skincare routine with La Belle + review

Assalamualaikum.


Hari tu saya baca pasal penjagaan dan skincare wanita korea.saya dapati(cewah) diaorang sangat suka pakai essence.diaorang guna sampai dua tiga jenis essence sekali gus.mula-mula saya agak pelik la apa yang bagus sangat dengan essence ni (dalam masa yang sama kagum sebab kulit diaorang lawa). lepas saya sendiri guna baru saya tahu memang ada perbezaan terutama dari segi tekstur kulit.serius sangat berbeza berbanding kalau tak guna sebarang essence.tapi essence bukan sebarang essence, kena guna yang betul-betul bagus  dan memberi kesan yang baik lah kan.macam saya sendiri, saya guna essence dan ampoule dari jenama La Belle.


VIDEO


sebab nak share kebaikan essence dan ampoule serta skincare routine saya, maka terhasillah video skincare routine ni dan review sekali.jangan lupa tengok video dan baca entry ni sampai habis tau.ada review kat bawah.saya share pengalaman dan kebaikkan sepanjang menggunakan produk jenama La Belle.bestnya essence dan ampoule jenama ni sebab saya boleh campur dengan skincare saya dari jenama lain.tak perlu stop guna skincare kita pun.



pilih kualiti HD supaya lebih clear.


dalam video ni saya ada tunjuk skincare routine saya pada waktu pagi, malam dan hujung minggu.tapi fokus lebih kepada produk La Belle sebab saya nak kongsi kebaikan produk ni dengan penonton dan pembaca blog saya.


nak cakap siap-siap, waktu video ni dibuat, suara saya tak ok dan kulit saya teruk sebab saya baru lega dari demam dan gatal-gatal(alergi kot).habis jadi gatal-gatal, merah-merah dan naik biji dekat muka dan leher.kalau tak silap start 2,3 tahun lepas saya mula jadi gatal-gatal ni setiap kali selsema.nasib baik kali ni cepat ambil ubat dengan doctor.tapi kan, realitinya memang kulit saya ada bintik dan parut.tapi masuk ja kamera ni, dia punya kualiti HD tu habis buat muka saya nampak berkali ganda teruk! ambil gambar dengan kamera biasa tak lah seteruk macam dalam video ni haha.sabaq ja la weh.


REVIEW


produk:
ampoule, essence dan mask dari La Belle.

produk dan harga:
saya tulis di setiap gambar di bawah.

cara beli:-

maklumat lanjut:-


saya guna  3 jenis ampoules, 1 jenis essence dan 1 jenis mask powder.kesemuanya dari jenama La Belle.kulit saya jenis kombinasi.berminyak di zone-T(dahi ke hidung dan dagu) dan normal di bahagian lainnya(pipi).di bahagian dahi ada ruam sikit.so dermatologist dari La Belle(sweetampoule) cadangkan saya guna essence, ampoule dan masker jenis ni untuk merawat masalah dan supaya sesuai dengan jenis kulit saya.


untuk waktu pagi:
.
.
La Belle Pore Minimizing Ampoule.
harga: RM40(1 kotak mengandungi 10 botol).
link produk: klik sini


maklumat produk:
  • sesuai untuk kulit yang mempunyai masalah pori berminyak, jerawat dan pori yang terbuka.
  • mengandungi unsur pembersihan, antiseptik dan penyegar yang tinggi.
  • rawatan untuk kulit jenis kombinasi dan khusus untuk kulit berminyak dan pori-pori terbuka.
  • membantu membersih dan mengetatkan pori-pori yang terbuka.
  • menyeimbangkan penghasilan sebum dan mengawal pengeluaran minyak yang berlebihan.
  • formula herba dapat mengetatkan, membersih dan meminimakan pori-pori terbuka dengan segera.
  • menyegarkan kulit dan kulit menjadi flawless.
  • kulit licin dan matte(tak berminyak) sepanjang hari.
  • mengandungi liquorice root powder dan ekstrak aloe vera, memberi kesan antiseptik kepada kulit dan mengawal minyak yang berlebihan di dalam kalenjar sebum.
  • membantu memperbaiki lapisan kulit luar dan dalam(epidermis dan dermis) dengan menyingkirkan bintik hitam dan putih.
  • boleh digunakan selepas mencuci muka pada waktu siang dalam malam.


pengalaman saya guna:
  • saya guna pore minimizing ampoule ni selepas mencuci muka.
  • tesktur jernih, licin dan ringan seperti air.
  • cepat menyerap dan lembut di kulit.
  • kulit akan jadi lembab dan lembut.
  • selepas guna pore minimizing ampoule dan sooth hydrating ampoule, saya akan pakai pelembab seperti biasa.hasilnya sangat berbeza sebab kulit akan jadi sangat lembab dan lembut berbanding kalau pakai pelembab semata-mata.jadi mesti pakai dulu pore minimizing ampoule sebelum pelembab.
  • dapat kawal minyak dan pori yang terbuka.
  • kulit nampak sihat dan glowing.


La Belle Sooth Hydrating Ampoule.
harga: RM40(1 kotak mengandungi 10 botol).
link produk: klik sini

maklumat produk:
  • sesuai untuk semua jenis kulit terutama kulit jenis kering dan dehidrasi.
  • digunakan sebelum sapuan pelembab.
  • boleh juga terus campurkan sooth hydrating ampoule bersama pelembab.campurkan kedua-duanya sekali dan sapu ke muka.
  • melegakan sel kulit.
  • diformulakan untuk meningkatkan lembapan sel kulit.
  • melicin dan mengurangkan garis halus.
  • mengurangkan kemerahan dan kulit yang bengkak dengan memberi 'pure oxygen' ke dalam kulit.
  • dikenali sebagai ampoule yang mempunyai kadar kelembapan yang mendalam.
  • dapat segera memberi lembapan dan menyuburkan kulit.
  • 'pure oxygen' bersifat anti bakteria dan membunuh bakteria jerawat yang menjadi punca masalah kulit.
  • kulit akan menjadi bersih dan glowing.
  • membebaskan molekul oksigen ke dalam kulit, membantu peredaran darah dan menguatkan kulit.
  • mengurangkan kedutan, garis halus dan kulit akan nampak lembut dan muda.


pengalaman saya guna:
  • saya guna sooth hydrating ampoule selepas pore minimizing dan sebelum pelembab.
  • yang ni pun produk yang mesti digunakan sebelum pelembab sebab hasilnya selepas tu sangat berbeza.kulit terus jadi lembab, lembut dan glowing.
  • tekstur jernih dan ringan seperti air.
  • cepat menyerap.
  • kulit jadi lembut.
  • kadang-kadang rasa tegang sikit lepas apply sooth hydrating ni, tapi takpa, sapu ja pelembab macam biasa, kulit memang akan rasa berbeza.jadi lembab dan lembut.
  • kulit nampak glowing(guna pelembab selepas tu untuk hasil yang terbaik).


untuk waktu malam.
.
.
La Belle Collagen Repair Ampoule.
harga: RM40(1 kotak mengandungi 10 botol).
link produk: klik sini

  • sesuai untuk kulit jenis kering, dehidrasi, tua, kendur, sensitif, letih dan kerengsaan akibat matahari.
  • tinggi dengan kandungan collagen asli.
  • membantu menghidrate dan menegangkan kulit yang kendur.
  • kombinasi 2in1 formula, native collagen+DNA repair substance.
  • collagen jenis larut membantu membaiki dehidrasi dan sel kulit tua dan longgar yang boleh menyebabkan kulit menjadi kendur, berubah bentuk dan keseimbangan kulit.
  • mencegah kerosakan kulit dari pencemaran alam dan sinar uv.
  • ampoule ini melapisi kulit dengan lapisan yang mengisi dan menegangkan tesktur kulit, dengan segera kulit akan nampak lembut dan muda.
  • boleh jua digunakan sebagai base sebelum sapuan foundation dan mekap.
  • membantu mengekalkan lembapan kulit muka walaupun dengan mekap yang tebal.
  • mengekalkan mekap supaya tahan lama walaupun di bawah cahaya matahari yang terik.
  • boleh digunakan pada waktu malam dan sebelum mekap.


pengalaman saya guna:
  • selepas cuci mekap waktu malam, saya akan sapu collagen repair ampoule ni.
  • tesktur jernih seperti air tapi ada rasa lendir sikit.mula-mula ja ada tesktur macam ni, selepas apply dah rasa ok.
  • lepas sapu rasa kulit tegang sikit.
  • kulit jadi lembut.
  • boleh rasa kadar kelembapan ampoule yang ini lebih tinggi berbanding yang lain.ini dari pemerhatian dan pengalaman saya guna lah hehe.boleh rasa di kulit ampoule ni lebih melembabkan.
  • nampak sihat dan glowing.
  • selepas guna collagen repair, saya guna pelembab dan hasilnya kulit lebih lembab, lembut dan glowing.


La Belle Hydra Essence
harga: RM65( 1 kotak mengandungi 10 botol).
link produk: klik sini

maklumat produk:
  • sesuai untuk kulit jenis normal, kering, dehidrasi, berminyak dan berjerawat.
  • boleh digunakan pada waktu petang dan malam sebelum tidur.
  • membantu mengawal menyahtoksik kulit terutama di kawasan kulit yang bermasalah.
  • memberi kelembapan kepada kulit terutama jika kita berada di dalam bilik berhawa dingin.
  • keesokkannya bila mencuci muka, kulit terasa seperti ada lapisan 'minyak' yang melindungi kulit dan menjadikannya lembut.
  • mengandungi high contratration HA dan digabung bersama ekstrak herba, kombinasi ini menghidrate dan memperbaharui kulit.
  • mengunci lembapan dan mengekalkan keanjalan kulit.
  • mengurangkan kedut dan menyerlahkan keremajaan kulit.


pengalaman saya guna:
  • saya guna hydra essence ni sebelum tidur malam.
  • tekstur jernih dan ringan seperti air.
  • cepat menyerap.
  • kulit jadi lembab dan lembut.
  • esoknya bila bangun pagi kulit akan rasa berlainan berbanding kalau tak guna sebelum tidur.kulit jadi lebih lembut.
  • amalkan setiap hari dan kita akan rasa sendiri tesktur kulit berubah.
  • nampak lebih muda dan berseri sebab kulit lembab dan glowing.


seminggu sekali.
.
.
La Belle Peppermint Powder Mask.
harga: RM8 satu paket.
link produk: klik sini

maklumat produk:
  • sesuai untuk kulit berminyak , jerawat dan sensitif.
  • digunakan selepas cucian muka, scrub dan sapuan toner.
  • jenis serbuk dan perlu dibancuh bersama La Belle rose toner atau mineral water.
  • jenis peel-off(kupas).
  • diformulasikan khas untuk kulit berminyak dan sensitif dengan masalah jerawat dan bengkak.
  • membantu menyegar, menenangkan iritasi, dan kemerahan serta menyejukkan kulit.
  • mengawal sebum dan melegakan jerawat.
  • peppermint dikenali sebagai salah satu makanan semulajadi dan ubatan yang paling sihat di dunia, ianya mempunyai keupayaan yang hebat untuk menenangkan dan menyembuhkan kulit.
  • sesuai untuk mencergaskan kulit yang letih.
  • cooling effect, kulit akan terasa sejuk sewaktu memakai mask ini.


pengalaman saya guna:
  • saya guna mask ni seminggu sekali selepas cuci muka dan scrub.
  • saya paling suka sebab ada cooling effect.rasa sejuk setiap kali pakai.
  • jenis peel-off, saya suka sapu tebal-tebal lepas tu bila kering senang nak kopek hehe.
  • kulit rasa fresh sangat.
  • rasa tegang.biasa lah sebab masker kan? tapi dalam masa yang sama lembut.
  • kulit yang panas dan 'tegang'(stress) jadi lega setiap kali lepas pakai mask ni.
  • bau herba tapi rasa fresh relaks dengan bau macam ni.
  • tak naik jerawat..yea! kerap jugak bila pakai mask muka saya terus naik jerawat, tapi mask yang ni tak menyebabkan kulit saya naik jerawat, sebaliknya rasa fresh ja tau.


bukanlah kulit saya terus jadi flawless sampai hilang bintik dan parut yang dah ada sejak dulu.cuma tesktur dan rupa kulit jadi berbeza.kalau sebelumnya nampak kusam dan tesktur biasa-biasa(kadang-kadang kasar), tapi selepas amalkan ampoule, essence dan mask dari La Belle, kulit jadi sangat lembab, lembut dan nampak glowing.bila apply produk skincare yang lain pun jadi mudah dan hasilnya lebih baik berbanding kalau tak apply ampoule dan essence.saya rekemen anda cuba dan rasai sendiri perbezaan tekstur kulit.no wonder lah orang korea suka betul pakai produk macam ni, memang terasa lain lah.yang paling penting nampak lebih berseri dan muda sebab testur kulit sentiasa lembab dan glowing.


disclaimer: review dari pengalaman diri yang guna dan maklumat dari pengeluar.hasilnya mungkin berbeza untuk setiap orang.




terima kasih.

No comments: