zoeyzauyah vlog EP 8 | hari raya 2016

Assalamualaikum.


Selamat hari raya! sejak beberapa hari selepas hari raya, hati dan pikiran tuan blog ni dah macam tak keruan sebab ramainya yang dah update vlog raya memasing.hey bila tuan blog nak update pula ni? >_<


jadi secara gigihnya saya pun memulakan aktiviti mengedit footage-footage yang ada dan mula mengupload secara LALALALA dekat akaun youtube tersayang.tapi memang sayang la weh! dia cakap video-terlalu-panjang-kau-ingat-orang-nak-tengok-ke-? lepas hal tu dah setel dia cakap pula(youtube ni memang banyak cakap lah wey!) video saya menghadapi masalah copyright dek kerana mengandung..eh! mengandungi lagu raya pujaan sepanjang zaman.ceh.. baru ja nak kasi feeling-feeling menonton vlog sambil mendengar lagu raya pilihan.kasihan hajat tak kesampaian T_________T


kerana saya seorang yang gigih, saya edit semula dan upload semula dalam 4 ke 5 kali dan kemudian berasa sedih sekali(kahkah) sebab masalah copyright masih berlaku walaupun haku dah stress bertukar-tukar lagu! akhirnya saya pun edit semula dari A sampai ke Z dan meletak lagu tanpa suara secara sedikit sangat sampai tak sempat pun nak feeling nostalgia berhari raya.tapi boleh la dari takde langsung efek raya tu kan? jadi ada baiknya uolss pergi menonton sekarang.babai..!

Photo:
eh belum babai lagi(miahaha).saje nak inform, insyaallah nanti lepas ni saya akan update entry bertulis untuk hari raya hari tu.letak gambar dan tulis terperinci sikit.rindu nak tulis kat blog.biasalah dok cewi buat vlog sampai blog pun dipandang sepi bhahaha.



jangan lupa pilih HD.vlog ni start dari persiapan raya sampai lah ke hari raya kelima.

penat saya edit banyak  kali.tambah pulak waktu record tersalah pilih kualiti(saiz terlalu besar), tak sedar diri laptop saya tak mampu support video saiz besar-besar ni, akhirnya terpaksa edit secara kura-kura sebab very the slow dan asyik heng je tau.


jangan lupa subscribe channel saya, http://www.youtube.com/zoeyzauyah





terima kasih.
baibai.


No comments: