Nagano Review | Mineral Facial Mist Spray, Whitening Day Cream, Romantic Purple Hydrangea Hand & Nail Cream.

Assalamualaikum.


Setiap kali dapat produk untuk dicuba saya mesti TERUJAHHH sebab nak tengok hasilnya kat diri sendiri macam mana.tapi wajib stop dulu semua produk yang saya guna, fokus dan tertib guna produk yang bakal direview sahaja.macam kali ni juga, saya hanya guna produk dari Nagano dan boleh kata hasilnya sangat memuaskan.


Kalau anda jenis yang pentingkan produk selamat untuk diri dan seluruh alam macam saya, please luangkan masa untuk baca sendikit info berkenaan jenama Nagano:-

Jenama asia untuk kulit asia
- Kulit orang asia berbeza dari kulit orang barat, kerana itu ada produk dari barat yang kurang sesuai untuk kulit orang asia dan selalunya lebih berminyak.Nagano adalah jenama produk dari jepun dan sangat sesuai untuk kulit orang asia.ianya berasaskan air, yang mana tidak meninggalkan kesan berminyak selepas disapu.ia juga tidak akan menyumbat pori anda.

Bahan semulajadi
- Nagano memahami kebimbangan penggunaan bahan kimia bertoksik pada kulit, jadi kesemua produk Nagano telah dirumuskan dengan bahan-bahan semulajadi kebanyakannya diperolehi daripada bunga-bungaan, buah-buahan dan lain-lain tumbuhan semulajadi.

Ringan dan lembut untuk kulit
- Produk Nagano telah dirumus dengan formula yang ringan dan lembut dari jepun, khas untuk penggunaan setiap hari bagi kulit yang halus/sensitif.

Selamat digunakan
- Kesemua produk Nagano telah dikilangkan di kilang bertaraf GMP dan disahkan ISO selain telah didaftarkan dengan Malaysian Pharmaceutical Board.

Tidak bertoksik
- Nagano hanya menggunakan bahan semulajadi dan tanpa toksik untuk formula produk mereka.

Tidak diuji ke atas haiwan
- Nagano menentang ujian ke atas haiwan, jadi tidak ada haiwan yang teraniaya sepanjang penghasilan produk Nagano.

Pembungkusan mesra alam
- Nagano juga mempunyai pembungkusan yang mesra alam menggunakan bahan-bahan semulajadi.bekas plastik yang dibuat daripada jagung, kotak kertas daripada kulit kayu dan dakwat soya untuk mencetak.

Untuk membeli secara online:

maklumat lanjut:
website: nagano.com.my
whatsapp: +6 01126551488
email: hello@nagano.com.my


saya cuba 3 produk full size dengan 2 produk tester.saya perasan packaging produk Nagano ni comel dan ada motif tumbuh-tumbuhan.kalau nak usha banyak lagi produk diaorang boleh klik link website  kat atas tuh.


Nagano Mineral Facial Mist Spray
.
.
Mineral facial mist spray
saiz: 100ml
harga: RM39.90(ex tax)
link produk: SINI

fungsi:
- mengandungi collagen dari mata air semulajadi.
- facial mist dengan formula yang ringan.
- kaya dengan nutrien yang memberikan rasa segar dan relaks sepanjang hari.
- mengembalikan tahap kelembapan dengan semburan halus yang kekal lembut di kulit.
- membantu melembab, melegakan dan menenangkan kulit anda.
- segera menjadikan kulit kelihatan sihat berseri(glowing).
- boleh juga digunakan untuk mengekalkan solekan wajah.
- sesuai untuk meningkatkan kelembapan dan seri kulit dengan segera.
- boleh disembur bila-bila masa yang diperlukan.
- sesuai untuk semua jenis kulit.
- tiada paraben.
- menghidratkan semula kulit, bagus untuk sesiapa yang berada di dalam ruang berhawa dingin dalam jangka masa yang lama.
- sesuai untuk dibawa ketika travel, untuk melembabkan ketika perjalanan kerana udara di dalam pesawat adalah sangat kering.
- saiz 100ml dan mudah dibawa ke mana sahaja termasuk didalam pesawat(hand carry).
- boleh digunakan sebelum atau selepas mekap.


tekstur produk seperti seperti air, mudah disembur dan ringan di kulit.

cara guna:
- sembur Mineral facial mist spray ke seluruh kawasan wajah dan leher.


kiri:
bahagian wajah yang tidak disembur Mineral facial mist spray.nampak kusam, kering dan kasar.

kanan:
bahagian wajah yang disembur Mineral facial mist spray.nampak glowing dan berseri.kulit jadi lebih lembut dan lembab.


keseluruhan wajah selepas disembur Mineral facial mist spray.
amboi lebih glowing dan berseri ya!

hasil penggunaan saya:
- saya suka tektur produk yang seperti air.rasa ringan dan cepat je serap ke kulit.
- bila-bila masa kalau rasa kulit tak bermaya, sembur ja Mineral facial mist spray, terus rasa macam waahhhh segar semula.. gituuuw.
- ada bau tapi baunya tak kuat, so takyah risau, saya sendiri pun tak pening kepala.
- boleh digunakan sebelum dan selepas mekap, mekap jadi tahan lama.kalau tak mekap pun boleh sembur untuk penjagaan kulit supaya lebih cun dan awet muda..hewhew.
- kulit akan jadi lembut dan lembab.berbeza berbanding tak sembur langsung hang tau tak.ewah marah pulak.
- nampak lebih glowing dan sihat.takde la kes nampak kusam tua sebelum waktu, uhuk..uhuk..!
- suka kesan segera dari Mineral facial mist spray ini.sembur-sembur ohmai, terus nampak kesannya di kulit.glowing, lembab cukup pakej dah.takyah tunggu berminggu, berbulan, bertahun.over tak i? ihiks.
- harus sembur Mineral facial mist spray dulu sebelum sapu day cream sebab tekstur kulit akan jadi lebih elok dan memudahkan sapuan cream.hasilnya kat kulit lepas tu pun lagi lembab dan glowing.
- satu lagi benda yang saya suka tapi mungkin orang lain tak kisah, packaging yang senang nak sembur.maksud saya, semburan dia jadi sekata, semburan jadi halus-halus kena kat kulit dan produk yang keluar pun banyak, tak kedekut.. hehe.


Nagano Whitening Day Cream
.
.
Whitening day cream
saiz: 30ml.
harga: RM39.90(ex tax)
link produk: SINI

fungsi produk:
- mengandungi collagen, gigawhite, macadamia seed oil dan timun.
- meningkatkan seri dan mengurangkan kemunculan bintik hitam dan hyperpigmentation.
- dengan bahan semulajadi gigawhite, kombinasi terbaik daripada 7 tumbuh-tumbuhan yang tumbuh di alps, day cream ini dapat memberi kesan memutihkan, mencerahkan, dan memberi lembapan yang mendalam.
- membantu menyamaratakan tona kulit dan hasilnya wajah kelihatan bercaya.
- membantu memberi kesan putih dan cerah sepanjang hari.
- melembabkan dengan mendalam dan memperbaiki tekstur kulit.
- kesan pemutihan segera.
- mempunyai haruman bunga yang ringan.
- sesuai untuk semua jenis kulit.
- tiada paraben.


tekstur berkrim tapi ringan dan berwarna putih pekat.

cara guna:
- setiap pagi sapukan Whitening day cream dengan rata ke seluruh wajah dan leher.


kiri:
bahagian wajah yang tidak disapu Whitening cream.nampak kusam.

kanan:
bahagian wajah yang telah disapu dengan Whitening day cream.nampak putih dan cerah serta merta.tapi dalam gambar ni nampak lebih putih sebab saya sapu lebih sikit, untuk tunjuk efek cream.


keseluruhan wajah selepas disapu dengan Whitening day cream.
wah wah.. putih dan cerah serta merta.

hasil penggunaan saya:
- tekstur berkrim tapi lembut, ringan dan warnanya putih pekat.
- tak berminyak dan tak melekit.ini yang kita mahukan untuk cuaca panas begini.seriously memang dia kawal minyak kat kulit satu hari suntuk.kulit saya jenis kombinasi, normal to oily dan kadang-kadang ada ruam halus kat muka.tersilap produk boleh jadi terlalu berminyak atau terus kering kontang(serius ini paling dibenci), but this product balancekan kulit saya dan minyak sedia ada yang selalu muncul tu pun berkurang.
- efek putih dan cerah serta merta! mula-mula tak perasan lepas tu macam "eh kenapakah mukaku nampak lagi cerah berseri?" kemudian baru sedar rupanya krim ini memberi kesan putih dan cerah serta merta selepas setiap kali sapuan.tak perlu tunggu lama sampai putus asa haha.
- ada bau bunga-bungaan yang lembut dan ringan.
- kulit jadi lembab dan lembut.
- cepat menyerap ke kulit.


foto terbaru selepas mengamalkan produk Nagano.paling suka sembur dulu Mineral facial mist spray, lepas tu sapu sekata Whitening day cream, last sekali sembur lagi Mineral facial mist spray.step ini buat kulit saya jadi extra lembab, lembut, cerah dan glowing.please try sendiri dan rasai perbezaannya macam mana.


Nagano Romantic Purple Hydrangea Hand & Nail Cream
.
.
Romantic purple hydrangea hand & nail cream
saiz: 60ml.
harga: RM29.90(ex tax).
link produk: SINI

fungsi produk:
- mengandungi ekstrak bunga hydrangea ungu, apple stem cell dan shea butter.
- Romantic purple hyrdangea hand & nail cream ini sebagai perawatan mewah setiap hari untuk tangan dan kuku anda yang cantik.
- krim tangan yang kaya berpelindungan dengan haruman menenangkan dari romantic purple hydrangea, meninggalkan kesan selembut sutera dan terpelihara sepanjang hari.
- haruman dari purple hydrangea memberi kesan menenangkan.
- shea butter untuk kesan lembapan yang mendalam.
- apple stem cell untuk pertumbuhan atau menjana semula kulit.
- tidak berminyak.
- tiada paraben.


tekstur krim lembut dan licin.

cara guna:
- picit sedikit di tangan dan urut lembut sehingga menyerap sepenuhnya.
guna setiap kali diperlukan untuk kesan lembap setiap hari.


kiri:
bahagian tangan yang belum disapu Romantic purple hyrangea hand & nail cream.
nampak kering dan kasar.bila disentuh juga terasa kering dan kasar.

kanan:
bahagian tangan yang sama selepas disapu dengan Romantic purple hydrangea hand & nail cream.
nampak lembab, lembut, dan sedikit cerah(sebab kulit lembab akan kelihatan cerah).bila disentuh kulit akan terasa lembut.

hasil penggunaan saya:
- tekstur seperti lotion tapi tak terlalu cair dan berminyak seperti kebanyakan lotion tuh.
- mudah diratakan dan cepat menyerap ke kulit.tak perlu guna tenaga kuasa dua haha! ok tak lawak T__________T
- bau wangi bunga.kalau duduk kat rumah boleh guna cream ini saja takyah sembur perfume segala.
- tidak berminyak mahupun melekit, selesa di kulit wooh.
- tiada lagi kulit kering dan kasar sebab setiap kali apply cream ini kulit akan jadi sangat lembut, walau dicuci pun masih terasa lembut.


Nagano Hair Serum & Nagano BB Cream
*tester.
.
.
saja-saja dapat tester yang ini, tapi kedua-duanya pun sangat bagus.hair serum buat rambut saya lembut, lembab, mudah diurus dan berbau wangi.bb cream pula buat mekap saya nampak licin dan natural.boleh dapatkan kedua-duanya dalam full size di website Nagano.



keseluruhannya saya suka produk Nagano terutama konsepnya yang mementingkan bahan semulajadi, alam sekitar dan keselamatan pengguna.plus, harga produk ni murah je.



disclaimer: review ini berdasarkan penggunaan pada diri sendiri dan penerangan dari pihak pengeluar, hasilnya mungkin berbeza untuk setiap orang.



terima kasih.


No comments: