diari hari raya haji 2016

Assalamualaikum.


Entry raya masih valid, dah jangan bising.
.
.
Kini tiba hari raya aidiladha.di pagi yang mulia kedengaran takbir bergema dari masjid berdekatan dan anak-anak saudara riuh rendah bersiap untuk berhari raya.saya yang masih di di perbaringan(kahkah) mengosok-gosok mata yang layu dan kemudian terlelap semula.ewaahhh! bertuah punya budak! tak lama kemudian terjaga semula dan masih mengantuk(kau dah kenapa?).owh baru teringat malam sebelumnya saya tak dapat tidur dan hanya melelapkan mata selepas subuh.


paksa diri untuk bangun kemudian bersarapan kek lapis sarawak yang adik ipar beli sambil stroottttt...! menghirup air oren yang mak sediakan untuk kanak-kanak yang datang beraya.
badan sedikit penat dan nafas kurang stabil akibat memakan ketupat palas(pulut) pada malam sebelumnya.sekarang badan sudah masuk angin telah tua.selesai makan, pusing rumah dua tiga kali tanpa motif, kemudian baring semula dan terlelap lagi T________________T


tengahari orang dah separuh hari beraya, saya masih terkial-kial mentidurkan diri.paksa diri untuk bangun dan mandi dan bersiap untuk pulang ke kampung emak.baiklah, sekarang semua orang perlu menunggu saya.



walaupun kelam kabut dan bersiap laju kuasa dua, tapi mekap tak pernah dilupa.. SEMPAATTT... paling mengharukan, didalam kekalutan pun mekap over macam nak pergi photoshoot..diamlah! mari pulang ke kampung emak.



aidiladha berbaju kurung merah simple sahaja.jangan over sangat nanti disodok lembu.ini baju 10 tahun lepas sila percaya, sungguh saya tak tipu.tudung instant shawl dua muka siap bunga rose di tepi kepala keluaran terbaru dari fabulousiti beauty & closet.ini jenama saya sendiri. sudah keluar di pasaran.sila beli sebab design outomatik muncung di depan selepas disarung, mudah dan material lembut, selesa, gojes, blabla.
FB: fabulousiti beauty & closet



destinasi pertama, rumah pak tam saya.masing-masing muka monyok terlebih makan pulut mengantuk mungkin? kahkah.



destinasi kedua rumah mak lang saya.menu spaghetti dan nasi minyak.makan dan bersembang sampai malam.selepas itu baibai, marilah pulang.



sedap, lemak , berkrim ketupat yang mak buat kali ni.sayangnya saya tak sihat hanya sempat makan 2 ketul pada malam sebelum raya.



rendang daging air tangan emak.kakna bersara kali ini, kahkah.



 kek carrot buatan adik saya, cce.raya dalam sejarah bila rumah sendiri tak ada satu jenis kuih raya pun dek kerana kakna sibuk membuat order dari customer beliau.




tamatlah hari raya aidiladha pada kali ini.insyaallah jumpa lagi tahun hadapan.


p/s: asyik pulang ke kampung emak, kampung arwah bapak tak pulang ke? pastinya itu soalan anda.sebenarnya tempat tinggal saya dan keluarga sekarang memang asalnya kampung arwah bapak.harap tak keliru(macam lah ada) haha.


terima kasih.


No comments: