diari ramadan 2016

Assalamualaikum.


Syawal dah berlalu tapi takpe jangan risau, saya masih ada mood untuk bercerita perihal bulan ramadan/raya nan mulia setahun hanya sekali merayakan hari yang mulia ini(ringtone raya).
p/s: entry raya saya update di lain kali, insyaallah.


walaupun mungkin hangpa tak akan kisah langsung perihal hidup saya di bulan puasa mahupun raya,tapi kasi can arr wey.. penat tangkap gambar sambil susah payah buat-buat macam ada kerja bhahaha.jadi jangan sia-siakan gambar yang ada walaupun ada yang dah diabadikan dalam vlog sebelum ini.. SILA TERJAH ETRY VLOG INI: zoeyzauyah vlog EP7 | ramadan


sebab lain untuk update blog? sebab saya rindu nak tulis blog.biasalah masih dalam mood cewi
dok buat vlog, kasihan blog ini seakan diabaikan pula.jadi mari kita baca entry ini!(nada bersemangat).



dua tiga hari sebelum ramadan tiba, mak dengan kakna yang rajin(kena bodek ketua2 lebih sikit) dah sibuk-sibuk buat acar ikan kering untuk makan dalam bulan puasa.lepas tu bagi jugak dekat kaum kerabat untuk merasa.


sejak hari pertama puasa mak dah serah tugas yang tak kurang pentingnya dekat saya. ya, penting sebab kalau tak dilaksanakan seisi rumah takkan dapat bersahur sambil lalalala.tak lain tak bukan tugas tersebut ialah mengejutkan mak untuk bangun masak sahur(kembang kempis hidung sebab bangga dapat tugas penting la sangat)


sejak beberapa tahun lepas tugas ni hanya layak diberi dekat saya selaku anak yang paling jarang tidur malam sampai ke awal pagi.jadi bila dah agak-agak mak terlajak tidur/tak sedar jam bunyi, maka saya lah yang akan jadi jamnya.kalau jam ni pun tak jaga boleh jammed jadinya..ihik! tak lawak!


bulan puasa kali ni kakna seakan terlebih rajin sebab hampir setiap hari dia masak sedap dan buat cucoq.adakalanya mak atau kakna akan minta saya merasa masakan mereka.tapi seakan tiada function sebab jawapan haku lepas tu " tah la tak tau nak habaq.ok dah kot?" bernasib baik sebab tak disekeh oleh mak dan kakna.muka kecewa pun tiada.nasib baikkk(urut dada)


tapi kadang-kadang kakna tewas dengan dugaan bazar ramadan lepas tu terpegi lalu terbeli, adik-adik kat rumah pun tertumpang sekali, dah namanya rezeki?(terimalah sedas dua pantun dari saya).



ramadan belum bermula lagi saya dah exited nak pasang lampu kelip-kelip atau nama comel yang saya panggil, lampu liplap.nak naikkan semangat setahun sekali katanya.husband menjadi mangsa untuk pasang dan buka, pasang dan buka sampai lah dua-dua pun berpuashati.bila dah berjaya pasang cepat-cepat tangkap gambar dan record video hantar dekat abang yang jauh di perantauan sungai petani dekat ceh ja pun. mendapat reply: "baguih2.. memeriahkan kedatangan ramadan" lebih kurang begitu la.tak lama lepas tu tambah lampu lagi dan ubahsuai apa-apa yang patut.hantar lagi video dekat abang di perantauan yang sama.kali ini mendapat reply; "macam rumah santa claus"
me: (-.-")



di penghujung ramadan husband tolong pasang pelita pula.rajin husband saya ni(kena la puji laki sendiri).nak tambah semangat dan kemeriahan nak sambut raya.berseri-seri depan rumah kitaorang bhahaha.



bersemangat menolong kakna membuat kuih raya.maksud saya tolong tabur biji-biji comel berwarna warni di atas salutan coklat hitam tersebut.hamboi ayat!



comel kan taburan di atas biskut almond london yang sungguh ada almond sebiji kat dalam dia(bermakna kakna tak kedekut bahan bila membuat biskut).



menyapu telur di atas tart nenas/gulung.dulu kecik-kecik tugas macam ni la yang paling ditunggu-tunggu sampai berebut dengan adik saya punya lah nak tolong sapu.sekarang sudah tua pun masih tunggu, tapi tunggu bila nak selesai tugas ni? bhahahaha.



tart nenas/gulung yang dah siap dibakar.sampai pukul 2 pagi tolong kakna buat.



tolong gaulkan biskut snow almond ni kat dalam bread crumbs.kakna celup dalam coklat cair, tinggal saya tolong gaulkan dan susun molek-molek kat dalam balang.



snow almond kesukaan semua orang.versi kakna buat sedap(puji lagi).



tolong isi adunan cornflakes ke dalam paper cup.dari pagi sampai tengahari baru selesai.sampai sakit kepala iolss lalu tertidur terbongkang.



cornflakes madu kegemaran seisi malaysia yang tak ada bahan buah-buahan campuran sebab pahit.jadi kakna letak bahan yang disukai ramai sahaja.sedap wooh.



ini sahajalah dapat tolong kakna.lepas tu saya sakit mata sampai lah tiba hari raya.jadi tak selesa untuk buat apa-apa.insyaallah tahun depan tolong lagi.


kesimpulannya untuk ramadan tahun ni saya kurang puashati dengan prestasi diri.niat di hati nak buat amal dan himpun pahala banyak-banyak, tapi apakan daya kesihatan selalu tak mengizinkan.tapi takpa, tetap bersyukur.insyaallah, minta doa semoga ALLAH panjangkan usia dan beri kesihatan yang baik sampai bertemu ramadan tahun depan lepas tu dapat buat amal ibadat lebih lagi dan perkara yang baik-baik, insyaallah.


p/s: rindu suasana ramadan waktu arwah pak saya masih ada.seronok :')


macam mana pula ramadan anda?



terima kasih, baibai ;)

No comments: