beli mekap jenama Tarte di website sephora

Assalamualaikum.



Sebagai jurusolek yang perlu beli macam-macam produk mekap yang berkualiti dan jenama disukai ramai(client), saya suka shopping mekap di sephora.semua jenama antarabangsa ada, dah la banyak pilihan, original pulak tu.sejak dah tahu kewujudan sephora secara online, bukan main lagi saya shopping kat sana.lagi mudah sebab boleh usha barang kegemaran sampai puas hati lepas tu klik-klik dan tunggu produk sampai kat depan pintu rumah.wah wah mudahnya!



baru-baru ni saya beli produk jenama Tarte secara online dekat website sephora.you know tarte? takkan lah tak kenal kan.brand ini famous di kalangan jurusolek dan penggemar mekap kerana produknya yang sangat cantik dan berkualiti.dek kerana itu saya nak review sikit produk tarte yang saya dah beli baru-baru ni.jom!





Tarte tartelette amazonian clay matte pallete dengan Tarte lipsurgence matte lip tint kod bare.seriously ini produk yang sangat berbaloi untuk dibeli.tak kisah berhabis duit asalkan dapat produk berkualiti macam ni.kepada penggemar mekap, takyah beli jenama merepek dan produknya tak sebagus mana.please cuba jenama Tarte dan anda akan sedar kenapa saya beriya nak pengaruhi anda untuk cuba sendiri.cuba dulu baru tahu lah! haha.
kalau anda juga berminat nak beli produk Tarte di sephora, boleh klik link INI




mekap ala-ala smokey ini saya guna eyeshadow dari Tarte amazonian clay matte palette.




colour swatches dari Tarte amazonian clay matte pallete.




colour swatches dari pallete Tarte amazonian clay matte palette.


kenapa saya suka pallete ini dan kenapa anda patut cuba?

  • mengandungi 12 warna eksklusif di dalam satu palette.
  • warna-warnanya dari tone earth colour.tone ini selamat untuk kebanyakan teknik mekap, warna kulit dan acara.hanya satu pallete boleh buat macam-macam mekap.jimat dan tak peningkan kepala(untuk beli banyak pallete dan memikirkan warna)
  • jenis matte dan tak berkilat.saya suka dengan eyeshadow jenis ini.susah nak cari yang ada warna-warna cantik, but this pallete warnanya sangat lawa hokeh!
  • pigmented! ini yang para penggemar mekap mahu dengar bukan? warnanya terang melekat di kulit.mula-mula saya cuba calit di atas tangan, nampak tak terang sangat tapi bila dah apply basic mekap di seluruh muka kemudian apply eyeshadow ini di mata, wow! warnanya sangat terang dan pekat! sangat susah nak cari matte eyeshadow yang terang kan? tapi anda tak akan kecewa dengan Tarte amazonian clay matte pallete ini 
  • dirumuskan tanpa parabens, mineral oil, phthalates, triclosan, sodium lauryl sulfate, gluten dan telah diuji secara dermatologi.
  • saya suka bekas palette yang sleek dan cantik.hanya sebesar tapak tangan dan mempunyai cermin yang luas di bahagian dalamnya.
  • harga setanding kualiti.tak rugi beli sebab puas hati dengan warna dan kualitinya.




untuk bibir dalam gambar ni of course lah saya guna Tarte lipsurgence matte lip tint kod warna bare.




colour swatches Tarte lipsurgence matte lip tint kod bare.


again, kenapa saya suka lipstick ini dan kenapa anda patut cuba?

  • jenis matte! sekarang kan trend bibir matte dan seksi(wow!), jadi tak boleh ketinggalan.
  • warna pekat, terang dan tahan lama di bibir.
  • bibir akan nampak lebih full.efect dari jenis matte dan warna yang tebal menyaluti bibir mungkin? mungkin ya.
  • kesan sejuk berangin seperti mint di bibir.
  • rasa dan bau seperti chewing gum yang fresh.bye-bye lipstick lain yang rasa tidak sedap ituuw!
  • mudah disapu di bibir dan warnanya terus melekat rata.
  • tiada kesan seperti satu lapisan tebal di bibir(seperti kebanyakan produk bibir sekarang), sebaliknya seperti lipstick biasa cuma lebih pekat dan matte.
  • mengandungi bahan menyihatkan kulit seperti carnauba wax, vitamins A dan E, coconut, mineral pigments serta cruelty free(tidak diuji ke atas haiwan)
  • dirumuskan tanpa parabens, mineral oil, phthalates, triclosan, sodium lauryl sulfate, gluten dan telah diuji secara dermatologi.
  • tak perlu pengasah pensil, hanya pusing di bahagian bawah lip tint.
  • bentuk seperti jumbo pensil  dan mudah digunakan.batang pensil tidak licin, jadi selesa dipegang.
  • terdapat dalam beberapa warna lain yang cantik dan terkini.



cuba lah shopping dekat sephora secara online! pengalaman beli produk di website sephora sangat mudah dan menyeronokkan.saya boleh dapatkan pelbagai produk mekap hanya di hujung jari.anda jangan lupa dapatkan produk Tarte di SINI



untuk maklumat lanjut sila ke:
website: sephora.my
facebook: sephora
instagram: sephoramy
twitter: sephora_msia



terima kasih.

No comments: