Laksa tempurung

Assalamualaikum.


*Cerita ni yang 2,3 bulan lepas punya.baru nak update ;)


Punya la lama dok viral pasal laksa tempurung kulim, satu hari tu baru la terbukak hati nak pi try rasa.padahal rumah sekangkang kera ja dari kedai ni.. kihkih.bukan apa, waktu tengah hot dok viral tu punya la ramai orang sampai kena beratoq untuk beli.dah la laksa ni tak boleh beli bungkus(kena makan kat sana ja), memang tak la saya nak pi beratoq sekali.dah la saya jenis yang tak suka ramai-ramai orang.maka redha ja la bila ketinggalan sikit.bila customer pun macam dah tak payah beratoq sangat, baru husband ajak pi makan.



senyuman pahit sebab hangat time tu.dah la duduk kat tempat tak kena kipas, makan pulak laksa panas-panas.. mau tak berpeluh sakan.


saya order laksa tempurung.memang letak dalam bekas tempurung pun.saya tengok gambar orang dok viral tu ada udang besaq, saya beli tak dak pun? mungkin kena pilih yang special kot noh? kot laaa.. hehe.saya tambah telur terus jadi RM4(kalau tak salah).husband kata depa caj RM1 untuk sebiji teloq rebus.bagi dia mahai la, bagi kami pulak tak tau la nak kata mahai ka dak.haku tau makan ja hehe.


bagi saya sedap gak la laksa dia ni.kuah ok, laksa pun ok.tak pedas sangat.husband pulak tak berapa suka sebab laksa tu macam terlebih rebus katanya(tapi saya suka hihi).tapi sayangnya laksa ni tak boleh beli bungkus.harap-harap lepas ni boleh beli bungkus dah(saya malaih nak pi makan kat kedai).



husband tak suka laksa, so dia beli nasi lemak ni.tak ingat pulak berapa harga.katanya rasa nasi lemak dan lauk ni semua so-so ja kot? saya tak makan, so saya tak tau la hehe.


saya order ais kacang, husband pulak air limau.ais kacang ni tak berapa sedap la.naahhh...! berterus terang betoi haku T_________T bukan la tak sedap macam mana tapi macam ada sesuatu yang kureng.yang air limau tu tak ingat rasa dia macam mana.


ni la yang kami order hari tu.citarasa setiap orang berbeza, kalau kami rasa sedap, mungkin bagi orang lain tak sedap.kalau kami kata tak sedap, satgi orang rasa sedap pulak.so ada baiknya hangpa pi try sendiri.macam saya la, dok dengar orang bercerita ja, akhirnya pi rasa sendiri.now dah tau la rasa dia macam mana kan.. hehe.


lokasi laksa tempurung ni dekat simpang empat keladi, kulim.tak jauh dari giant kulim.hangpa try la pi tengok map dekat fb laksa tempurung kulim.



terima kasih.
baibai.










No comments: