Review Mary Kay Peach Satin Hands Pampering Set

Assalamualaikum.


hari tu time kahwin saya dapat banyak hadiah gelas, cawan, cadar dan perkakas rumah.sehari dua lepas kahwin tetiba saya dapat hadiah kahwin lagi.kali ni bukan barang rumah, sebaliknya produk mary kay untuk penjagaan kulit tangan.best gak dapat hadiah kahwin gini hehe.


memandangkan saya guna dan produk ni memang bagus, so saya nak review terus lah dengan pembaca blog ni.tuan punya badan(anna) yang bagi hadiah ni memang jual produk mary kay, so alang-alang saya review ni, saya bagi sekali detail anna ok? kot anda nak beli boleh la contact dia.


produk:
mary kay peach satin hands pampering set.

harga:
boleh contact dan tanya terus pada anna(saya tak tahu harga).

cara order:
whatsapp 012-2347545

maklumat lanjut:-
fb: AF Beauty Skin Secret
ig: annafarhanna_beautyskinsecrets


anna bagi hadiah set ni dekat saya.mary kay peach satin hands pampering set.dalam set ni dapat 3 item.satu satin hands® hand softener, satu satin hands® satin smoothie® hand scrub, satu satin hands® hand cream.selain digunakan di tangan, boleh juga guna set ni di bahagian kaki.produk di dalam pampering set ni bekerjasama untuk memastikan tangan menjadi  licin, lembut dan meninggalkan bau peach yang harum.



step pertama, satin hands® hand softener 60gm.


tekstur seperti petroleum jelly(macam berlilin pun ada).

fungsi satin hands® hand softener:

  • petrolatum adalah emollient yang dikenali untuk membantu kulit kelihatan lembut, licin dan anjal.
  • memberikan kelembapan segera dengan membantu mengunci lembapan dan menjadikan kulit tangan terlindung dan bersedia untuk step rawatan seterusnya.
  • kulit tangan akan terasa selicin sutera dan lembut.



cara guna:

  • ambil sedikit dan apply di kulit yang bersih.
  • untuk menambah lembapan, basahkan dulu kulit dengan air.

pengalaman saya guna:

  • tesktur asal seperti petroleum jelly.
  • selepas apply ke kulit tekstur jadi berminyak sikit.
  • bau peach yang light.
  • saya suka urut dan gosok ke seluruh tangan/kaki.kulit akan rasa selesa sangat.
  • kulit jadi lembab dan lembut.
  • bahagian kulit yang kering akan bertukar jadi lembab dan boleh nampak kelembapan tu.

step kedua, satin hands® satin smoothie® hand scrub 220gm
amboi sampai tiga nama dia haha.


tekstur jernih dan kasar(kebiasaan scrub).

fungsi produk:

  • peach seed powder dan apricot seed powder adalah bahan exfoliants yang dikenali dapat menanggalkan permukaan sel mati dengan lembut.
  • exfoliate dengan satu langkah.
  • ianya menanggalkan permukaan sel mati sambil meninggalkan kesan kulit lembut, halus dan kelihatan sihat.


cara guna:

  • pam satu atau dua kali scrub.
  • urut di tangan dan celah jari.
  • cuci bersih dan lap kering.elakkan penggunaan untuk yang sensitif, gatal-gatal dan mata.

pengalaman saya guna:
  • tekstur jernih, ada butiran scrub rasa macam melekit sikit.
  • saya suka urut-urut dan gosok di seluruh tangan, celah jari dan kaki untuk tanggalkan kotoran dan daki.buat la dalam beberapa minit.
  • selepas cuci kulit akan rasa relaks sangat macam baru lepas massage di spa hehe.
  • kulit jadi lembab dan yang penting lembut sangat-sangat.
  • selain lembab dan lembut bila disentuh, boleh nampak perbezaannya tau.
  • bau peach dalam scrub ni lebih kuat dan wangi.best sangat baunya.
  • efek scrub merelakskan kulit dan rasa'sedap' bila diurut.kasar scrub tu best ja bila apply di kulit.tapi tak terlalu kasar, kira sedang-sedang la dan tak menyakitkan kulit.


lepas dah scrub cuci dan lap kering.


step ketiga, satin hands® hand cream 85gm.


tesktur krim lembut.

fungsi produk:




  • petrolatum adalah emollient yang dikenali untuk membantu kulit kelihatan lembut, licin dan anjal.
  • tocopheryl acetate(vitamin E) terkenal sebagai antioksidan yang membantu melindungi kulit daripada kesan berbahaya radikal bebas yang dihasilkan oleh alam sekitar.
  • glycerin adalah pelembab yang membantu memelihara kulit dan menjadikannya kelihatan lembut dan licin.
  • melembabkan kulit hingga ke 24 jam.
  • formula mewah ini cepat menyerap dan meninggalkan lapisan perlindungan sehingga ke beberapa cucian tangan.



  • cara guna:

    • urutkan hand cream di tangan dan celah jari.
    • jangan lupa apply di atas dan tapak tangan.

    pengalaman saya guna:
    • tekstur krim yang lembut dan ringan.lebih kurang macam lotion biasa tapi tak melekit dan tak cair sangat macam lotion biasa.
    • ini produk yang paling saya suka dari ketiga-tiga produk dalam pampering set ni.
    • saya suka apply dekat seluruh tangan, lengan, kaki dan betis.kulit akan jadi sangat berbeza.bila disentuh rasa berbeza, tengok pun nampak berbeza.
    • kulit jadi lembab dan lembut sangat-sangat.
    • nampak lebih lembab, lebih lembut, cerah sedikit dan muda.tahu tak kulit lembab dan lembut akan memberi kesan cerah dan muda? so jangan malas pakai cream atau lotion tau! lebih-lebih lagi hand cream yang ini.best sangat.
    • bau peach memang wangi dan selesa.saya jenis yang suka bau buah, memang fresh ja rasa bila kulit berbau buah peach.
    • tak melekit dan tak berminyak.
    • kesan kering di kulit seperti kesan putih, kesan seolah-olah daki, kedut dan hitam-hitam berkurang atau boleh dikatakan tak nampak langsung bila dah apply hand cream ni.paling suka perbezaan di kaki sebab kaki saya paling kering dan nampak pelik.lepas apply hand cream ni kat kaki terus nampak berubah hehe.

    set ni memang jadi favourite saya.bukan ja guna kat tangan, kat lengan, kaki dan betis pun saya guna jugak.paling suka hand cream tu.lagipun ketiga-tiga produk dari set ni bersaiz besar dan tahan lama.kalau nak rasa sendiri perbezaannya sila la order dekat anna.contact dia terus tau.


    disclaimer: saya review dari pengalaman diri sendiri guna dan maklumat dari pengeluar.hasilnya mungkin berbeza untuk setiap orang.




    terima kasih.

    No comments: