diari hari raya pertama 2016

Assalamualaikum.


Gambar raya agak banyak.untuk tidak menghampakan harapan pembaca blog(ada ke?) dan diri sendiri, saya rasa ada baiknya kalau saya buat entry sempena hari raya.atas alasan yang sama juga saya terpaksa bahagikan kepada dua entry supaya entry yang satu ini tak jadi terlalu panjang(alasan).


baiklah, kita mulakan dengan aktiviti sehari sebelum raya.you see? ketupat palas yang masih kosong belum berisi kelihatan seperti hand bouquet selamat pengantin baru(bernyanyi kecil).tahun ini saya agak rajin untuk tolong kakna buat ketupat.sila bangga dengan diri sendiri T_________T


kalau di kedah kami akan buat ketupat palas(pulut) setiap kali tibanya raya.ini ketupat yang dah siap diisi dengan pulut dan kacang.


ketupat yang dah siap direbus.harap maaf, gambar rendang tak available pada kali ini disebabkan tuan punya blog tak sempat nak tangkap gambar tapi saya percaya gambar rendang di rumah saya dan gambar rendang di rumah anda semuanya sama dan sepesen(ya ka?).


mengisi duit raya di dalam sampul berwarna pink weewwiiitt! untuk anak-anak saudara yang jauh dan dekat.tahun ini auntie(tuan blog ini) berehat sekejap dari kerja beliau, jadi jangan tanya berapa pendapatan jumlah di dalam sampul.. hihihihi(tergelak kecil tapi tak kecil sangat pun -.-" )



kini tibanya hari raya pertama.kalau tahun lepas tak ada entry raya sebab saya tak beraya.tak, maksud saya tahun lepas saya tak sihat jadi saya hanya tidur dan tak keluar beraya.baju raya pun takde uolsss...(nada redha, kahkah).jadi tahun ni saya gembira sebab berjaya pakai cantik-cantik dan keluar beraya.macam satu kejayaan yang membanggakan je haha.


pagi hari raya semua bangun awal.kakna dengan mak sibuk kat dapur dan sempat mop lantai satu rumah.cce sibuk dengan baby yusuf, kaum lelaki sibuk bersiap nak pergi beraya, saya sendiri buat-buat sibuk ja lebih.eleh.. macam tak biasa.lepas semua dah balik solat hari raya baru kami semua bersalam dan bergambar.tahun ni abang saya beraya di rumah mertua, jadi tinggal anak-anak perempuan dengan menantu lelaki saja yang beraya dengan mak.


tahun ni beraya dalam keadaan hujan lebat.selesai solat hari raya terus hujan mencurah turun sampai ke petang.


baju raya saya pada tahun ini.kalau raya yang lepas-lepas(kecuali tahun lepas) mesti nak pakai yang glamer(di mataku) tapi tahun ni tiba-tiba sifat bersederhana muncul kat dalam diri bhahaha.kali ni rasa nak buat baju yang paling simple dan selesa, jadi awal tahun lagi saya dah beli kain english cotton lepas tu tempah dekat mak cik yang buat baju kahwin saya hari tu.puas hati mak cik ni buat.selain cantik dan sama macam yang saya nak, baju jadi sangat selesa dipakai.tak ada bahagian yang terover ketat, semua elok terletak.tapi english cotton agak mudah kedut ye kawan-kawan, baru duduk sekejap baju dah berkedut seribu.kalau ku tahu, takdenya nak sibuk-sibuk saya iron baju.tapi takpe, anggap je la kedut itu trend terkini T_____T. owh ye, tudung tu instant bawal dari edast.main agak ja waktu order sebab warna contoh baju tak ada, nasib bila sampai memang sama warnanya.kalau tak sama pun macam haku kisah? kahkah.



sementara tunggu family yang lain bersiap.sempaattt! tahun ni ambil gambar guna handphone ja uolsss.nasib ada lighting superb.


lepas salam bermaafan dan berpeluk cium, posing dengan mak.sayang wooo mak kami sobss..

nak jugaaaaakkkkkk -.-' kasi can la.baju raya laki saya ulang pakai baju nikah hari tu.dia tak kuasa pun nak beli baru walaupun bini puas bertanya " nak beli baju melayu baru dak?" jawapannya tetap sama "tak mau".nampak ceria laki bini tapi waktu salam berdua kemain berdrama.laki i memang juara bab sedih-sedih ni(diri sendiri malas nak ngaku) LOL.


adik saya, cce dengan suami dia dan baby yusuf.kesian yusuf sebab baju raya pink dah ketat tak sempat pun nak pakai.tu la kenapa tembun sangat? hihihihi.


kakna dengan suami dan anak-anak beliau.


habis posing semua masing-masing keluar beraya.kakna dengan cce bawak mak balik kampung mak.saya ikut husband beraya rumah kawan dia.lepas tu balik rumah mertua.untung kahwin orang dekat, sehari ulang alik 4,5 kali pun no hal.tapi itu tak berlaku sebab husband i is busy T________T.


balik rumah mertua.tak sempat nak bergambar dengan family sana sebab ada tetamu datang.husband tersenyum sinis sebab berjaya buat saya nampak pendek.eceh mana aci dia berdiri kat situ tinggi siap jingkit kaki pulak tu..hamboiii.


selepas rumah mertua, saya dan husband balik kampung mak dan join yang lain.sampai ke malam baru lah selesai raya pertama kami, alhamdulilah.


p/s: kenapa raya kali ni tak jumpa rumah yang buat soto, lontong dan laksa? waduhh(kempunan).


sebelum berpisah, saya nak jamu(mata) anda dengan kuih raya di rumah saya.semua kakna yang buat sendiri.bermula dari arah pukul 12 adalah biskut almond choco, snow almond, oreo, makmur, tart gulung, suji brunei, almond london,red velvet dan di tengah itu ialah biskut cornflakes madu.semua sedap wohh!



favourite makan ketupat palas cicah susu pekat manis.siapa macam saya boleh geng.




insyaallah jumpa lagi di entry raya kedua, ketiga dan seterusnya.eh tak, satu entry taruk semua mungkin.tolong jangan cakap boring.tak baik menghampakan orang sedang yang bersemangat mengupdate blog tahu?


p/s: hangpa, kami nak habaq ni, sorry noh gambaq besaq gedabak sampai naik juling mata tengok.blogger ni dok update apa kami tak tau lah.gambaq jadi besaq semuanya.dia ikut saiz asal gambaq kami yang memang sedia besaq.kalau pilih saiz lain dia kecik sangat pulak.ni pun dah resize sikit dari saiz asal.harap hangpa bertabah la noh.


terima kasih.

No comments: