mekap hari raya | eid mekeup ft chriszen + 3 produk review

Assalamualaikum.


Selamat berpuasa di bulan ramadan dan selamat hari raya aidilfitri 2016.


Kali ni saya nak tunjuk cara mekap untuk hari raya menggunakan produk jenama Chriszen.mekap simple tanpa warna yang terlalu terang, tanpa teknik yang rumit, dan tanpa contouring(kecuali shading sikit di hidung).waktu raya selalunya orang nak mekap yang simple dan cepat kan? kecuali kalau nak ke rumah terbuka atau event, baru lah mekap lebih sikit.itu pun masih ramai yang prefer mekap simple.


anda kena try produk Chriszen tau sebab dari pengalaman saya guna selama ni, kebanyakan kosmetik Chriszen memang berkesan dan mekap tahan lama.yang paling saya suka pearl loose powder sebab dapat control minyak kat muka dan cover pori yang terbuka.kulit nampak gebu dalam tempoh yang lama.waktu raya kita beraya dari pagi sampai ke malam dalam keadaan cuaca yang panas kan? mesti berpeluh dan kulit berminyak.so guna la produk Chriszen mekap akan tahan lama.


TUTO MEKAP


mekap simple untuk hari raya aidilfitri.tone mekap ni sesuai untuk semua warna baju.



pilih kualiti HD supaya lebih clear.
jangan lupa subscribe channel youtube saya, http://www.youtube.com/zoeyauyah


kat bawah ni gambar hasil mekap dari tuto kali ni.
.
.

disebabkan ini mekap untuk hari raya, bukan main lagi saya  buat props bertemakan hari raya.dengan ketupat, kuih raya dan angpau.ikutkan hati nak jugak angkut pelita sekali, nasib ja tak muat kamera.over sangat kan....? miahaha.






saja nak cakap, ketupat ni saya buat sendiri..ehem ehem.kami kat kedah biasa buat ketupat palas isi pulut.tetiba rasa terer bila reti buat ketupat nasi versi ribbon ni.ewah.. sibuk ja saya berlagak padahai reti anyam basic ja pun.hasilnya entah ketupat apa yang jadi.yang ni ketupat bawang kot noh?









REVIEW

produk:
Chriszen
(celak kening, eyeliner jenis liquid dan tinted lip).

harga:
harga dan link saya tulis di description gambar di bawah ni.

untuk membeli:
website: http://www.chriszen.com/


maklumat lanjut:-
website: http://www.chriszen.com/
fb: https://www.facebook.com/chriszenofficialpage
ig: https://www.instagram.com/chriszen_official/



kali ni saya nak review sekali tiga produk Chriszen yang saya baru start guna.kalau nak tengok satu lagi tuto mekap yang saya buat menggunakan produk Chriszen dan review produk Chriszen yang lain, sila klik sini >>> natural glam makeup tutorial ft.chriszen + 4 produk review



Chriszen 2-in-1 long lasting eyebrow pencil.
harga: RM17.90 / 19.90
link produk: klik sini


maklumat produk:

  • terdapat di dalam tiga warna, 01 black, 02 coffee, 03 latte.
  • hujung celak berbentuk 3 segi dan mudah digunakan.
  • senang diratakan.
  • warna natural.
  • kurang iritasi.



colour swatches.
saya garis guna kedudukan hujung celak yang berbeza.menegak dan mengiring.


pengalaman saya guna:

  • NATURAL.saya pilih warna 02 coffee sebab warna ni tak gelap sangat dan tak perang sangat.nampak sederhana dan natural.
  • LEMBUT.tekstur celak lembut, senang nak buat line, warna senang melekat dan senang juga nak blend.tak payah tonyoh kuat-kuat untuk bentukkan kening.
  • LESS IRRITATION.pengeluar kata celak ni less irritation, saya rasa betul sebab tak rasa gatal dan celaknya sangat senang nak apply dan blend, kita tak payah tonyoh2(kulit tak cedera).lagipun di celah bulu kening saya dah lama menggelupas, baru ja ok semula.bila guna celak ni masalah tu tak berulang lagi.
  • TERANG.warna pekat, maksud saya garis lembut di kulit pun dah boleh nampak warnanya yang terang.tak perlu tekan dan tak perlu ulang menggaris banyak kali.
  • MUDAH.boleh tengok dalam gambar di atas, saya try garis guna kedudukan celak yang berbeza, menegak dan mengiring.boleh buat garis yang tebal, lebar, halus dan runcing.mudah!
  • TAK PATAH.walaupun tekstur lembut, tapi tak mudah patah.sapa yang pakai celak mesti faham kan perasaannya bila tengah garis, celak asyik patah ja.stress mak!
  • PUSING.pencil jenis pusing.tak tumpul dan tak payah asah.mudah, cepat dan bersih.
  • TIGA SEGI.mata celak bentuk tiga segi.mudah nak garis frame kening dan mudah nak warnakan dalam kening.
  • 2-IN-1.celak dapat berus sekali di bahagian hujung.guna berus untuk blend garisan yang dibuat.
  • SAIZ.saiz ringan dan tak terlalu panjang dan tak besar, boleh letak dalam bag dan bawa kemana-mana.



Chriszen eyeliner for beginner black.
harga: RM17.90 / RM19.90
link produk: klik sini


maklumat produk:

  • terdapat dalam satu warna, black.
  • tahan lama, 24 jam.
  • waterproof
  • senang untuk menggaris terutama untuk beginner
  • warna hitam pekat.



colour swatches.

pengalaman saya guna:

  • TERANG.warna hitam pekat dan terang.
  • SENANG. bentuk macam pen dan hujung runcing, senang nak garis.
  • PELBAGAI.boleh buat line halus dan boleh buat line tebal.
  • WATERPROOF.kalis air dan tahan lama.tak mudah comot walaupun berpeluh.
  • KERING.cepat kering, jadi lepas buat line tu tak payah tunggu lama sangat.
  • MUDAH DICUCI.walaupun waterproof, tapi agak mudah dicuci dan tak perlu tonyoh.



Chriszen tinted lip color.
harga: RM19.90 / RM21.90
link produk: klik sini


maklumat produk:

  • terdapat dalam 4 warna.mandarin 01, rasberry 02, hibiscus 03, fuchsia 04.
  • tesktur yang ringan.
  • warna gloss yang pekat.
  • tahan lama.



colour swatches.


pengalaman saya guna:

  • WARNA.saya pilih warna mandarin 01.raya ni try la pulak pakai tone oren.serius lawa tau.
  • TERANG.warna terang dan melekat elok di kulit.
  • DUA CARA.boleh pakai seluruh bibir atau pakai di tengah bibir saja.dua-dua cara pun nampak cantik.
  • TAHAN.warna tahan lama.tak payah lagi asyik ulang sapu ja.
  • TAK MELEKAT.warna tak melekat sangat di cawan bila minum.
  • WANGI.ada bau wangi yang light.
  • RINGAN.tesktur ringan di bibir.
  • BERUS.berus aplikasi dapat ratakan sapuan dengan baik.nampak smooth di bibir.


kalau berminat nak beli produk Chriszen boleh klik laman web yang saya tulis kat atas tadi.kena cuba sendiri baru tahu kesannya macam mana.


disclaimer: saya review dari pengalaman sendiri guna dan maklumat dari pengeluar.hasilnya mungkin berbeza untuk setiap orang.




terima kasih dan selamat berpuasa.

No comments: