Ronasutra mineral makeup tutorial + product review

Assalamualaikum.


Kali ni mood nak buat tuto mekap guna earth colour pulak.tuto kali ni saya guna produk dari Ronasutra mineral makeup.jom tengok tuto.lepas ni beli la produk ronasutra dan cuba buat mekap ni sendiri ok? jangan lupa baca sampai habis sebab dekat bawah ni saya ada review berkenaan produk ronasutra.


MAKEUP TUTORIAL
.
.
my favourite look.earth colour sesuai untuk semua warna kulit dan acara.try lah!



pilih kualiti HD supaya lebih clear.selamat menonton!


di bawah ni gambar hasil tuto mekap kali ni ;)
.
.










REVIEW
.
.
produk:
Ronasutra Mineral Makeup

maklumat lanjut dan untuk membeli:

facebook:

instagram:


harga dan produk:
saya tulis di setiap description gambar di bawah.


Produk ronasutra 100% berasaskan mineral.sesuai untuk kulit yang sensitif dan berjerawat.selalu kan dengar nasihat jangan tidur pakai mekap, bimbang kulit tersumbat dan naik jerawat? tapi berlainan dengan produk ronasutra, produk ronasutra boleh dibawa tidur tau! 


uniknya produk ronasutra ni semua jenis serbuk kecuali lipstick.ini sebahagian dari produk ronasutra, sebenarnya ada banyak lagi produk dan setiap satu produk ada banyak kod untuk warna kulit yang berlainan.


Ronasutra NBR Sponge.
RM6.00(2pcs)
link produk: klik sini
  • untuk kulit bermasalah.
  • span anti-bakteria.
  • digunakan untuk menekap dan meratakan bedak mineral ronasutra hingga dapat litupan atau 'coverage' yang dikehendaki.

Ronasutra Kabuki Brush
RM48.00
link produk: klik sini
  • untuk kulit sensitif.
  • boleh dibuka-tutup
  • diperbuat dari rambut sintetik yang sangat lembut dan berkuliti tinggi.
  • sesuai untuk kulit sensitif dan berjerawat.
  • digunakan untuk meratakan bedak mineral ronasutra dengan mudah di muka dan badan.
  • tidak merengsakan kulit.


Pengalaman saya guna:-

Ronasutra NBR Sponge:
  • senang nak ratakan produk ronasutra jenis serbuk.pedap-pedap ke kulit produk akan melekat cantik di kulit.
  • lembut di kulit.
  • anti-bakteria, jadi saya guna tanpa was-was ;)

Ronasutra Kabuki Brush:
  • rambut berus ni sangat lembut di kulit.
  • mudah nak ratakan produk di kulit.
  • bulu tak luruh atau tertanggal.sesiapa yang mekap guna berus, terutama jurusolek macam saya, mesti faham kan bila bulu berus tertanggal? kadang-kadang sampai melekat di kulit.tak selesa nak guna dan susah apply produk, tapi ronasutra kabuki brush ni tak ada masalah tu.bulu berus lembut tapi sangat kuat!
  • jenis buka-tutup dan ada penutup, jadi berus tak melekat habuk atau kotor.
  • saiz kecil dan ringan, sesuai untuk bawa ke mana-mana dan jimat ruang.


Ronasutra 2-in1 Mineral Base & Concealer.
RM46.00
link produk: klik sini

  • for extra coverage.
  • menyamarkan linkaran gelap di bawah mata, jeragat serta parut jerawat dengan berkesan.
  • tiada rasa melekit atau berat pada kulit.
  • dibuat dari 100% mineral.
  • boleh juga digunakan di seluruh muka untuk mendapatkan kesan solekan yang lebih tebal dan menyerlah.
  • boleh apply gunakan jari atau span sebelum menggunakan Ronasutra 2-in-1 mineral foundation & powder atau ronasutra pressed mineral foundation.
  • terdapat dalam 8 kod warna.
  • mengandungi spf 35 untuk perlindungan uv.
  • kekal hingga ke 16 jam.
  • bebas dari pigmen biru untuk kemasan yang semulajadi.


pengalaman saya guna:
  • unik! sebab pertama kali saya guna base dan concealer jenis serbuk.
  • walaupun jenis serbuk, tapi berkesan.selalunya jenis biasa susah nak cover bawah mata saya yang agak problem ni, tapi ronasutra 2-in-2 base & concealer jenis serbuk ni betul-betul cover dan tahan lama.
  • tak rasa tebal, tak rasa melekit.terasa ringan di kulit.
  • hasil mekap maintain flawless dan gebu.
  • tahan lama.


Ronasutra 2-In-1 Mineral Foundation & Powder
RM48.00
link produk: klik sini

  • dirumus dari 100% bahan mineral.
  • formula produk berupaya memberikan hasil solekan tipis hingga sederhana.
  • kemasan semulajadi, cantik dan bercahaya(glowing).
  • boleh digunakan sendiri atau bersama ronsutra 2-in-1 mineral base & concealer.
  • terdapat dalam 8 kod warna.
  • mempunyai spf 35 untuk perlindungan uv.
  • bebas dari alkohol dan ekstrak haiwan/minyak.
  • bebas talkum, bahan sintetik, minyak, pengawet dan pewangi.
  • kekal hingga ke 16 jam.


pengalaman saya guna:
  • dapat cover cela dan dark circle dengan berkesan.
  • mudah dan cepat sebab 2-in-1, jadi saya tak perlu pakai foundation dan bedak berasingan.
  • foundation jenis serbuk dan coverage bagus pulak tu.tutup habis cela di kulit saya.
  • tak melekit dan tak berminyak.
  • tak terasa berat atau tebal.saya pakai banyak lapis pun masih terasa ringan.
  • nampak natural dan tak over.
  • tesktur mudah diratakan ke kulit.


Ronasutra Mineral Cheek Ccolour
RM38.00
link produk: klik sini

  • 100% mineral blusher.
  • bebas dari pigmen dan pewarna tiruan.
  • natural dan tahan lama.
  • menyamarkan noda dan cela di wajah dengan cantik dan berkesan.
  • tidak menyumbat pori-pori.
  • terdapat dalam 5 pilihan warna.


pengalaman saya guna:
  • warna sangat terang dan mudah melekat di kulit.
  • blusher jenis serbuk tapi senang nak apply.
  • bila apply blusher ni macam membantu menutup lagi cela di kulit.contohnya kalau ada bintik di pipi, saya dah cover guna base & concealer serta foundation & powder, lepas tu apply pula blusher ni, bintik tu makin pudar dan kulit nampak flawless.
  • terasa ringan di kulit.


Ronasutra Mineral Eye Colour
RM38.00
link produk: klik sini

  • 100% mineral.
  • memberikan warna yang mampu menyerlahkan kecantikan semulajadi mata anda.
  • bebas dari 'binder', talkum, bahan sintetik, pewangi serta pengawet.
  • sesuai untuk semua jenis kulit.
  • tidak menyumbat pori-pori kulit.
  • tidak merengsakan kawasan mata yang sensitif.
  • mudah digunakan, sapu dan blend menggunakan jari atau berus.
  • warna tahan hingga ke 16 jam.
  • mudah ditanggalkan dengan pembersih muka atau air.
  • dapatkan kesan berkilauan dengan teknik tekap atau kesan matte dengan blend menggunakan berus.
  • terdapat dalam 6 kod warna(setiap satu ada 3 warna)
  • jenis serbuk.
  • tiga tingkat(3 warna), dari warna paling cerah ke medium dan gelap.


pengalaman saya guna:
  • jenis serbuk tapi mudah nak apply.
  • warna terang dan melekat di kulit.tak payah sapu banyak kali  dan tak perlu guna eye primer.
  • warna tahan lama.
  • tiga tingkat, ada warna cerah sebagai highlight, warna medium dan gelap.senang nak buat macam-macam teknik eyeshadow.
  • pilihan warna cantik-cantik.
  • unik sebab boleh nampak shimmer dan boleh nampak matte.caranya mudah ja, kalau nak nampak shimmer sapu la guna teknik pedap(saya suka pedap guna jari).kalau nak nampak matte, guna la berus.
  • bekas kecil dan ada 3 tingkat warna sekaligus, jadi senang nak bawa ke mana-mana.


Ronasutra Mineral Lip Colour
RM48.00
link produk: klik sini

  • melembabkan bibir.
  • warna-warna hebat yang menyerlahkan bibir.
  • bebas dari paraben dan pewangi.
  • bibir selesa sepanjang hari.
  • tidak melebamkan bibir.
  • terdapat dalam 25 kod warna.


pengalaman saya guna:
  • warna terang.mula-mula tengok dekat gambar di website ronustra, saya sangka warna pudar sebab nampak macam pudar je kan hehe.. tapi bila dah pakai sendiri warna dia memang terang dan cantik.
  • senang apply ke bibir dan bibir nampak full.
  • bibir terasa lembab dan lembut.
  • ringan di bibir.
  • warna tahan lama.
  • ada satu bahagian di bawah batang lipstick, lebih kurang untuk refill.

saya puas hati guna produk ronasutra.unik tapi berkesan.kalau nak tau hasilnya macam mana kena la try sendiri ya? selamat mencuba ;)


disclaimer: saya review dari pengalaman sendiri guna dan produk details dari pengeluar, hasilnya mungkin berbeza untuk setiap orang.



terima kasih.

No comments: