review De' Xandra inspired perfume

Assalamualaikum.


rupa segak, baju cantik tak guna kalau badan tak berbau wangi.diri sendiri tak yakin dan tak selesa, apatah lagi orang lain yang duduk dekat dengan kita.tapi jangan hentam dulu! besar kemungkinan orang tu guna perfume tapi perfume dia tak tahan lama, jadi bau tak menyenangkan pun muncul semula.kasihaannnn... eh pasaipa aku sendiri macam terasa nih? kahkah.


tapi tak, tak.saya orang yang suka pada bau wangi.duduk rumah pun sibuk nak sembur perfume.dekat katil pun sembur perfume juga dengan harapan bilik dan katil jadi wangi.tapi lepas tu mesti sakit hati sebab bau cepat hilang dan kena sembur banyak kali.maknanya bau perfume tak tahan lama la tu.


tapi sekarang saya dah ada perfume dari De' Xandra inspired perfume, baca review saya ni dulu baru la tahu kenapa kena cuba perfume yang tengah hot di pasaran ni.


produk:
perfume dari jenama De' Xandra.

jenis wangian:
ada lebih kurang 43 jenis haruman inspirasi dari jenama terkenal.
saya guna ISSEY MIYAKE

saiz:
35ml

harga:
sebotol RM65.00
2 botol RM120.00(jimat RM10)

postage:
RM7 untuk 1-2 botol
RM9 untuk 3-5 botol.

cara order:
whatsapp sue 017-6850488
atau email ke iloveginola@gmail.com
bayaran cod untuk area ampang dan kota damansara.

maklumat lanjut:-


De'Xandra inspired perfume Issey Miyake yang wangi! 


packaging De'Xandra inspired perfume 35ml.

perfume De'Xandra adalah campuran pati-pati minyak wangi yang wangiannya di-inspirasikan dari jenama antarabangsa.ini bukan perfume gred AAA tau! sebaliknya minyak wangi dari pati-pati minyak wangi yang dicampur menjadi seakan-akan atau sama dengan wangian jenama antarabangsa.


ada wangian for him and for her.terdapat dalam lebih kurang 43 jenis wangian berbeza.


De'Xandra inspired perfume dari jenis spray dan bersaiz 35ml.banyak juga isi ni tapi saiz senang nak bawa ke mana-mana.saya guna wangian Issey Miyake.


De' Xandra inspired perfume:
  • saiz 35 ml.
  • jenis EDP.
  • mudah dibawa travel.
  • produk bumiputera.
  • tahan lebih lama, lebih dari 8 jam.
  • setanding produk antarabangsa.
  • kesemua senarai perfumes adalah yang paling dicari penggemar perfumes.
  • menepati citarasa dan permintaan rakyat malaysia.
  • harga budget.
  • boleh dibawa solat(alkohol De'Xandra dari ekstrak tebu)
  • perfume De'Xandra dihasilkan dari pati terbaik dan selamat.

pengalaman saya guna:
  • bau tahan lama.sampai ke malam bau tetap wangi dan kuat.saya sembur dekat headband saya yang jenis kain, dah dekat 5 hari pun bau wangi masih kuat!
  • spray sikit pun bau kuat dan tahan lama.bayangkan kalau spray macam biasa? baunya lagi kuat dan lagi tahan lama.
  • jenis EDP dengan harga berpatutan.tahu tak perfumes jenis EDP lebih mahal berbanding jenis EDT dan lain-lain disebabkan kadar pati harumannya lebih pekat dan banyak? penggemar perfumes selalunya suka perfumes jenis EDP.cuma harga memang lebih mahal lah kan.tapi De'Xandra inspired perfume ni berpatutan sangat.
  • saya guna De'Xandra inspired perfume Issey Miyake.memang wangi jenis ni.tapi bila tengok senarai memang banyak lagi yang wangi.
  • jenis spray, jadi nampak mahal dan senang nak guna.spray je macam biasa.
  • saiz senang nak bawa ke mana-mana.
  • harga berpatutan.boleh beli banyak tanpa rasa membazir.kan ada 43 jenis haruman? pilih jangan tak pilih..hehe.
  • boleh dikatakan bau hampir sama atau memang sama dengan jenama antarabangsa.rasanya orang pun tak boleh beza kita pakai perfume inspirasi.mesti orang ingat kita pakai jenama tu yang ori.

dekat bawah ni saya ada letak pilihan haruman dan ciri-cirinya.boleh la pilih mana sesuai.
macam saya sendiri suka bau yang berasaskan buah.anda pulak?












maklumat lanjut dan pertanyaan sila hubungi kak sue di nombor yang saya tulis dekat atas tadi.



terima kasih.


No comments: