tips menanggalkan kulit kering di bibir

Assalamualaikum.


Sekarang ni cuaca sangat panas tahu?  maka terjadilah masalah bibir yang kering selain dari masalah perpeluhan yang sangat dasyat di badan.sampai boleh bawak berangan nak pindah korea la katekooo.dasyat kan angan-angan? T__________T tapi bawak bertabah, saya suka cuaca yang sekarang ini walaupun kadang-kadang habis bibirku kering pecah berdarah terbelah tak boleh blah wuwuwu.



ini bukan setakat bibir kering, tapi juga berkuping sampai boleh terluka(pecah) dan berdarah.kira ok lagi la ni, belum tengok tahap yang mengerikan lagik.boleh hentak-hentak kaki tau tak? tapi kan sebenarnya sejak dulu saya jarang alami masalah bibir kering macam ni.setahun dua kebelakangan ni tiba-tiba ja terjadi pulak.time ok, berserilah bibirku, tapi time nak kering dan luka hang toksah cakap lah..meleleh ayaq mata tahan pedih.kalau tak luka pun mesti rasa tak selesa dek kerana kuping tu.gatai pulak tangan ni nak kopek (-.-")


jadi saya ada dua cara nak share dengan hangpa semua macam mana saya hilangkan kulit kering yang berkuping tu.

cara 1: buat waktu mandi atau selepas mandi sebab waktu ni kulit bibir yang kering tu dah lembut dan senang ditanggalkan.guna tuala basah dan gosok lembut kuping di bibir tu.biar dia tanggal sendiri, jangan kopek sebab satgi berdarah sakit wooo.yang tak keluaq tu biaq ja, cuba lagi di lain kali(please try again) muahaha.

cara 2: buat waktu mandi atau selepas mandi jugak.reason sama juga lah, sebab kulit bibir lembut time ni.guna berus gigi dan gosok lembut untuk tanggalkan kulit kering atau kuping tu.jangan pi letak ubat gigi pulak! ubat gegat pun tak payah.itu carik nahas namanya wakaka(bajet lawak..lorr..lorr..lorr kesian...).

p/s: saya kerap buat cara nombot 1.



selepas dah buat proses tadi pakai la lip balm atau yang sewaktu dengannya untuk melembab, melembut dan melindungi bibir.dah setel semua proses baru lah bibir nampak cun..ihiks.nak pesan ni, kalau boleh hangpa toksah la pakai lip balm yang meninggalkan kesan wax di bibir.kesan wax ni macam kesan lilin yang melekat tebal di bibir sampai kita rasa tak selesa.dah la tak selesa, tak melembabkan sangat pun! bajet ja lebih.. emo ni tau tak?!



saya nak cadangkan 3 produk yang saya dah cuba.so far kesannya elok dan tak ada kesan wax.tapi kalau hangpa cuba lepas tu tak dapat efek yang sama macam saya toksah mai hentam pulak! takut mak noks! hasilnya mungkin berbeza untuk setiap orang.saya kongsi berdasarkan pengalaman guna sajooo dan entry ini tak dibayar untuk promote.saja nak kongsi.

no.1: lipstick collagen jenama d herbs terlajak larissssss!(nada datok alip).best woo produk ni sebab melembabkan bibir tanpa kesan wax.bibir rasa ringan ja lepas tu siap ada warna semulajadi yang ikut darah kita(walahualam).tapi saya tak beli pun, dok guna yang kakna(kakak saya).

no.2: eos lip balm.secara kasarnya memang macam ada wax sikit, tapi bila pakai tu tak terasa sangat lah.ini lip balm pertama yang saya suka selepas dah pernah try macam-macam jenis lip balm di pasaran.melembabkan bibir dan ada perisa buah.saya pakai yang kuning.perisa lemon.

no.3: tonymoly petite bunny gloss bar.saya pakai no 5 perisa peach, tapi dia ada banyak lagi perisa dan warna.sebenarnya saya tak tau lah produk ni lip balm ka lipstick, tapi bila pakai tu efek dia macam lipbalm.bibir lembab dan tak ada kesan wax.sekarang saya guna tonymoly ni saja.dah tak pakai eos lip balm.lipstick collagen pulak kalau teringin baru saya pakai(pinjam kak saya punya) hewhew.



sebelum dan selepas.bila bibir dah elok, pakai lipstick pun warna melekat di bibir, nampak sekata dan tahan lama.selain rawatan luaran macam ni, kena lah juga rawat dari dalam.minum banyak air masak tau.selain membantu mengelakkan masalah bibir kering, air jugak ada banyak lagi kebaikan untuk kesihatan dan kecantikan kita.bukan main cakap saja, try la amalkan dan tengok kesannnya sendiri.harap tips ini membantu :)




terima kasih.
baibai.

No comments: