a day with me

Assalamualaikum.


3.1.16.
Celik mata sebab terasa hangat, owh rupanya dah pagi.matahari baik punya dok suluh masuk ke dalam bilik.sebelah tangan dah pegang remote ekon, tak sempat nak on ekon dan sambung tidoq terbongkang, cepat-cepat tersedar diri yang sepatutnya pagi ni saya dengan si dia nak bawak mak dengan kakna pi rumah mak ngah.ada dua pilihan ni, nak on ekon kang satgi haku tidoq sampai terlajak laris, atau nak bangun ja? last-last paksa diri untuk bangun walaupun mata ni mengantok toksah cakap la.tengok jam dan-dan terkejut berok sebab dah terlajak tidoq sebenaqnya! bahahaha.nak pi pagi konon? 

keluaq bilik tengok mak dengan kakna sempoi punya dok melepak tengok tv sambil tunggu cik puan tidoq terlajak ni bangun wakaka.cepat-cepat cakap "sorry terlajak tidoq" sambil buat muka toya tapi comel padahai tak comel pun sebab baru bangun tidoq.lepas tu cepat-cepat pi mandi dan bersiap.sambil bersiap sambil sumbat mulut dengan nasi goreng sebab takut kelaparan dan gastrik menyerang tapi makan tak habis jugak sebab tak ada selera.dah bersiap semua kami bertolak la pi rumah mak ngah dekat serdang untuk satu urusan.

setel semua urusan waktu balik singgah ambil aina(anak menakan) balik sekolah.sampai rumah tiba-tiba si dia perasan handphone dia tak ada.cuba call rupanya handphone dia tertinggal di rumah mak ngah.ok cantek! nak kena pi ambil balik.jarak perjalanan dalam 1/2 jam ke sejam macam tu.rasa nak marah ka nak teriak ni? bhahaha.sementara tunggu aina dengan depa bersiap untuk balik kampung mak pulak, saya dan si dia pi semula rumah mak ngah ambil handphone yang tertinggal.on the way pi tu tiba-tiba ada tanda-tanda migrain nak menyerang.tak henti-henti berdoa minta Allah hilangkan atau kurangkan sakit migrain ni sebab tak bawak ubat.waktu on the way balik sakit dah terasa tapi berkat berdoa kot, alhamdulilah sakitnya boleh tolerate, tak teruk macam kebiasaannya.ok,dah balik semula ke rumah depa semua pun dah siap dan kami bertolak balik ke kampung mak di kuala ketil.on the way pi singgah beli makanan untuk bawak balik sana.


sampai kampung terkam rumah mak menakan makan laksa.hantu laksa mana boleh tolak makanan favourite(padahai haku dak kebuloq kot tak makan sejak tadi) lepas tu sempat tengok kakna ajar mak menakan buat mee.tak boleh jadi ni, dah start mengantuk tengok depa dok mesin mee.cepat-cepat lari keluar cari benda nak tangkap gambar.niat di hati nak tangkap gambaq pokok buah-buahan sebab bila sebut kampung mesti teringat dusun buah dan sewaktu dengannya..ceh! tapi sekarang bukan musim.jadi untuk menghilangkan rasa mengantuk, mari lah tangkap gambaq dengan apa-apa saja yang kita jumpa wakaka.

gambaq di atas ni saya dengan bunga raya jepun.berkenan kaler dia sebab lawa.ikutkan hati nak cabut selit kat tepi kepala, tapi mak menakan ku cabut kepala ni baru ku ada akai kahkah.


ni orang kedah panggey pokok daun karapoley a.k.a daun kari kepala ikan.hat muda-muda tu sedap ambik buat ulam dengan sambal belacan.dulu memang saya suka la makan nasi dengan ulam daun karapoley ni tapi la ni dak dah sejak kejadian terjumpa binatang dekat ulam karapoley kegemarankuh..good bye karapoley!


bunga kertas tapi bukan dibuat dari kertas ponnnn.... ihiks! HANG INGAT HANG LAWAK? PANG!!!!


ndoi(buaian) yang pak menakan pasang.nampak sangat saya berlakon kan? hewhew.


cantek punya posing konon belakang tu background pokok palaih(palas), lepas tu mak menakan bagitau tu pokok kuang..KUANG KUANG KUANG T____________T

p/s: yang saya pegang dengan yang di sebelah kanan tu betul dah pokok palas, yang di sebelah kiri dan belakang ja yang pokok kuang.


ada dua makluk takmau dikenali dalam gambaq ni.. haha.tengok pokok ni macam sama kan? tapi belah kiri daun kuang, belah kanan daun palas yang orang buat ketupat pulut tu.tumbuh sebelah-sebelah mau haku tak konpius fenin lalat.beza dia daun kuang hujung daun dia kuncup atau boleh kata mengecil kot? tak tau nak sebut apa haha.daun palas pulak hujung daun terbuka dan lebar.try usha betoi-betoi.ambik daun palaih ni nak buat ketupat.sedap wey makan ketupat di luaq musim raya.. omnomnom.


gambaq last nak tunjuk aqil(anak menakan).dia jakun kali pertama jumpa teghebey(lastik).tinggai kot kampung jugak tapi lastik pun tak kenai.kesian... haha.habeh ayam, bewak semua dia nak lastik.benda tu ligan hang satgi laghi tak cukup tanah kot... wakaka.


minta maap lah sebab bagi hangpa baca aktiviti yang macam tak ada apa-apa ni.sebenaqnya rasa nak update something tapi tak sempat sangat nak update hat lain, so boh ja la cerita simple camni pun.terima kasih sebab menghabiskan masa hangpa yang berharga untuk baca entry ni..heehee.


baibai.









No comments: