kasih.