Natural glam makeup tutorial ft chriszen + 4 product review

Assalamualaikum.


Kali ni saya buat tuto mekap kerjasama dengan produk chriszen.


Klik HD supaya video lebih clear.
minta maaf kalau cara saya cakap macam skema sikit dekat dalam video ni.tak tau la pasal apa tiba-tiba jadi skema haha.satu lagi, kalau perasan dagu saya nampak macam ada parut hitam.sebenarnya tu kudis sebab dagu saya luka 2,3 hari sebelum tu wuwuwu.tengok video ni sampai habis tau.selamat menonton dan selamat mencuba :)


dekat bawah ni gambar mekap dari tuto kali ni.











mekap yang saya buat ni sesuai dengan semua 4 warna chriszen lip tinted stick.warna favourite saya yang tangy tangerine 01(oren) dan charming red 02(merah terang).


Review produk chriszen:
.
.
.
untuk maklumat lanjut dan membeli produk chriszen, boleh ke laman sosial mereka:-
website: www.chriszen.com
fb: chriszen official
ig: chriszen_official
whatsapp: 012-6086077


ini produk chriszen yang saya nak review.saya perasan jenama chriszen selalu keluarkan produk yang unik.kalau sebelum ni ada chriszen moist cake(foundation cream yang ada corak swirl tu), kali ni saya rasa yang unik lagi ialah chriszen roller moist cream ampoule plus(foundation dengan span roller) dan chriszen lip tinted stick(sebelah lip tinted, sebelah lagi span) yang mana boleh pakai full lips macam lipstick biasa dan boleh juga buat gradation effect ala-ala mekap korea.yang paling penting produk chriszen berkualiti dan kesannya bagus.


yang ni mekap waktu saya keluar jalan-jalan.full makeup guna produk chriszen macam  dalam gambar atas tadi.saya pakai chriszen roller moist cream ampoule plus kod 1 natural beige, chriszen pearl loose powder kod 01 light beige dan chriszen gel eyeliner warna hitam.saya suka bereksperimen dengan mekap, waktu ni saya guna lip tinted tangy tangerine 01 campur dengan flawless fuschia 04 sebagai eyeshadow dan candy pink 03 sebagai blusher.bibir pulak saya campur lip tinted candy pink 03 dengan charming red 04.nampak soft ja kan? tapi mekap ni tahan lama tau.dari siang yang panas tu sampai la ke malam.


CHRISZEN ROLLER MOIST CREAM AMPOULE PLUS

harga: RM69.00/RM72.
kod warna: 1 natural beige dan 2 honey beige
pengeluar: foundation jenis roller ini memberikan litupan sempurna dengan aplikasi terkini.span jenis roller membantu meratakan sapuan mekap dan menutup ketaraan pori dan parut untuk menciptakan kulit yang licin dan berseri.kesan glowing dan flawless.tahan lama, 24 jam sehari.tidak melekit.HD effect.hanya tekan dan oleskan.span senang dibuka dan dibasuh.warna wajah lebih rata.100% made in korea.mengandungi AMPUL plus, L-glutathione + collagen dan SPF50/PA+++.
pengalaman saya guna: span jenis roller memang unik dan senang nak ratakan foundation ke kulit.tak payah guna berus atau span lain dah.tekstur foundation senang diratakan ke kulit dan coverage pun agak bagus.mekap nampak gebu, tak berminyak dan tak berkilat sepanjang hari.ada bau yang light dan menyenangkan.yang penting mekap tahan lama dan maintain nampak gebu..hehe.kalau nak tau saya memang suka guna foundation ni bila mekap.anda wajib try foundation ni tau!


CHRISZEN PEARL LOOSE POWDER

harga: RM29.90/RM32.90.
kod warna: 01 light beige dan 02 medium peach.
pengeluar: memberikan kecerahan, mengurangkan ketaraan pori, mengawal minyak, kesan segar, licin, mengurangkan kesan kulit berkilat.bedak lut sinar ini bertindak sebagai lapisan pelindung untuk foundation.warna yang tidak pudar dan tahan lama.sapuan loose powder ini boleh digunakan untuk melicinkan kulit dan memberikan kesan matte(pusam).dengan mudah ianya boleh mengisi ruang kedut halus, pori dan menyembunyikan ketidaksempurnaan.mengandungi pearl powder yang mengandungi antioksida yang menggalakkan regenerasi collagen, asid amino dan 30 mineral.diformulasikan di korea.
pengalaman saya guna: saya rasa loose powder ni lah produk utama yang membuatkan mekap saya tahan sehari suntuk.tak berminyak, tak berkilat, tak comot.muka nampak gebu ja tau.tekstur bedak sangat halus dan terasa ringan di kulit.loose powder ni senang diratakan dan tak bertompok.boleh nampak lah mekap cerah dan tak kusam.


CHRISZEM LIP TINTED STICK

harga: RM39.90/42.90.
kod warna: tangy tangerine 01, charming red 02, candy pink 03, flawless fuschia 04.
pengeluar: 2-in-1 tinted lip tint dan NBR sponge.mempunyai warna yang sangat pekat dan tahan lama serta tidak mudah pudar sepanjang hari.memberikan kesan matte(pusam).
pengalaman saya guna: saya suka sangat-sangat! jenis matte(pusam), warna pekat dan terang.senang disapu ke bibir dan warna tahan lama.uniknya sebab ada lip tinted dan sponge.boleh apply dua cara.. satu, sapu seluruh bibir macam kita pakai lipstick biasa.warna terang sangat tau.lawa! satu lagi boleh letak warna di tengah bibir dan guna span yang disediakan tu untuk tarik warna ke tepi bibir.jadi lah gradation effect yang ala-ala korea tu.



CHRISZEN GEL EYELINER

harga: RM18.90/RM20.90.
kod warna: black
pengeluar: cream gel eyeliner senang untuk membuat garisan yang 'bersih' dan licin tanpa comot.ianya tahan lama, waterproof dan formula cepat kering untuk kekal tahan sepanjang hari.senang dilukis dan ditanggalkan.warna hitam pekat.
pengalaman saya guna: warna hitam pekat dan cantik.tak payah garis banyak kali sebab sekali saja pun dah nampak garisan hitam yang terang.tekstur lembut dan senang nak buat line.berusnya pun membantu jugak sebab mudah nak garis eyeliner.gel eyeliner ni cepat kering(selepas di garis)  dan waterproof.hasilnya eyeliner saya tak comot! hihi.


ini semua review dari pengalaman saya guna.hasilnya mungkin berbeza untuk setiap orang.tapi serius cakap, anda kena try sendiri produk chriszen.setakat ni saya puas hati dengan semua produk chriszen yang saya dah guna.sila cuba hokeh.


terima kasiih.
baibai.

No comments: