quick and easy & high coverage makeup tutorial ft LUNA Cosmetics + product review.

Assalamualaikum.


Tuto mekap kembali! kali ni untung sikit sebab saya buat dua tuto dalam satu video.tuto pertama quick and easy makeup, dan tuto kedua high coverage makeup.kedua-dua jenis mekap menggunakan produk dan mekap asas dari LUNA Cosmetics.jangan lupa tengok video dan baca entry ini sampai habis sebab di bawah saya akan review dan letak gambar sebelum dan selepas apply produk LUNA Cosmetics sekali dengan maklumat dan tempat beli.pembaca blog saya akan dapat diskaun 50% tau!


TUTO MEKAP
mekap yang pertama, quick and aeasy makeup sesuai sebagai mekap harian, ke office, ke kelas, jalan-jalan dan lain-lain.mekap kedua pula, high coverage makeup sesuai untuk acara pentas, photoshoot, dinner, event dan lain-lain.


selamat menonton.jangan lupa pilih HD supaya lebih clear.
macam biasa, voice over ayat skema sikit ya ihiks..


kamera saya jenis HD dan agak 'kuat', jadi mekap mungkin nampak kurang glowing sedangkan kalau tengok real di luar produk LUNA Cosmetics memang membuatkan mekap dan kulit jadi glowing dan flawless sampaikan mak saya tegur muka saya nampak licin kilat(glowing) macam anak patung barbie haha.ini kisah benar tau, tak tipu.kalau nak tau kamera saya ni cela yang sikit-sikit pun akan nampak terang dan jelas sangat sedangkan di luar tak nampak sangat pun.habis muka dah tak nampak flawless tau..cehhh!  -.-"


di bawah ini hasil mekap yang pertama, quick and easy makeup.




di bawah ini hasil mekap yang kedua, high coverage makeup.




REVIEW

produk:
LUNA Cosmetics.

boleh dibeli di:
http://pulse.com.my/ (sila klik)
masukkan zoey coupon code dan dapat 50% diskaun!

harga:
saya ada tulis di setiap caption gambar di bawah.

facebook LUNA Cosmetics Malaysia:
LUNA Cosmetics Malaysia (sila klik)

instagram lunacosmetics malaysia:
lunacosmeticsmalaysia (sila klik)


LUNA Cosmetics adalah produk dari korea dan telah melepasi 21 jenis ujian dermatologi terutama produk muka dan produk untuk kawasan yang sensitif seperti mata dan bibir.jadi tak perlu risau untuk guna produk ni.


ada sebahagian produk yang didatangkan dalam bentuk set.

1. LUNA One Base Multi Sunbase & Primer:
satu kotak akan dapat LUNA Relief Yuzu Cleansing Foam(pencuci muka) dengan LUNA One Base Multi Sunbase &Primer SPF 43 PA+++(primer).

2.LUNA Wonder Essential B.B Founde Set:
satu kotak akan dapat LUNA Wonder Essential BB.Founde(foundation) dengan Glamorous Ending Vita Water Fixer(face spray).spray ni ada dijual secara berasingan juga dalam saiz 100ml.

3. LUNA Water Essence Founpact: 
yang ni bukan set tapi satu kotak akan dapat dua pcs, satu LUNA Water Essence Founpact PSF 35++(foundation+compact) dalam satu bekas asal dengan satu lagi yang refill punya.


LUNA Relief Yuzu Cleansing Foam50gm.
RM84.70 set sekali primer.
link produk: klik di sini

fungsi:
  • yuzu citrus vita complex melembab dan menyuburkan kulit, menyerlahkan kulit yang jelas dan licin.
  • sebatian berasaskan tumbuhan menghasilkan buih yang gebu bersama buih microfine yang dapat menanggalkan kotoran dan minyak secara lembut tetapi mendalam.
  • haruman tangy citrus dapat menenangkan dan mencergaskan minda.
cara guna:
  • basahkan muka dan tangan.
  • picit di tapak tangan dan buihkan.
  • gosok di seluruh muka dalam gerakan mengurut.
  • cuci bersih menggunakan air suam.

hasil penggunaan saya:

  • buih berkrim dan banyak.
  • mudah dibilas, kulit terasa bersih dan tak melekit.
  • kulit selesa.saya cuba cuci dan tak pakai apa-apa krim selepas tu.kulit terasa lembut, tak kering, tak tegang dan tak berminyak.
  • dapat bersihkan kulit dengan berkesan walaupun saya guna mekap yang tebal pada waktu tu.
  • bau wangi ;)

LUNA Glamorous Ending Vita Water Fixer 50ml.
RM105.90 set sekali bb founde.
link produk: klik di sini
RM63.50 untuk 100ml dijual secara individu
link produk: klik di sini

fungsi:

  • boleh digunakan sebelum dan selepas mekap atau bila-bila masa kulit terasa kering.
  • hydrating fixer ini akan memberi kesan dan lapisan kelembapan yang ringan dan lembut seterusnya mekap akan nampak fresh sepanjang hari.
  • mengekalkan kulit yang lembab dan subur.
  • kompleksi kulit akan menjadi licin dan cantik.
cara guna:
  • sembur 3-4 kali ke muka dari jarak 20cm.
  • tutup mata ketika sembur produk ke muka.

hasil penggunaan saya:

  • ini salah satu produk LUNA yang paling saya suka.kesannya akan nampak serta merta dekat kulit.
  • kulit lembab dan fresh.
  • lepas spray terus kulit jadi glowing berbanding sebelumnya.
  • kalau tengok testur produk ada campur air+minyak tapi bila spray kulit tak berminyak sebaliknya jadi lembab dan lembut.
  • hasilnya akan jadi lebih baik dan kulit/mekap nampak cantik kalau spray sebelum dan selepas mekap.
  • bau wangi dan tahan lama di kulit.
  • terasa ringan dan tak melekit.

LUNA One Base Multi Sunbase & Primer 45ml.
RM84.70 set sekali pencuci muka.
link produk: klik di sini

fungsi:

  • mempunyai SPF 43 PA+++ untuk melindungi kulit dari bahaya sinar uv.
  • all-in-one dan mudah.sunscreen, makeup base, moiture gel, dan primer di dalam satu produk.
  • tiga fungsi; sebagai pelindung matahari, mencerahkan, anti kedutan.
  • rona apricot bersama partikel shimmer yang halus, menyamaratakan tona kulit dengan serta merta.
  • hydrating formula melicinkan tekstur kulit dan menenangkan white flakes.
  • titisan lembapan yang muncul ketika sapuan meningkatkan dan merawat kulit yang 'dahaga'.
  • serum jenis gel ini memberi kadar lembapan sebanyak pelembab jenis serum/gel/krim yang normal.
  • mempunyai kesan cooling yang menyejukkan kulit dan tumbuhan aktif yang menenangkan serta vitamin complex untuk melegakan iritasi kulit.
  • mencerahkan kulit dan memperbaiki kemunculan kedutan.
cara guna:
  • langkah terakhir dalam skin care routine.
  • sapu rata ke seluruh muka dengan gerakan lembut.

hasil penggunaan saya:

  • produk ni unik bagi saya.tekstur macam gel tapi bukan macam gel biasa, lebih ringan dari gel.. macam air! sangat ringan, nipis dan cepat menyerap ke kulit.
  • bila sapu kulit akan terasa sejuk dan fresh.sebab dia ada cooling effect.
  • wangi! bau wangi tapi lembut dan fresh.saya suka sangat dengan bau ni.
  • kulit akan nampak glowing serta merta.
  • kulit akan jadi lembab dan lembut.tak berminyak dan tak kering.
  • bila pakai primer ni lebih mudah nak apply mekap.saya akan sapu primer lebih sikit dekat kawasan parut dan kawasan yang kering, nanti foundation dan bedak jadi mudah melekat untuk cover area tu.tak ada lah bertompok atau nampak kelupas.
  • produk ni all-in-one dan memudahkan saya.semua ada dalam satu produk.tak payah pakai pelembab, pelindung uv dan primer secara berasingan.mekap atau tak mekap pun boleh ja pakai bila-bila masa.
  • kulit nampak licin dan sihat.

LUNA Water Essence Founpact 12.5gm+refill(dapat satu refill).
RM95.30
link produk: klik di sini

fungsi:

  • mempunyai SPF 35 PA++ untuk melindungi kulit dari sinar uv.
  • bertindak sebagai pelindung uv, pencerah dan melicinkan kedutan.
  • gabungan cover serum dan moisture serum.
  • mekap dan kulit akan nampak flawless, lembut dan licin.
  • mengandungi vitamin dan bahan mineral yang memberi lembapan dan nutrisi pada kulit ketika mekap.
  • menghasilkan lapisan lembapan yang licin untuk kesan kulit lembab yang menyimpan banyak kandungan air.
cara guna:
  • ambil produk dalam jumlah yang sesuai.
  • sapu rata ke kulit muka, pedap lembut ke kulit.

hasil penggunaan saya:

  • mudah dan cepat.pedap span yang disediakan ke produk, dan sapukan ke seluruh muka.tak perlu risau foundation comot dan tak perlu ambil masa yang lama untuk ratakan foundation sebab founpact ni sangat mudah digunakan dan hasilnya rata.
  • boleh sapu nipis-nipis untuk hasil yang natural atau guna lebih sikit untuk hasil lebih tebal.
  • span sangat lembut dan mudah nak ratakan founpact ke muka.saya dapat rasa span ni memang berbeza dari span biasa yang saya guna.lebih lembut dan senang nak ratakan apa-apa produk.sapuan mekap nampak smooth dan produk melekat cantik di kulit.
  • tesktur produk sangat lembut dan mudah rata.
  • kulit akan jadi lembab dan lembut.
  • mekap dan kulit akan nampak flawless dan glowing.
  • dapat cover cela di kulit muka.
  • bau wangi.
  • mengandungi pelembab dan essence.orang korea sangat suka amalkan pelembab dan essence dalam skin care mereka, sebab tu kulit mereka licin dan cantik.bila guna founpact ni, dapat la juga kesan pelembab dan essence tu di kulit.
  • untung beli founpact ni sebab dah dapat satu produk refill siap-siap.bila habis ja dalam bekas asal, boleh terus isi yang refill.tak payah beli asing.

LUNA Wonder Essential BB.Founde.
RM105.90 set sekali vita water fixer.
link produk: klik di sini

fungsi:

  • mempunyai SPF 35 PA++ untuk melindungi kulit dari sinar uv.
  • untuk kesan mekap yang natural dan flawless.
  • all-in-one BB cream sesuai untuk semua jenis kulit.
  • tiga fungsi; sebagai pelindung cahaya matahari, pencerah, melicinkan kedut.
  • menggabungkan BB cream yang memberi hasil natural dan foundation yang memberi hasil flawless, hasil mekap akan nampak cerah dan kompleksi jelas.
  • natural pigment memberi kesan yang lembut dan  meratakan warna kulit dari setiap sudut.
  • tekstur yang ringan dan hydrating formula seakan-akan lapisan kulit kedua yang menyerlahkan kecantikan kulit yang natural.
  • vitamin A, B,C,E dan pelbagai jenis mineral melembab dan menyuburkan kulit, membantu mengekalkan kulit yang licin dan mekap yang cantik.

hasil penggunaan saya:

  • hasil yang natural.
  • kulit nampak licin dan glowing.
  • senang diratakan ke kulit.
  • kulit jadi lembab dan lembut.
  • jenis pam, senang nak agak berapa banyak kita nak picit dan guna selain lebih hygiene.
  • bau yang mild dan tak busuk seperti kebanyakan foundation jenis cecair.
  • tesktur jenis cecair dan lembut di kulit.
  • mekap nampak gebu dan cantik.


sekarang saya dah tahu kenapa kulit orang korea licin dan glowing walaupun hanya dengan skin care atau mekap asas, tanpa shimmer atau higlighter.rupanya produk korea memang akan buat kulit nampak licin dan glowing.saya puas hati sangat guna LUNA Cosmetics.pertama kali cuba LUNA Cosmetics dulu, saya macam terkejut dan asyik cakap dekat kakak saya "bagus la produk ni, licin glowing kulit aku" haha.anda kena cuba sendiri ok?


disclaimer: review dari hasil penggunaan saya sendiri, hasilnya mungkin berbeza untuk setiap orang.



terima kasih.

No comments: