product review: mary kay into the garden spring collection 2016

Assalamulaikum.


Saya sebagai jurusolek kalau bab review produk mekap atau kecantikan haruslah bersemangat waja! lagi-lagi kalau produk tu memang bagus dan cantik.macam produk terbaru dari mary kay into the garden spring collection 2016.serius produk ni best wey! ada 3 produk yang saya dah guna dan nak review.mai baca mai..


PRODUK PERTAMA

produk:
limited edition mary kay into the garden color compact

harga:
RM115.

untuk maklumat lanjut sila hubungi beauty consultant:
03-77117500

untuk membeli sila ke laman web:
 http://www.marykay.com.my

produk ini hasil kolobrasi mary kay bersama pereka brazil; Patricia Bonaldi.teruja tau sebab bukan produk je yang cantik, packaging pun cantik juga.kotak dan palette kedua-duanya bertemakan bunga-bungaan sesuai dengan koleksi sempena musim bunga.saya memang suka dengan packaging yang nampak lawa ni, takde lah koleksi mekap saya nampak membosankan je hihi.


kotak mary kay into the garden color compact.


makeup palette mary kay into the garden color compact.


dalam makeup palette ni ada 4 warna eyeshadow, 3 warna lip gloss dan dual-ended applicator.


colour swatches untuk eyeshadow.

bermula dari atas:-
plum brown: warna coklat gelap dengan tone dark grey.
violet: warna seakan-akan metallic purple.
natural taupe: warna light grey dengan tone seakan-akan purple levender.
pink: warna pink yang sangat cerah.

eyeshadow ni memang terbaik sebab warna terang dan melekat di kulit, jadi tak payah sapu banyak kali.guna sikit saja dah nampak menyerlah.pilihan warna cerah ke gelap memudahkan kita untuk mekap dengan pelbagai teknik dan untuk apa-apa saja acara.nak buat mekap soft boleh, mekap vogue pun boleh.kiranya tak rugi la kalau beli.tekstur eyeshadow pula tak berdebu(which is good) dan nampak berkilat.cantik bila kena cahaya.


colour swatches untuk lip gloss.

bermula dari atas:
pink: warna pink dengan tone ungu lembut atau senang cakap pink purple atau mauve pink.
coral: warna merah samar ke ligh pink.
nude: jernih tapi dengan tone soft orange.

lip gloss ni pun my favourite sebab bukan jenis gloss yang terlalu cair tu, sebaliknya gloss yang ini agak pekat dan tahan lama di bibir.bibir akan jadi lembut, lembab dan tak rasa rimas pun.kadang-kadang kalau nak keluar dan tak pakai mekap, saya cuma sapu lip gloss ni di bibir.nampak berseri sikit.walaupun nampak macam jernih, tapi selepas apply warnanya akan menyerlah.warna pink tu warnanya lebih pekat berbanding yang lain.nampak soft je.warna coral tu warna yang sedang-sedang.pekat pun ya, jernih pun ya.yang ni kita akan nampak fresh dan berseri.warna nude pulak lebih jernih tapi masih boleh nampak warna soft orange tu.yang ni nampak fresh dan muda.yang penting sekali ketiga-tiga warna lip gloss ni ada partikel bersinar macam glitter.lawa tau sebab bibir nampak glowing dan basah.


1 mekap mata dengan 3 warna lip gloss berbeza.eyeshadow dan lip gloss dari mary kay into the garden color compact. saya ada buat tutorial mekap ni di youtube.tapi dalam video tu saya hentam je namakan sendiri warna-warna eyeshadow dan lip gloss tu berdasarkan warna yang saya nampak hihi.



PRODUK KEDUA

produk:
limited edition mary kay into the garden nail laquer

harga:
RM30.

untuk maklumat lanjut sila hubungi beauty consultant:
03-77117500

untuk membeli sila ke laman web:
 http://www.marykay.com.my

sama juga, kotak nail laquer pun bertemakan bunga-bungaan ;)


nail laquer ada 3 warna.

nail laquer ni dari jenis yang 'cream and milky finish'.warna plain tanpa glitter atau shimmer.
hasilnya akan nampak licin dan berkilat(nampak macam basah-basah sikit).warna pekat, senang apply dan tak perlu tunggu lama sangat untuk kering di kuku.


yang ini kod warna coral blossom.


yang ini kod warna sweet lilac.


yang ini kod warna pink magnolia.


dekat bawah ni gambar saya pakai nail laquer.sorry tau saya tak reti pakai pun, kuku tak licin, so nampak comot sikit hihi.yang penting nak tunjuk warna tu.lawa!
.
.
warna coral blossom.
sekali tengok macam warna orange atau peach pun ada kan? warna terang dan cantik sangat.


warna sweet lilac.
yang ni my favourite colour! tak tau la kenapa suka sangat warna ni.warna nak ungu-ungu ke biru muda sikit.warna yang mengelirukan tapi lawa! haha.


warna pink magnolia.
sekali tengok macam warna cream, tapi sebenarnya warna ni ada tone pink yang sangat light.
milky sangat efeknya.cantik tau.


PRODUK KETIGA

produk:
limited edition mary kay into the garden pedicure set 

harga:
RM75.

untuk maklumat lanjut sila hubungi beauty consultant:
03-77117500

untuk membeli sila ke laman web:
 http://www.marykay.com.my

tiada alasan lagi untuk mengabaikan penjagaan kaki.kite buat sendiri je kat rumah.. hihi.mary kay pedicure set ni dapat bag, foot fizzies, foot scrub, toe separator dan nail file.toe separator tu biasa lah, untuk menjarakkan jari dan kuku kita sewaktu rawatan atau ketika memakai nail lequer.nail file pulak untuk membentuk dan melicinkan kuku.


foot fizzies.
ada 10 pcs dalam satu bekas ni.guna 1 pcs je setiap kali nak rendam kaki.letak la air suam dalam bekas dan letak 1 pcs foot fizzies.dia akan larut dalam air lepas tu rendam lah kaki untuk beberapa ketika.15 ke 30 minit ke kan.best tau rendam kaki guna foot fizzies ni.bau tersangat lah wangi.lepas tu kaki akan jadi relaks.. macam baru lepas buat rawatan kat spa! haha.


foot scrub.
guna lah foot scrub dan gosok-gosok dekat kaki untuk keluarkan daki, kotoran dan sel kulit mati.foot scrub ni wangi sangat.kulit kaki bukan je jadi bersih, tapi juga wangi dan selesa.tak nampak dah kulit kering dan kasar di kaki tu.


so far saya suka guna produk-produk mary kay sebab berkualiti dan berkesan.sampai ke hari ni saya guna tau.awak kat luar sana pun kena cuba sendiri dan tengok hasilnya macam mana.selamat mencuba!


terima kasih.

No comments: