ORGANICHANA: skincare organic yang natural dan selamat

Assalamualaikum.


Ingat tak kes yang kecoh baru-baru ni? kes produk mengandungi kimia? lepas tu kemain pakat-pakat boikot tak mau guna produk tempatan sebab takut bahan kimia sedangkan siapa yang nak hasil sepantas superman kilat? pastuh mula lah terguna produk yang ada kimia lalu muka yang asalnya segak la jugak(pheewwiit), bertukar menjadi horror lalu menyesal tidak berguna lagi.. siapa? siapa? siapa lagi kalau bukan diri kita sendiri(PAANNGG muka sendiri..) haku la tu tapi itu dulu πŸ˜’

sebab tu kena guna produk yang natural dan selamat.lagi elok kalau produk tuh produk organic.hah! baru terbuka hati ke nak cari produk organic? sedangkan dah sekian lama kita tahu produk organic ni selamat, tapi sebab nak hasil yang cepat, kita sanggup tanggung pelbagai risiko yang berbahaya.tak tengok ke kat media sosial kecoh mercury tertumpah sikit dah kena panggil bomba? eh beraninya awak taruk benda tu kat muka.hari-hari pulak tu.eh takutnya..EH..! EH..! (terus cuak katakaauuu.. kahkah).

takpe, jangan risau.mulai sekarang meh ramai-ramai kita bertukar kepada produk yang natural dan selamat untuk kecantikan dan keselamatan jangka panjang, saya dah mula dengan produk dari ORGANICHANA.baca review di bawah sampai habis kalau anda memang sayangkan kulit dan diri.


jenama:
ORGANICHANA

maklumat lanjut dan pembelian:-
whatsapp: 016-7114112


info menarik produk ORGANICHANA:
πŸ’“  ORGANICHANA produk berasaskan organik dan semulajadi.80% bahan yang digunakan diimport dari U.S
πŸ’“ produk homemade, handblended, handcrafted dan dihasilkan di rumah sahaja.
πŸ’“ sudah 2 tahun berada di pasaran dan semakin berkembang kerana permintaan yang tinggi.
πŸ’“ ORGANICHANA mengeluarkan produk secara batch, dalam kuantiti yang terkawal untuk memastikan kualiti produk sentiasa berada di dalam keadaan baik.
πŸ’“ produk diformulasi dan dihasilkan sendiri.tiada lemak haiwan, halal dan tiada bahan kimia.
πŸ’“ hanya menggunakan minyak tumbuhan, butter dan  herba.
πŸ’“ produk pertama ORGANICHANA ialah lip balm, disusuli dengan lipscrub, sabun dan eye cream.
πŸ’“ produk ORGANICHANA adalah 100% homemade dan buatan tangan, BUKAN PRODUK REBRANDING yang dibeli secara pukal.
πŸ’“ menggunakan bahan asas seperti minyak zaitun, minyak kelapa dara, minyak bunga matahari, minyak castor, minyak kacang almond.
πŸ’“ organic dan natural, mempunyai cert USDA ORGANIC certified by quality assurance international(QAI), NASAA(australian & international organic certified) dan bahan-bahan lain adalah natural yang diproses tanpa bahan kimia dan GMO(genetic modified organisma).
πŸ’“ disebabkan hanya menggunakan bahan organic dan natural, produk ORGANICHANA hanya bertahan selama 3 bulan hingga ke setahun selepas dibuka.
πŸ’“ dijamin tidak mengandungi bahan kimia berbahaya seperti mercury, hydroquinon, paraben, phenoxyethanol, petroleum jelly, PABA, coal tar, butylated compounds(BHA), MICA, polyacrylamide, phtalates, talc, synthetic musks, SLS, dan bahan-bahan berbahaya lain yang bersifat 'carcinogen' dan membawa kepada kanser.
πŸ’“ selepas setahun beroperasi, ORGANICHANA telah melantik agent dan stokist.kini telah mempunyai 30 orang agent dan stokist sah di seluruh malaysia, singapura dan brunei.
πŸ’“ kini mempunyai dua outlet store di kota damansara dan shah alam(boleh whatsapp untuk dapatkan lokasi waze).


ORGANICHANA Bonita Liptint.
harga: RM23.00.
link produk: klik di sini

bahan:
πŸ’“ aloe vera organic certified.
πŸ’“ vitamin E.
πŸ’“ safflower oil.
πŸ’“soybean oil.
πŸ’“ red powder.

fungsi:
πŸ’“ melembabkan bibir.
πŸ’“ menggantikan lipstick yang sedia ada.
πŸ’“ warna red rose.
πŸ’“ menghilangkan bibir yang kering.
πŸ’“ effect kering meresap, melembabkan dan tidak berminyak.
πŸ’“ dihasilkan secara homemade,
πŸ’“ boleh dibawa solat.


pengalaman saya guna:
πŸ’– bau wangi yang 'manis' macam makanan.
πŸ’– warna terang dan cantik.paling cantik kalau buat gradient effect macam mekap korea.saya kan bajet korea(PAANNGG sekali lagi).
πŸ’– tahan lama di bibir tapi takde lah tahan setahun, overnya kau nih(tuan blog ni yang over).
πŸ’– tak keringkan bibir dan tak melekit
πŸ’– tekstur cair dan terasa ringan melayang-layang di bibir.
πŸ’– rasa manis bila termasuk kat dalam mulut tapi takyah arr sengaja telan πŸ˜’
πŸ’– bekas mudah dibawa ke mana-mana dan yang paling penting tak meleleh dan tak comotkan tangan/bag kita macam bekas produk lip tint yang lain, tak ada lagi kejadian acah-acah jari kau berdarah padahal tu lip tint ja ponnn πŸ˜’
πŸ’– saya suka lip tint ni.puas hati guna sebab cantik.walau tak mekap pun saya akan sapu lip tint, baru la nampak berseri, comel-comel dan tak pucat.haha saya nampak comel?(sila bermimpi) πŸ˜‚


warna yang buat saya nampak fresh dan tak pucat.


ORGANICHANA Homemade Lipbalm.
harga: RM15.00
link produk: klik di sini

bahan:
πŸ’“ cocoa butter.
πŸ’“ beeswax.
πŸ’“ strawberry flavour.
πŸ’“ papermint.
πŸ’“ shea butter.
πŸ’“ virgin olive oil.

fungsi:
πŸ’“ melembabkan bibir.
πŸ’“ menghilangkan bibir yang kering, rekahan dan bibir hitam.
πŸ’“ tidak mengandungi bahan kimia yang merosakkan bibir.
πŸ’“ tidak mengandungi petroleum jelly.
πŸ’“ mengurangkan permukaan kulit bibir yang hitam.
πŸ’“ 100% organic qualifications.
πŸ’“ freshly made by order.


pengalaman saya guna:
πŸ’– ni dia.., ni dia... lip balm terbaik di antara yang terbaik.dengar macam bodek, tapi hallo..! hari tu saya demam bibir saya terus jadi kering, terkopek, berdarah, perit, pedih, sedih(over) lepas tu saya guna lip balm ni.dalam masa beberapa hari saja bibir dah alami perubahan.pastuh tetiba saya terlupa nak pakai, cuak weh ingatkan bibir akan kembali kering dan terkopek, tapi hebatnya bibir mantain elok dan nampak sihat.sapu lah hari-hari untuk kesan yang terbaik.
πŸ’– bibir saya gelap dan pucat, lepas sapu lip balm ni nampak la cerah sebab dia ada warna pink-pink sikit.
πŸ’– kegemaran saya, setiap kali sapu mesti sapu tebal-tebal dan banyak lapis.takpe, tak rasa melekit pun malah tekstur bibir jadi lembut dan lembab.
πŸ’– saya tak suka lip balm yang ada kesan wax(seperti lilin) di bibir.mesti tak selesa dan sebenarnya tak membantu merawat bibir pun.wax ja lebih(ewah banyak komplen kauu..).tapi lip balm ni tak meninggalkan kesan wax.bibir terasa selesa walaupun saya sapu tebal-tebal.
πŸ’– bau macam dark chocolate, yummiihh!
πŸ’– rasa manis-manis bila lip balm termasuk kat dalam mulut.


kanan, gambar selepas guna lip balm.kiri tu sebelum guna lip balm.sebenarnya sebelum ni bibir saya lebih teruk dari ni sampai berdarah dan pedih.apa yang saya buat, saya sapu ORGANICHANA Homemade Lip Balm ni tebal-tebal dan biar sekejap.lepas tu saya gosok lembut bibir dan kulit yang kering tu pun tertanggal.lip balm ni dah lembutkan kulit sebab tu kuping mudah tertanggal.takde luka dan takde darah.hebat..hebat πŸ‘ pastuh sapu semula lip balm dan biarkan terus di bibir.fuhhh lega..!


ORGANICHANA Moist Lipscrub.
harga: RM13.00
link produk: klik di sini

bahan:
πŸ’“ virgin olive oil.
πŸ’“ african shea butter.
πŸ’“ cocoa butter.
πŸ’“ jojoba oil.
πŸ’“ strawberry flavour.
πŸ’“ refined sugar.

fungsi:
πŸ’“ sangat berkesan untuk menanggalkan sisa kulit mati yang menyebabkan bibir kusam, kering dan tidak menarik.
πŸ’“ melembabkan, mengandungi bahan organic yang sedap dan menambah lembapan.


pengalaman saya guna:
πŸ’– sapu di bibir dan gosok beberapa minit, kemudian yeaaa..! kulit kering dah tertanggal dengan jayanya.
πŸ’– bibir jadi lebih lembab dan lembut.
πŸ’– bau macam dark chocolate.sebenarnya bau manis-manis, tapi eh tak reti lah nak describe macam mana.dark chocolate bau paling hampir yang mampu difikirkan hewhew.
πŸ’– rasa manis-manis.termasuk dalam mulut tak jadi masalah sebab bahan natural tanpa bahan kimia pun.
πŸ’– nampak macam remeh tapi jangan skip step scrub bibir ni dalam penjagaan kecantikan terutama kalau kerap pakai lipstick.tak nak kan bibir kering dan gelap? kalau rajin scrub, produk penjagaan lain seperti lip balm pun dapat berfungsi dengan baik di bibir sebab sel kulit mati yang berada di permukaan kulit dah tertanggal pastuh kebaikan scrub bergabung dengan kebaikan lip balm, dapat lah bibir sihat, cantik, kebabom! πŸ˜‚


kiri tu sebelum scrub.kanan tu selepas dah scrub(tanpa sapuan lip balm).kulit bibir dah berubah jadi lebih elok, pergh.. pergh.


ORGANICHANA Organic Makeup remover.
harga: RM38.00
link produk: klik di sini

bahan:
πŸ’“ virgin olive oil.
πŸ’“ grapseed oil.
πŸ’“ almond oil.
πŸ’“ glycerin.
πŸ’“ jojoba oil.
πŸ’“ witch hazel.
πŸ’“ papermint.
πŸ’“ water.

fungsi:
πŸ’“ berasaskan air dan semi oil makeup remover.
πŸ’“ tidak berminyak.
πŸ’“ membersihkan mekap di wajah seperti eyeshadow, eyeliner dan lain-lain.
πŸ’“ tiada pewangi.
πŸ’“ cepat menyerap.
πŸ’“ melembabkan kulit.
πŸ’“ mencuci dengan mendalam.
πŸ’“ homemade dan mengandungi bahan organic.


pengalaman saya guna:
πŸ’– jenis spray, senang nak guna dan tak tumpah.spray ja kat atas kapas dan terus guna.tiada lagi kejadian remover ku tertumpah sewaktu dituang ke atas kapas 😭
πŸ’– bekas yang mudah nak bawa kemana-mana sebab bukan kaca(tak berat dan takyah risau pecah) dan yang penting sekali produk tak meleleh.
πŸ’– tekstur produk seperti air.ringan dan tak melekit.
πŸ’– tak berminyak, maka takde la kejadian orang minyak di muka.
πŸ’– tak pedihkan mata, tak pedihkan kulit.
πŸ’– berkesan hilangkan bedak, blusher dan lain-lain mekap asas di kulit.
πŸ’– kulit rasa selesa tanpa lekit.macam cuci mekap guna air.
πŸ’– saya cuba cuci mekap yang waterproof dan non-waterproof, saya dapati(cewah) remover ni sangat berkesan tanggalkan mekap non-waterproof tapi kena ulang cuci beberapa kali untuk tanggalkan mekap yang waterproof.
πŸ’– hasil terbaik untuk mekap yang non-waterproof.
πŸ’– ada bau macam tumbuhan tapi saya tak dapat kenalpasti bau apa πŸ˜‚


test kat tangan pula.kiri tu saya sapu mekap kat atas tangan.ada matte lipstick, pigmented blusher, eyeshadow, foundation+bedak, dan waterproof eyeliner.yang kanan tu sebelahnya saya cuci guna ORGANICHANA Organic Makeup remover yang dispray atas kapas.untuk bedak sekali sapuan kapas dah boleh tanggal.untuk matte lipstick, blusher dan eyeshadow perlukan 1,2  sapuan.waterproof eyeliner pulak perlukan 2,3 kali sapuan.not bad untuk remover yang berasaskan air.


ORGANICHANA Detoxgoats Milk Soap.
harga: RM30.00
link produk: klik di sini

bahan:
πŸ’“ coconut oil.
πŸ’“ glycerin.
πŸ’“ goats milk.
πŸ’“ cocoa butter.
πŸ’“ essential oil of orange & papermint.

fungsi:
πŸ’“ sesuai untuk kulit normal, sensitif dan kombinasi.
πŸ’“ boleh juga digunakan untuk bayi yang berumur setahun dan keatas.
πŸ’“ mempunyai glycerin semulajadi yang tinggi, sangat ringan dan lembut di kulit.
πŸ’“ sesuai digunakan di muka dan badan.
πŸ’“ memulihkan sunburn di kulit.
πŸ’“ kulit kering, eczema dan bersisik.
πŸ’“ kulit kusam dan berjerawat.
πŸ’“ mencerah.


pengalaman saya guna:
πŸ’– banyak buih, puas hati kalau nak cuci muka yang ada sisa mekap.
πŸ’– sabun lembut dan buih pun lembut.
πŸ’– kulit terasa bersih setiap kali cucian.
πŸ’– kulit tak rasa tegang atau kesat selepas cuci.rasa selesa, tak kering dan tak berminyak.
πŸ’– bau papermint.
πŸ’– sabun tebal, berbaloi untuk harga RM30.
πŸ’– saya suka buihkan sabun, sapu di muka dan urut lama sikit(tapi tak lebih dari seminit dua), pastuh cuci muka sampai bersih.boleh rasa perbezaan kat kulit.jadi lebih lembut dan lembab berbanding kalau gosok sekejap dan terus cuci.tapi takyah la gosok lama benau sampai nak tercabut kulit.carik nahas namanya tu😏
πŸ’– saya ada ruam di dahi, lepas cuci guna sabun ni saya biar ja tak pakai apa-apa produk lain di dahi.lepas hari-hari cuci guna sabun ni, ruam mula jadi kering dan nampak kurang.


nampak pakai tudung yang sama(sebab tudung ni favourite. buat gambar saya nampak cerah hehe) tapi ini minggu yang berbeza tau.maknanya kiri tu sebelum, dan kanan gambar selepas amalkan sabun ORGANICHANA Detoxgoats Milk Soap.ruam mengering dan berkurang.


website ORGANICHANA.ada banyak lagi produk menarik kat sini seperti krim buang tahi lalat, scrub mask dan lain-lain.harga pun murah dan mampu milik.yang penting, semuanya organic dan selamat tanpa bahan kimia.


maklumat lanjut dan pembelian:-
whatsapp: 016-7114112


terima kasih.

No comments: