Palladio soft smokey makeup tutorial dan review produk PALLADIO

Assalamualaikum.


Untuk penggemar mekap earth color, kali ni saya tunjuk cara mekap soft smokey menggunakan tone earth color yang nampak soft, tak terlalu dramatik.mekap kali ni kerjasama bersama jenama mekap PALLADIO.pertama kali guna jenama PALLADIO tapi ohmai..! punya la best produknya, warna cantik dan pigmented.


tonton cara buat mekap ni.jangan lupa pilih HD, paling penting jangan lupa beli produk PALLADIO,
baru la hasilnya sama sebijik! ihiks😊


kat bawah ni gambar guna cahaya semulajadi.
.
.






bawah ni pula gambar guna lighting.
.
.










REVIEW PRODUK PALLADIO


PALLADIO jenama kosmetik dari U.S dan dicipta sejak 25 tahun yang lepas.kosmetik PALLADIO diperkaya dengan bahan botanical, herba dan vitamins.dicipta sesuai untuk semua jenis kulit, PALLADIO membantu wanita kelihatan berseri dan melindungi kulit dari tanda penuaan.dengan pelbagai pilihan produk dan warna, kita boleh mencipta pelbagai jenis makeup look yang diinginkan.


dijual di 40 buah negara,kini jenama PALLADIO dibawa masuk ke pasaran malaysia.dengan harga yang berpatutan dan mampu milik bermula dari RM11.90 hingga ke RM47.90, produk PALLADIO boleh didapati di Guardian.


* produk PALLADIO tidak diuji ke atas haiwan.



PALLADIO Rice Paper kod natural.
harga: RM20.90

fungsi:
💕 Tisu unik dibuat dari beras semulajadi.
💕 menyerap minyak di kulit.
💕 ada dua bahagian, bahagian powder mengandungi rice powder.
💕 guna bahagian matte untuk menyerap minyak dan kilatan, guna bahagian powder untuk touch-ups.
💕 bentuk yang mudah dibawa, muat diletak di dalam dompet atau kocek.
💕 terdapat dalam 3 kod warna.

Pengalaman saya guna:
💖 mudah nak guna sebab 2in1, serap minyak dalam masa yang sama touch-up kulit macam pakai bedak.
💖 nampak natural, ringan dan selesa di kulit, tak tebal macam pakai bedak.
💖 berkesan menyerap minyak.lepas tu boleh nampak kesan minyak yang berjaya diserap di tisu.boleh tengok kat gambar atas ni,before and after, yang after tu kesan minyak yang dah diserap tisu.GELI hokeh! hihi.
💖 minyak dan kilat kat kulit akan hilang, serta merta kulit nampak matte dan fresh.
💖 mudah nak bawa ke mana-mana sebab kecil dan ringan.



PALLADIO Mate Blush kod bayberry.
harga: RM26.90

fungsi:
💕 memberi kesan soft matte yang sekata di pipi.
💕 satin finish melicinkan dan membantu menyembunyikan kesan garis dan kedut.
💕 mengandungi bahan dari tumbuhan seperti apricot kernel, ginseng root extract. aloe dan chamomile extract,  membantu merawat dan melindungi kulit dari kerosakan akibat radikal bebas.
💕 kulit kelihatan flawless dan gebu.
💕 terdapat dalam 4 kod warna.

pengalaman saya guna:
💖 jenis matte, sesuai untuk buat mekap yang gebu.
💖 warna terang dan melekat di kulit.takyah sapu banyak kali sampai stress haha.
💖 warna cantik dan tahan lama.
💖 bagus sebab selain mewarnakan pipi, dapat merawat dan melindungi kulit, boleh guna tanpa risau kulit akan jadi rosak dan sebagainya.



PALLADIO Velvet Matte lipstick kod raw silk.
harga: RM25.90

fungsi:
💕 warna mewah seperti baldu yang tahan lama.
💕 kesan matte.
💕 formula cecair berkrim yang melembabkan.
💕 memberi kesan matte yang soft dan licin.
💕 diperkaya dengan bahan botanical dan vitamins.
💕 terdapat dalam 12 kod warna.

pengalaman saya guna:
💖 dalam banyak-banyak produk PALLDIO yang saya dah guna, velvet matte lipstick ni yang paling saya suka.kiranya ini produk nombor satu dan dapat markah penuh dari saya haha.
💖 warna sangat pekat dan terang, sekali sapu terus dapat cover bibir.
💖 tekstur sangat berkrim, lembut dan mudah disapu.
💖 warna tahan lama.
💖 bibir nampak full macam angelina jolie! haha.saya serius, tak tipu.boleh tengok sendiri dalam tuto ni sebelum dan selepas pakai velvet matte lipstick.bibir saya berubah jadi lebih full.
💖 pilihan warna yang cantik.semua kod warna memang cantik.
💖 walaupun jenis matte tapi tak keringkan bibir.
💖  bibir selesa dan tak terasa seperti ada lapisan produk yang tebal di bibir.
💖 100% puas hati.the best product from PALLADIO!



PALLADIO Silk Fx Eyeshadow kod debutante.
harga: RM42.90

fungsi:
💕 eyeshadow dengan teknologi yang inovatif.
💕 formula unik liquid to powder yang menyaluti kulit seperti baldu.
💕 setiap pallete dicipta khas menyerlahkan mata, dengan kedua-dua kombinasi warna siang dan malam.
💕 dibentuk dengan 5 step yang mudah diikuti (all-over base, crease, higlighter, lid dan liner) atau gabungkan pelbagai warna matte atau shimmer untuk disesuaikan dengan gaya anda sendiri.
💕 tahan hingga 8 ke 12 jam jika digunakan bersama eyeshadow primer.
💕 terdapat dalam 7 kod warna.

pengalaman saya guna:
💖 mudah nak guna terutama untuk beginner sebab setiap warna dah ditanda untuk digunakan di bahagian tertentu seperti all-over base untuk asas, crease untuk pelipat mata dan lain-lain.
💖 warna agak pekat.
💖 tone warna cantik dan kombinasi warna lengkap dari cerah ke gelap dan highlighter.
kombinasi macam ni senang nak create apa-apa ja mekap samada siang atau malam dan untuk apa-apa acara juga.
💖 ada satu warna untuk liner, boleh guna warna ni ja untuk line mata dan gantikan eyeliner.jimat masa, jimat space(sebab takyah bawa/guna eyeliner) dan nampak lebih natural.
💖 apply dulu eyeshadow base/primer dan warna eyeshadow ni akan nampak lagi terang dan tahan lama.
💖 serba guna, boleh guna untuk lain-lain bahagian muka, contohnya highlighter saya guna untuk highlightkan bahagian muka, crease dan all-over base saya guna untuk contour hidung.
💖 dapat sponge applicator, takyah guna banyak berus eyeshadow dah.
💖 bekas yang kecil dan boleh letak dalam handbag.mudah nak bawa kemana-mana.



PALLADIO Brow Pencil kod taupe.
harga: RM20.90

fungsi:
💕 boleh buat garisan halus seperti rambut/ bulu untuk mengisi(mewarnakan) kening.
💕 gunakan bahagian berus yang lembut untuk softkan garisan.
💕 memberi kesan natural di kening.
💕 terdapat dalam 3 kod warna.

pengalaman saya guna:
💖 celak lembut tapi tak mudah patah.
💖 mudah nak garis sebab lembut, jadi warnanya mudah lekat di kulit.takyah tekan kuat-kuat.
💖 saya suka kod warna taupe ni sebab nampak soft dan natural.kening tak nampak garang sangat.
💖 mudah nak blend warna di kening.



PALLADIO Lash Obsessed Mascara kod black.
harga: RM40.90

fungsi:
💕 bentuk berus maskara dapat menyalut rata setiap bulu mata.
💕 menjadikan bulu mata kelihatan panjang dan lebat.
💕 mengandungi bahan botanical dan vitamins.
💕 terdapat dalam 1 kod warna.

pengalaman saya guna:
💖 bulu mata tak bergumpal, nampak 'clean'.
💖 bulu mata jadi panjang.
💖 nampak natural.
💖 warna hitam pekat.
💖 mudah dicuci, sesuai untuk sesiapa yang tak suka maskara terlalu waterproof(sebab susah nak cuci).



seronok dapat cuba produk PALLADIO, harga pun murah ja.
sila cuba mekap yang saya tunjuk ni dan jangan lupa dapatkan produk PALLADIO di Guardian.


terima kasih.




No comments: