boat noodle dan laksa thai di soups on

Assalamualaikum.


Waktu boat noodle tengah famous itu hari, menggelupur saya dibuatnya sebab teringin benar nak cuba rasa.dekat kulim dan kawasan terdekat belum ada boat noodle waktu tu.kesian dekat my bff, hari-hari kot saya dok membebel dekat dia pasal boat noodle nih sampaikan dia suggest pi ja KL untuk cuba makan.. miahaha..! stress ler tu dengar i dok bebel-bebel.


sampai lah baru-baru ni ada restoran boat noodle baru dibuka dekat kulim.dapat jugak merasa boat noodle yang dipukul canang semua rakyat melaysia tu bhahaha.helok lah kefamousan boat noodle pun dah jadi suam-suam kuku.tapi alhamdulilah jugak akhirnya ada rezeki merasa dari tak pernah langsung kan?


hidung kembang tanda gembira dapat boat noodle.apasal hidung ku kembang sangat eh? ka memang dah kembang sejak dulu tapi haku ja pura-pura tak perasan? krikkkkk...!


saya pilih boat noodle saiz sederhana atau namanya sen mee.tak boleh pergi banyak, 3 mangkuk pun dah cukup kenyang untuk saya walaupun portion dia ciput ja setiap satu.


waktu first time cuba boat noodle ni baru tau rupanya rasa dia sama macam koe teow sup thai yang saya pernah makan dekat padang besar dulu.padang besar tu bukan lah betul-betul dalam pasar padang besaq tu.tapi dekat area felda rumah kakak saya yang tinggal dekat sana.kuah dan rasa memang sama sebijik sejibun.kiranya sedap gak la boat noodle ni.tak reti nak explain rasa dia camna.kuah dia warna gelap, sedap kalau tambah chillies flakes dengan serbuk kacang tanah.


husband saya makan laksa thai.dedaunan kat tepi-tepi tu kena taruk dalam laksa dan dimakan sekali.dedaunan haku panggil padahai ulam-ulaman..kihkih.


saya tak pernah makan laksa thai.pertama kali cuba yang husband order ni.sedap! kuah dia rasa macam kuah laksam.


husband order iced tea dan saya order chocolate.


husband cakap iced tea tu sedap.yang chocolate pulak bagi saya biasa-biasa ja.


sebenarnya gambar-gambar dekat atas tadi waktu kali kedua saya pi makan.waktu tu siang.gambar kot bawah ni yang kali pertama pi cuba, waktu malam.biasa lah, gambar yang clear kita letak awal-awal kasi menarik sikit..kuikui.


menu.ada tiga jenis atau saiz noodle yang kita boleh pilih.boleh tengok harga dekat menu ni kan.


memandangkan ini kali pertama saya cuba, jadi saya pilih tiga-tiga saiz noodle.setiap satu saiz saya ambil 2 mangkuk, satu mangkuk untuk saya dan satu mangkuk untuk husband.kiranya dapat 3 mangkuk dan 3 saiz setiap seorang.


husband order iced tea dan saya order orange.


husband saya suka iced tea tu, sedap katanya.orange tu saya ingatkan oren buah rupanya oren perisa..bhahaha.jakun benar haku ini.tapi sedap la.. rasa macam air bikarbonat oren ke lemon camtu lah tapi yang ni tak ada gas.untuk boat noodle pulak, yang saiz nombor 1(tanghoon) tu saiz paling kecik.alaaa.. suun atau tahun yang orang taruk dalam sayur lemak tu.nombor 2 pulak saiz sederhana(sen mee).yang ni paling saya suka sebab rasa elok ja digabungkan dengan kuah sup.nombor 3 saiz paling besar(sen lek) atau sama macam koe teow.rasa macam memang koe teow ja pun haha.tapi bila digabungkan dengan kuah sup tu rasa macam lain sikit.saya terfikir adakah saiz setiap noodle mengubah rasa sup? ewaahhh...! banyak cekadak pulak makcik ni bhahaha.


bahan yang kita boleh tambah dalam boat noodle.ada chillies flakes, serbuk kacang tanah, sambal dan lobak masin(kalau tak silap lah).


sorang tiga mangkuk ja sebab tak boleh makan banyak.kagum pulak tengok orang boleh makan banyak mangkuk sampai bertingkat-tingkat tu.saya rasa kenyang dan muak pulak kalau telan banyak-banyak..kahkah.nampak sangat haku sorang ja macam tu.orang lain ilek-ilek ja makan bertingkek-tingkek.


bahan perisa yang kita boleh tambah tu ada kat atas meja.tambah ja apa yang hangpa nak tambah.kalau terer boleh makan guna chopstick.orang kekampungan dan kejakunan macam saya ni takyah la bajet good-good nak guna chopstick.mak belum terer nokss! sebelum chopstick dan noodle melayang-layang di awangan baik haku makan diam-diam guna sudu dan garfu


suasana kat dalam kedai.simple tapi bersih dan selesa.


waktu saya pi kedai ni baru ja beberapa hari beroperasi.buka pukul 11 pagi sampai 10 malam.tutup hari rabu kot.kedai dekat taman seluang kilang lama.sederet dengan pos laju, bank rakyat dan imigresen.pi lah try.sokong perniagaan melayu dan islam okeh.



terima kasih.
baibai.



No comments: