jom makan.

Assalamualaikum.


Sekian lama teringin nak cuba messy milkshake yang popular di sistur cafe, tapi terpaksa melupakan hasrat tersebut sebab waktu tu diaorang buka dekat tingkat atas(saya tak berapa sihat nak naik tangga).tapi baru-baru ni diaorang dah buka kat tingkat bawah, so takleh jadik nih! mesti pergi nih(semangat pungpang pungpang).


order macam ada tiga orang, padahal berdua dengan husband je poonnn kahkah(gelak stress makan banyak).



menu.pilih dan tanda pada borang kaji selidik.lepas tu boleh bagi pada staff sistur cafe.



punca keterujaan melampau, messy milkshake ni antara yang special kat sini.kalau datang sila cuba.tak cuba tak jadiiikk...!



nasi goreng lamb chop pilihan husband saya.



mee hailam pilihan saya.



sausage steak, pilihan bersama(dan gemuk bersama, but i tak gemuk ponnn.. kenapa ni?).



teh o ais, pilihan husband iolss.



ini diaa.. ini dia messy oreo milkshake pilihan saya dan rakyat malaysia, puhaha..



lalu tepi jalan kalau nampak lighting terang benderang ni sah la memang sistur cafe.



dalam cafe.



dalam cafe.sempat tangkap gambar sementara tunggu makanan.



ini waktu kali kedua pergi dengan family saya.



kali kedua pergi hanya sempat tangkap gambar si comel ni haa.. messy strawberry milkshake.
makanan lain tak sempat tangkap gambar, perut dah tangkap dulu..kahkah(bajet lawak).


overall rasa makanan kat sini ok.minuman semua sedap-sedap.harga pun ok.
lokasi dia kalau menghala ke machang bubok, dia di sebelah kiri dekat deretan kedai.sebelum giat mara machang bubok.uolss boleh tengok kat fb atau ig sistur cafe sendiri.



terima kasih, bai ;)




No comments: