review contact lens i fairy persian brown

Assalamualaikum.


Walaupun saya suka contact lens yang nampak terang dan over(miahaha!) tapi kadang-kadang nak jugak pakai lens yang natural tapi masih menyerlahkan mata ala-ala anak patung gituuuu.kalau anda pun nak pakai lens dari ciri-ciri yang sama, anda mesti kena try lens yang saya nak review kali ni.


produk:
contact lens i fairy persian.

warna:
brown.

warna lain yang available:
blue, grey, violet.

saiz:
16.2mm

harga:
RM35 free pos laju dan lens case,

material:
polymacon.

water content:
55%

base curved:
8.6mm.

diameter:
16.2mm.

power range:
0-850.

duration of wearing:
1 tahun
dicadangkan untuk guna maksimum selama 3 ke 6 bulan sahaja untuk kebersihan dan keselamatan.

cara order:
whatsapp 019-3070247(reply dalam masa 24 jam)
atau
email ke winkylens@gmail.com

maklumat lanjut:-

DISKAUN!
pembaca blog saya layak mendapat 10% diskaun bagi setiap pembelian minima RM50(termasuk postage) dan ke atas untuk kali pertama dan seterusnya dengan kod diskaun ZOEY01.
sah sehingga 31.1.2.16


packaging i fairy persian.beli lens dekat circle lens malaysia akan dapat free lens case.


saya pakai warna brown.


close-up lens.ada ring di sekeliling lens.ring hitam dan tebal macam ni akan membuatkan mata nampak besar dan bulat.corak lens agak simple tapi menyerlahkan mata.bulatan di tengah untuk anak mata tu  pula agak luas dan tak menganggu pandangan mata, jadi pandangan mata akan nampak clear dan tak blur.



selain warna brown, lens ni juga terdapat dalam warna blue, grey dan violet.


saya pakai lens i fairy persian brown dan ambil gambar guna sumber lighting yang berbeza.

gambar atas sekali:
sebelah mata tak pakai, dan sebelah lagi pakai i fairy persian brown.bahagian mata yang pakai tu nampak lebih besar.

flash:
lens nampak terang dan mata menyerlah.

studio lighting:
yang ni paling menyerlah.terang dan mata menonjol.cantik kalau pakai lens ni untuk photoshoot dalam studio.

outdoor/natural lighting:
nampak lebih natural tapi masih warna brown tetap menyerlah.



ni gambar saya guna i fairy persian brown.mata nampak cantik sangat.selesa pulak tu.


PENGALAMAN SAYA GUNA:
  • SELESA.tak sakit dan tak rasa ada benda kat dalam mata.
  • WARNA.nampak natural tapi dalam masa yang sama menyerlahkan mata.bila pakai tetap nampak lens walaupun dari jauh.dalam gambar pun nampak cantik.
  • CORAK.simple tapi menyerlahkan mata.
  • BIG EYES.saiz dan corak membuatkan mata nampak besar dan bulat.bila pakai nampak ala-ala anak patung ;)
  • BERPATUTAN.harga RM35 free postage, free lens case lepas tu tahan lama, so memang berbaloi.
  • PANDANGAN MATA NAMPAK JELAS.bulatan kat tengah lens tu besar, pandangan mata nampak clear dan tak blur.power pun ok.

DISCLAIMER: saya review dari pengalaman diri sendiri guna.hasilnya mungkin berbeza untuk setiap orang.



terima kasih.
babai.

No comments: