aiskrim gulung chill station

Assalamualaikum.


awal tahun hari tu saya pi cuba aiskrim gulung dekat chill station seberang jaya.aiskrim gulung ni kan famous sebelum ni, orang dok viral thailand buat lepas tu dekat langkawi pun ada kan.teringin la jugak tapi waktu tu tak ada lagi kat sini.bila nampak orang share chill station ada aiskrim gulung, mesti la nak pi try kan.. seberang jaya pulak tu, kira dekat la bukan jauh sangat hehe.


ni la kedai dia.betul-betul dekat tepi jalan tapi susah sikit nak parking kereta dekat sini.kalau nak tau location sebenar boleh try tengok dekat fb chill station.stress laki mak pusing dua tiga kali nak parking, tapi takpe lah, chill lah laki bini demi nak pegi chill station ni kan T___________T


tercapai lah hajat nak merasa aiskrim gulung ni.kedai dia kecik ja.rasanya lagi selesa kalau beli dan bawak balik terutama kalau dengan family.


ada banyak menu dekat sini.lepas tu setiap satu menu boleh add itu ini.sampai pening saya tengok menu.



laki saya order ice blend coklat.saya suka minum ice blend coklat tapi yang ni bagi saya biasa ja rasanya.minum sikit ja.


saya order waffle dengan aiskrim.dah lama teringin tapi pi merata tak jumpa pulak menu ni.kebetulan kat sini ada, saja cuba nak bagi hilang teringin.boleh pilih perisa aiskrim apa yang kita nak letak atas tu.


kena share dua orang sebab muak hehe.


ni la dia sebenarnya tujuan pi situ.aiskrim gulung! ala asikrim yang dia canai-canai lepas tu gulung tu.saya pilih perisa vanila orea(kalau tak salah la).rasa aiskrim macam aiskrim biasa ja.mula order kena tunggu 15 minit.tak tau kenapa.lepas tu staff dia akan bagitau siap-siap aiskrim ni mudah cair.kena order dan makan cepat-cepat.


laki saya pilih perisa coklat.sebenarnya order satu pun dah cukup sebab muak.rasa macam aiskrim biasa lah.walaupun cepat cair, tapi balik rumah saya letak dalam peti ais boleh pulak dia beku balik, cuma shape dah berubah la hehe.kiranya tak rugi sangat, kalau tak habis bawak balik letak peti ais.



tak tau motif laki saya order waffle coklat ni bawak balik.padahal dah muak sangat makan semua tadi huhu.. rasa macam waffle biasa jugak haha.




pi la try sendiri kalau nak tau rasanya macam mana.selera orang berbeza kan? hehe.



terima kasih.

No comments: