satay house kulim

Assalamualaikum.


kebelakangan ni kalau pi makan dekat mana-mana mesti rasa nak share dekat blog.mana tau kot hangpa boleh pi cuba jugak kan? so kali ni saya nak share pasal satay house kulim.


sebenarnya saya selalu dilanda sindrom tak suka makan dekat kedai.saya lagi suka beli dan bawak balik makan dekat rumah.sekali sekala ja la kalau makan dekat kedai pun.macam baru-baru ni, saya pi makan satay yang baru ja beroperasi.baru tak baru tak tau la kan, tapi tak pernah nampak pun sebelum ni? saja nak share sebab satay dia sedap tapi tak ramai orang pun pi makan.mungkin masih baru dan restoran pun bukan dekat dalam area tumpuan ramai.


nama restoran dia satay house kulim.lokasi dekat sebelah caltex sungai seluang.dekat dengan kampung siam.sebelah caltex tu ada deretan rumah kedai kan? dekat situ lah.kalau nak paham lagi, depan caltex ni di seberang jalan ada petronas.tak jauh dari kilang oral B dan jalan tu boleh terus pi hi-tech.pandai-pandai lah hangpa cari kan? nombor telifon dah ada dekat signboard dalam gambar ni, salin lekaih.. kalau cari tak jumpa boleh call depa terus.rasanya depa ambil tempahan banyak-banyak jugak ni.waktu tengah makan tu ada lah 2,3 orang datang ambil satay banyak-banyak.try call nombor tu ok?


partner saya suka makan satay, saya pulak tak suka satay sebab kalau beli selalu dapat yang jenis kering, kecik, tak ada isi(lemak ja banyak) atau pun ada bahan-bahan yang macam tak hancur tu.. macam serai ke hapa tak tau lah.bila makan rasa terlekat dekat tekak dengan celah gigi haha.so kali ni lebih pada nak teman my partner dan dan try saja.kalau tak salah kami cuma order satay daging 10 cucuk dengan satay ayam 5 cucuk.air sirap dengan limau tak ada dalam gambar hehe.


pertama kali gigit SEDAPPNYAAA! isi banyak, gemuk-gemuk dan semuanya isi, tak jumpa pulak lemak.satay lain depa akan selang seli bubuh isi dengan lemak kan? yang ni jumpa isi ja.lepas tu dia macam basah-basah, minyak-minyak dan tak kering.kuah kacang dia pun sedap.waktu entry ni dipublish, dah 2,3 kali jugak dah beli satay ni. tapi saya dok cerita sedap ni dari citarasa sendiri lah.saya 'susah' sikit bab makan, selalu tak kena dengan selera saya, so kalau saya rasa sedap tu macam ajaib lah haha.harga dia satu cucuk 7 kupang(0.70 sen).lupa pulak samada harga sama untuk daging dan ayam atau berbeza.sesetengah orang kata mahai la kot 7 kupang tu? tapi saya rasa ok ja sebab satay dia gemuk dengan isi haha.ok, tu ja la nak share.sila pi try hokeh?




terima kasih.















No comments: