shopping di brand outlet

Assalamualaikum.


Sekarang ni saya perasan yang saya dah jarang beli baju macam dulu-dulu.lepas tu asyik ulang pakai baju dan tudung yang sama ja.kalau dulu mau haku malu kerap sangat ulang pakai baju dan tudung yang sama.bukan apa, satgi orang kata tak basuh pulak dok ulang tayang ja kan.tapi la ni ilek-ilek ja saya dok pakai benda yang sama.ilek arr brader gua malaih pikiaq nak pakai baju apa, hentam ja lah apa yang ada depan mata.. dah tuaaaa... memang camni kot(ceh! ada kaitan ka?).



so.. pada satu hari tu husband dapat bonoih, dia belanja la kami(saya) beli baju baru..YAHOOO! nafkah katanya.. Kahkah perli i ler tu.nah hambik! sampai dua bag kami shopping tapi satu bag yang dia punya barang lah.mentang-mentang laki kata nafkah, hang nak pi balon shopping sampai dua bag pulak noooh? over la bini lagu tu haha.


eh lupa nak habaq, kami shopping kat brand outlet ja pun.kami rakyat marhaen tak mampu nak shopping kat tempat mahai kahkah.shopping kat sini sebab suka jenis kain yang dia guna untuk baju dan seluaq.satu lagi sebab kedai dia dekat tingkat bawah dan dekat dengan pintu masuk.sejak tak sihat ni tak larat dah nak masuk ronda kot dalam mall.lepas tu kat sini selalu ada buat buy 1 free 1.secara logiknya harga satu tu pun dah memang macam harga untuk dua(walaupun dia kata free satu).

tak logiknya pulak sebab budak macam kami berdua ni memang selalu tertipu dan terkinja-kinja dengan buy 1 free 1 walaupun dah tau benda tu hanya lah satu taktik nak bagi kita shopping dengan ghairahnya.. ciss! awat haku tertipu dengan taktik pekedai ni? 

p/s: pung pang pung pang dok cerita pasal brand outlet, tapi gambaq tengah shopping kat dalam tu tak ada pun -.-'


sebab letih dan pening kat dalam brand outlet tu, pi la belanjakan diri dekat baskin robbin.


cotton candy dengan coklat apa entah.dah lupa pun.satu lagi ice blended coklat.haih tak tau lah ice blended kat blast ka apa benda nama dia.mana la i tau.i tau makan ja lepas tu upload gambaq kat ig dan bajet urban blablabla..bahahaha.


ini sebelum kejadian pening.teruih cabut lens dan pakai speck besaq gedabak macam gambaq ataih tadi..fuhhh! Lega...



beli dalam jumlah tertentu dapat bag kaler gold ni.time raya cina hari tu pi beli seluaq husband lagi, bag kaler merah pulak tapi time tu tak beli dalam jumlah yang banyak, so tak dapat lah bag merah ang-ang mainyaak ong woooo.. tapi gold pun ada ong gak, ong kat kedai tu lah sebab berjaya mengaburi mata kami sampai shopping kaw-naw punya.. miahaha.



hasil kami shopping hari tu.yang saya dua helai kemeja, dua helai seluaq slack, dua pasang kasut.untuk husband pulak dia beli dua pasang kemeja, dua helai seluaq slack, dan satu neck tie.semua dua sebab buy 1 free 1 kecuali neck tie.


habeh dah, sila bersurai.. tak dak motip sangat kheennn entry kali ni kihkih.
terima kasih.
baibai.




No comments: