dah tukar status

Assalamualaikum.


thank you tag waktu my wedding hari tu :)

Alhamdulilah dengan izinnya pada 16.1.16 yang lalu dah selamat berlangsungnya majlis kahwin saya dengan suami.ececehhhh dah ada suami, status pun dah bertukar jadi puan wey! kahkah.. tapi panggilan boleh ja terus panggil cik zoey sebab paggilan 'cik' tu tak merujuk pada status(belum kahwin) tapi memang 'cik' antara panggilan saya sejak dulu dan dalam family.

niat di hati nak letak satu gambaq kahwin, tapi tukar fikiran nak simpan dulu nak buat suprise sampai dah dapat semua gambaq nanti.insyaallah, tunggu lah lagi 2 atau 3 bulan bila album dah siap.eksklusif kat blog sebab tak upload kat mana-mana lagi pun.nanti bila dah dapat semua, saya akan cerita dari waktu bertunang sampai lah ke majlis bertandang, insyaallah.ada lebih kurang 5 majlis yang saya akan update siap dengan review persiapan dan semua-semua yang berkaitan..insyaallah.. tapi mesti hangpa semua terkejut kalau tau bila masa saya tunang dan nikah.. hehe...tungguuuuuu!




terima kasih,
baibai.





satay house kulim

Assalamualaikum.


kebelakangan ni kalau pi makan dekat mana-mana mesti rasa nak share dekat blog.mana tau kot hangpa boleh pi cuba jugak kan? so kali ni saya nak share pasal satay house kulim.


sebenarnya saya selalu dilanda sindrom tak suka makan dekat kedai.saya lagi suka beli dan bawak balik makan dekat rumah.sekali sekala ja la kalau makan dekat kedai pun.macam baru-baru ni, saya pi makan satay yang baru ja beroperasi.baru tak baru tak tau la kan, tapi tak pernah nampak pun sebelum ni? saja nak share sebab satay dia sedap tapi tak ramai orang pun pi makan.mungkin masih baru dan restoran pun bukan dekat dalam area tumpuan ramai.


nama restoran dia satay house kulim.lokasi dekat sebelah caltex sungai seluang.dekat dengan kampung siam.sebelah caltex tu ada deretan rumah kedai kan? dekat situ lah.kalau nak paham lagi, depan caltex ni di seberang jalan ada petronas.tak jauh dari kilang oral B dan jalan tu boleh terus pi hi-tech.pandai-pandai lah hangpa cari kan? nombor telifon dah ada dekat signboard dalam gambar ni, salin lekaih.. kalau cari tak jumpa boleh call depa terus.rasanya depa ambil tempahan banyak-banyak jugak ni.waktu tengah makan tu ada lah 2,3 orang datang ambil satay banyak-banyak.try call nombor tu ok?


partner saya suka makan satay, saya pulak tak suka satay sebab kalau beli selalu dapat yang jenis kering, kecik, tak ada isi(lemak ja banyak) atau pun ada bahan-bahan yang macam tak hancur tu.. macam serai ke hapa tak tau lah.bila makan rasa terlekat dekat tekak dengan celah gigi haha.so kali ni lebih pada nak teman my partner dan dan try saja.kalau tak salah kami cuma order satay daging 10 cucuk dengan satay ayam 5 cucuk.air sirap dengan limau tak ada dalam gambar hehe.


pertama kali gigit SEDAPPNYAAA! isi banyak, gemuk-gemuk dan semuanya isi, tak jumpa pulak lemak.satay lain depa akan selang seli bubuh isi dengan lemak kan? yang ni jumpa isi ja.lepas tu dia macam basah-basah, minyak-minyak dan tak kering.kuah kacang dia pun sedap.waktu entry ni dipublish, dah 2,3 kali jugak dah beli satay ni. tapi saya dok cerita sedap ni dari citarasa sendiri lah.saya 'susah' sikit bab makan, selalu tak kena dengan selera saya, so kalau saya rasa sedap tu macam ajaib lah haha.harga dia satu cucuk 7 kupang(0.70 sen).lupa pulak samada harga sama untuk daging dan ayam atau berbeza.sesetengah orang kata mahai la kot 7 kupang tu? tapi saya rasa ok ja sebab satay dia gemuk dengan isi haha.ok, tu ja la nak share.sila pi try hokeh?




terima kasih.















a day with me

Assalamualaikum.


3.1.16.
Celik mata sebab terasa hangat, owh rupanya dah pagi.matahari baik punya dok suluh masuk ke dalam bilik.sebelah tangan dah pegang remote ekon, tak sempat nak on ekon dan sambung tidoq terbongkang, cepat-cepat tersedar diri yang sepatutnya pagi ni saya dengan si dia nak bawak mak dengan kakna pi rumah mak ngah.ada dua pilihan ni, nak on ekon kang satgi haku tidoq sampai terlajak laris, atau nak bangun ja? last-last paksa diri untuk bangun walaupun mata ni mengantok toksah cakap la.tengok jam dan-dan terkejut berok sebab dah terlajak tidoq sebenaqnya! bahahaha.nak pi pagi konon? 

keluaq bilik tengok mak dengan kakna sempoi punya dok melepak tengok tv sambil tunggu cik puan tidoq terlajak ni bangun wakaka.cepat-cepat cakap "sorry terlajak tidoq" sambil buat muka toya tapi comel padahai tak comel pun sebab baru bangun tidoq.lepas tu cepat-cepat pi mandi dan bersiap.sambil bersiap sambil sumbat mulut dengan nasi goreng sebab takut kelaparan dan gastrik menyerang tapi makan tak habis jugak sebab tak ada selera.dah bersiap semua kami bertolak la pi rumah mak ngah dekat serdang untuk satu urusan.

setel semua urusan waktu balik singgah ambil aina(anak menakan) balik sekolah.sampai rumah tiba-tiba si dia perasan handphone dia tak ada.cuba call rupanya handphone dia tertinggal di rumah mak ngah.ok cantek! nak kena pi ambil balik.jarak perjalanan dalam 1/2 jam ke sejam macam tu.rasa nak marah ka nak teriak ni? bhahaha.sementara tunggu aina dengan depa bersiap untuk balik kampung mak pulak, saya dan si dia pi semula rumah mak ngah ambil handphone yang tertinggal.on the way pi tu tiba-tiba ada tanda-tanda migrain nak menyerang.tak henti-henti berdoa minta Allah hilangkan atau kurangkan sakit migrain ni sebab tak bawak ubat.waktu on the way balik sakit dah terasa tapi berkat berdoa kot, alhamdulilah sakitnya boleh tolerate, tak teruk macam kebiasaannya.ok,dah balik semula ke rumah depa semua pun dah siap dan kami bertolak balik ke kampung mak di kuala ketil.on the way pi singgah beli makanan untuk bawak balik sana.


sampai kampung terkam rumah mak menakan makan laksa.hantu laksa mana boleh tolak makanan favourite(padahai haku dak kebuloq kot tak makan sejak tadi) lepas tu sempat tengok kakna ajar mak menakan buat mee.tak boleh jadi ni, dah start mengantuk tengok depa dok mesin mee.cepat-cepat lari keluar cari benda nak tangkap gambar.niat di hati nak tangkap gambaq pokok buah-buahan sebab bila sebut kampung mesti teringat dusun buah dan sewaktu dengannya..ceh! tapi sekarang bukan musim.jadi untuk menghilangkan rasa mengantuk, mari lah tangkap gambaq dengan apa-apa saja yang kita jumpa wakaka.

gambaq di atas ni saya dengan bunga raya jepun.berkenan kaler dia sebab lawa.ikutkan hati nak cabut selit kat tepi kepala, tapi mak menakan ku cabut kepala ni baru ku ada akai kahkah.


ni orang kedah panggey pokok daun karapoley a.k.a daun kari kepala ikan.hat muda-muda tu sedap ambik buat ulam dengan sambal belacan.dulu memang saya suka la makan nasi dengan ulam daun karapoley ni tapi la ni dak dah sejak kejadian terjumpa binatang dekat ulam karapoley kegemarankuh..good bye karapoley!


bunga kertas tapi bukan dibuat dari kertas ponnnn.... ihiks! HANG INGAT HANG LAWAK? PANG!!!!


ndoi(buaian) yang pak menakan pasang.nampak sangat saya berlakon kan? hewhew.


cantek punya posing konon belakang tu background pokok palaih(palas), lepas tu mak menakan bagitau tu pokok kuang..KUANG KUANG KUANG T____________T

p/s: yang saya pegang dengan yang di sebelah kanan tu betul dah pokok palas, yang di sebelah kiri dan belakang ja yang pokok kuang.


ada dua makluk takmau dikenali dalam gambaq ni.. haha.tengok pokok ni macam sama kan? tapi belah kiri daun kuang, belah kanan daun palas yang orang buat ketupat pulut tu.tumbuh sebelah-sebelah mau haku tak konpius fenin lalat.beza dia daun kuang hujung daun dia kuncup atau boleh kata mengecil kot? tak tau nak sebut apa haha.daun palas pulak hujung daun terbuka dan lebar.try usha betoi-betoi.ambik daun palaih ni nak buat ketupat.sedap wey makan ketupat di luaq musim raya.. omnomnom.


gambaq last nak tunjuk aqil(anak menakan).dia jakun kali pertama jumpa teghebey(lastik).tinggai kot kampung jugak tapi lastik pun tak kenai.kesian... haha.habeh ayam, bewak semua dia nak lastik.benda tu ligan hang satgi laghi tak cukup tanah kot... wakaka.


minta maap lah sebab bagi hangpa baca aktiviti yang macam tak ada apa-apa ni.sebenaqnya rasa nak update something tapi tak sempat sangat nak update hat lain, so boh ja la cerita simple camni pun.terima kasih sebab menghabiskan masa hangpa yang berharga untuk baca entry ni..heehee.


baibai.