Beli Face Mask Kegemaran Di Sephora.my

Assalamualaikum.


Sejak mula mengenal alam kecantikan saya didedahkan dengan rutin penjagaan kulit mencuci, menyegar dan melembab, dua kali sehari, setiap hari.lepas tuh mula kenal dengan rutin penjagaan kulit seminggu sekali pula.adakah anda juga macam saya? hari-hari jaga muka, seminggu sekali juga jaga dengan cara dan produk yang lebih intensif seperti scrub dan masker? kalau ya, anda buat sendiri di rumah atau ke salun?


meh saya nak cerita.saya suka jaga muka sejak awal remaja.walaupun rupa paras belum bertaraf che ta mahupun tokti(kahkah), tapi saya tetap konsisten jaga muka mengenangkan kesannya untuk jangka masa yang panjang.pernah terbaca di majalah, kajian menunjukkan kulit seseorang yang mengamalkan penjagaan kulit secara konsisten, dalam masa 10 tahun kemudian keadaan kulitnya lebih baik berbanding jika tidak dijaga langsung.jadi jangan pandang remeh bab penjagaan kecantikan termasuk rutin seminggu sekali yang kita selalu pandang sebelah mata akan kepentingannya seperti " alaahh scrub dengan masker seminggu sekali ja pun, ada perubahan ke? tak buat pun takpe".dalam masa 10 tahun lagi sila bandingkan kulit anda dengan kulit wanita yang mengamalkan rutin kecantikan secara tertib, pastuh sila menyesal! hahahaha 😂


ok back to the topic, kalau anda nak buat rutin seminggu sekali, anda buat di salun atau di rumah? sesiapa yang suka buat di rumah boleh geng dengan saya(sep sikit).rawatan facial di salun bukan kegemaran saya dek kerana masalah jerawat yang akan muncul secara tiba-tiba selepas rawatan dibuat.bukan sekali dua, banyak kali masalah yang sama dah jadi.so saya rasa kulit saya lebih sesuai dengan rawatan sendiri di rumah menggunakan produk yang berkualiti dan sesuai dengan kulit.paling suka produk masker.


kegemaran terbaru.sesuai dengan kulit saya dan hasilnya sangat WOW! baca kat bawah nanti saya cerita satu persatu kebaikan setiap face mask ini.



boleh dapatkan face mask kegemaran anda di SINI.
saya beli face mask dekat SINI.senang, sebab banyak pilihan, pelbagai jenama, original dan boleh pilih berdasarkan jenis kulit(klik skin concerns kat sebelah kiri web).lepas tu klik, klik dah siap.tunggu sampai kat depan rumah, terus boleh guna.




MARIO BADESCU Temporary Lifting Mask 59ml

fungsi:
💗 mask yang mudah sebagai alternatif untuk menegangkan wajah tanpa prosedur perubatan.
💗 mengandungi egg albumin, iaitu bahan natural mask tradisional yang mengetatkan pori dan menyerlahkan penampilan kulit yang lebih baik.
💗 membersihkan kulit dan pori-pori tersumbat untuk lapisan kulit yang licin, lebih halus dengan kelembapan yang mencukupi.
💗 memberi kesan anjal segera.
💗 mengetatkan pori-pori yang terbuka.
💗 memperbaharui kulit yang tersumbat dan kusam.



cara guna:
💗 sapu nipis mask di kulit wajah yang bersih.
💗 elakkan kawasan mata.
💗 biarkan selama 10 minit.
💗 bersihkan menggunakan air suam.
💗 boleh digunakan 2 hingga 3 kali dalam seminggu.



kulit saya selepas menggunakan MARIO BADESCU Temporary Lifting Mask

pengalaman saya guna:
💗 dalam keempat-empat mask yang saya share kali ni, yang ini paling saya gemar sebab best kot weh! cuba sendiri baru tahu.
💗 bau bunga rose dan ada sedikit bau putih telur, tapi takyah risau, bau rose lebih kuat dan wangi berbanding bau putih telur yang sedikit hanyir bagi sesetengah orang.bila terhidu bau putih telur, saya terus macam " ok, memang dia ada putih telur dalam ni.baguih ni baguih".putih telur bahan terkenal sejak sekian lama untuk tegangkan kulit, kali ini di dalam produk moden mudah diguna.
💗 berwarna pink lembut dan teskturnya cair tapi mudah disapu ke kulit.
💗 selepas kering dia akan jadi macam bedak sejuk kampung yang mak-mak kita guna(so nostalgic).
💗 menegangkan kulit sampai takleh nak ketawa, haha(ketawa dalam hati takpe, ini dibenarkan).
💗 paling suka kesannya selepas dicuci.tekstur kulit jadi sangat lain.sentuh sendiri, boleh rasa kulit jadi lebih lembut berbanding sebelumnya.
💗 kulit jadi lembut, tegang dan sapuan pelembab pun terasa lain.sangat lembut dan lembab.
💗 kulit tak berminyak lebih lama.
💗 saya sangat rekemen produk ni.tolong beli, cuba dan rasai sendiri perbezaan kulit anda.



SEPHORA Double Duty Exfoliator + Mask 50ml.

fungsi:
💗 dalam hanya beberapa minit, rawatan intensif ini menghaluskan tekstur kulit sambil melicinkan raut wajah.
💗 mengandungi manik jojoba semulajadi, ianya menyental dengan berkesan tanpa iritasi.
💗 mengandungi HydroSenn+, bahan dari tumbuhan yang terbukti memberi kelembapan segera dan tahan lama(lebih berkesan dari hyaluronic acid).
💗 satu langkah mudah untuk pelbagai manfaat seperti membersihkan pori, menghaluskan tekstur kulit dan mengembalikan seri kulit.
💗 tekstur berkrim yang mengandungi shea butter dan manik jojoba menjadikan kulit lembut dan selesa.
💗 diuji secara dermatology, sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit yang sensitif.
💗 bebas dari paraben, sulfates, bahan-bahan sintetik, pewangi, phthalates, GMO dan triclosan.
💗 didatangkan di dalam saiz yang sesuai untuk travel, tiub picit dan penutup jenis flip.



cara guna:
💗 sapu dan gosok pada kulit yang lembab.
💗 elakkan kawasan mata.
💗 biarkan selama 5 minit.
💗 cuci bersih.
💗 digunakan seminggu sekali.



kulit saya selepas menggunakan SEPHORA Double Duty Exfoliator + Mask.

pengalaman saya guna:
💗 bau wangi dan fresh.
💗 warna putih, tekstur berkrim dengan butiran manik yang halus.
💗 butiran scrub tak terlalu kasar dan tak terlalu lembut tapi selesa dan lembut digosok ke kulit.tak rasa pedih dan tak rasa terlalu kasar.
💗 dua dalam satu, scrub dan mask, jimat masa terutama kalau tak sempat nak pakai mask berasingan.
💗 lepas cuci kulit akan rasa seolah-olah ada satu lapisan lembapan yang lain di kulit.
💗 kulit jadi lembut, lembab tak tak berminyak.
💗 the best feeling ever bila gosok-gosok kulit lepas tuh dah cuci rasa relaks dan halus ja kulit
💗 salah satu fungsi scrub ialah untuk menanggalkan sel kulit yang mati seterusnya memudahkan penyerapan dan khasiat produk lain ke kulit, terutamanya pelembab.sebab tu saya tak lupa untuk scrub kulit sekurang-kurangnya sekali seminggu dan saya memang suka dengan produk dari SEPHORA ni.TERBAIK!



CLINIQUE Pore Refining Solutions Charcoal Mask 100ml.

fungsi:
💗 mattifying mask ini menyerap minyak, kekotoran dan pencemaran alam untuk membantu menyahtoksik kulit.
💗 charcoal powder menarik keluar lebihan kotoran dan membersihkan pori-pori.
💗 mineral clays menyerap lebihan minyak.
💗 kulit terasa halus, pori-pori kelihatan mengecil dan bebas minyak.
💗 allergy tested.
💗 100% bebas wangian.



cara guna:
💗 sapu di wajah.
💗 elakkan kawasan mata.
💗 digunakan 1 atau 2 kali dalam seminggu.



kulit saya selepas menggunakan CLINIQUE Pore Refining Solutions Charcoal Mask.

pengalaman saya guna:
💗 dah lama saya teringin nak cuba face mask jenama CLINIQUE berdasarkan review yang positif, sekarang bila dah guna sendiri memang bagus produk ni.patut la ramai yang guna.
💗 warna kelabu kehitaman, tekstur seperti clay(tanah liat) yang lembut dan sangat licin bila disapu ke kulit.
💗 kulit terasa sejuk dan nyaman.
💗 kulit rasa tegang.
💗 ada bau sikit tapi sangat light.
💗 mula-mula lepas cuci kulit akan rasa kesat sikit bila disentuh, tak lama lepas tu kulit akan rasa macam biasa.
💗 kulit jadi tak berminyak.



SEPHORA Instant Hydrogel Eye Mask Depuffing & Moisturizing 1pcs.

fungsi:
💗 satu kemestian untuk gaya hidup on-the-go(cepat dan mudah untuk gaya hidup yang sibuk).
💗 mengurangkan bengkak dan lingkaran mata.
💗 melicinkan contour mata.
💗 hydrogel eye mask yang segera melembab dan menyegarkan kawasan mata.
💗 hydrogel mask yang sangat menyegarkan ini segera memadamkan tanda letih.
💗 dark circle dan eye bags di sekeliling mata pudar supaya kelihatan berseri dan sihat.
💗 formula yang mengandungi hyaluronic acid, semulajadi untuk melembabkan kulit.
💗 kulit sekeliling mata yang lembut segera menjadi lembab dan lembut.
💗 dengan bantuan hydrogel, mudah dan praktikal digunakan, sesuai walaupun untuk mata yang sensitif, diuji secara dermatology.

di bawah ini kesan efektif yang terbukti secara clinical:-
💗 kesan yang segera melegakan mata: 100%
💗 mengurangkan eye bags di bawah mata: 88%
💗 lingkaran kurang kelihatan: 86%
💗 kesan licin: 87%
💗 kelembapan: +33%



cara guna:
💗 tanggalkan kepingan mask dari pelekat.
💗 pejamkan mata dan letakkan mask di atas kelopak.
💗 biarkan selama 10 hingga ke 15 minit.
💗 tanggalkan dan tak perlu dicuci.



kawasan sekeliling mata saya selepas menggunakan SEPHORA Instant Hydrogel Eye Mask Depuffing & Moisturizing.

pengalaman saya guna:
💗 permukaan mask ada gel.tak lekit, tak meleleh, tak mengotorkan kawasan muka dan tak perlu dicuci.senang kalau nak guna bila-bila masa dan di mana saja, contohnya tengah buat kerja lepas tu mata rasa letih, boleh terus guna eye mask ni.
💗 kepingan mask mudah lekat kat kulit.
💗 rasa sejuk bila letak kat mata.macam dah sejukkan dalam peti ais padahal tak pun.
💗 serta merta mata rasa segar.
💗 kawasan kulit sekeliling mata jadi lembut.
💗 tak pedihkan mata tapi seboleh-bolehnya jangan biar kepingan mask dan gel termasuk ke dalam mata.yang tu memang lah pedih hehe.
💗 ada bau yang light.


keseluruhannya saya suka keempat-empat mask yang saya tengah guna sekarang ni.lepas ni nak shopping mask lain pulak.jangan lupa dapatkan mask kegemaran anda di SINI



disclaimer: review berdasarkan maklumat pengeluar dan pengalaman sendiri guna, hasilnya mungkin berbeza untuk setiap orang.


terima kasih.