product review: SOAPABABY 24K GOLD BAR

Assalamualaikum.


Memandangkan ramai je yang dok tanya "cik zoey, flawless sungguh kulit awak, share la skincare apa awak guna?".ok, takyah caya, ayat rekaan je pun kahkah.

flawless ke tak flawless ke tu belakang cerita, tapi kita sebagai seorang pompuan kena la jaga kulit betul-betul.baru lah nampak awet muda dan disayangi suami muehehe.sebab tu kena la cari produk yang berkesan sebagai anti penuaan.takpe, boleh guna sabun SOAPABABY 24K GOLD BAR untuk kecantikan kulit muka dan badan.bukan sebagai anti penuaan ja, tapi juga melembabkan kulit sebab sekarang kan cuaca panas, tiba-tiba ja kulit boleh jadi kering dan menggelupas.takpe, takpe, pakai je sabun ni.meh nak review sikit..


produk:
SOAPABABY 24K GOLD BAR
*sebutan SOAPEBABY(PE for Perak)

saiz:
110g

harga:
RM190/pcs

cara/tempat beli:-
whatsapp: 016-4849116
email: soapababy@gmail.com
fb: facebook.com/soapababy


ini lah dia SOAPABABY 24K GOLD BAR.sabun ni 100% homemade tau! dibuat dalam kuantiti atau jumlah yang sedikit je setiap hari.of course lah untuk menjaga kualiti kan? saya memang berkenan dengan produk homemade sebab natural.


pics from google.
ada banyak bahan berkualiti yang terkandung dalam sabun SOAPABABY 24K GOLD BAR.tapi empat bahan utama yang paling hebat ialah 24K gold(gold betul tau!), bird nest, korean red ginseng dan sandal wood essential oil.sabun ni tak kedekut sebab bahan-bahan terbaik ni dimasukkan dalam kuantiti yang sangat banyak.70X real 24K gold leaf, 20X bird's nest dan 8X korea red ginseng.banyakk tuuuu!


kat bawah ni saya share sikit lah antara kebaikan 4 bahan utama ini untuk kulit.

GOLD:
  1.  mengurangkan kedut, garis halus dan bintik.
  2. merangsang sel kulit supaya sihat.
  3. menghalang penuaan awal kulit.
  4. boleh mencerahkan kompleksi kulit.
  5. melambatkan pengurangan collagen.
  6. merawat kerosakan kulit akibat sinar matahari.
  7. merawat alergi kulit dan jerawat.
  8. merawat keradangan kulit.
  9. meningkatkan keanjalan kulit.
  10. kulit nampak glowing.
BIRD NEST:
  1. bahan yang sukar dicari dan mahal harganya.
  2. meremajakan sel epidermis kulit.
  3. memperbaiki keanjalan dan kompleksi kulit.
  4. kulit nampak berseri dan muda.
  5. kulit lembab dan lembut.
  6. membantu mengurangkan kedut.
KOREN RED GINSENG:
  1. anti penuaan.
  2. memperbaiki kompleksi kulit.
  3. menyergarkan kulit.
  4. merawat penyakit kulit.
  5. merawat dark circle.
SANDAL WOOD ESSENTIAL OIL:
  1. anti septik.
  2. melegakan keradangan dan iritasi kulit.
  3. melegakan kulit.
  4. menyembuhkan infeksi atau jangkitan.
  5. memberikan rasa sejuk dan segar.

pertama kali guna produk yang ada full kandungan gold macam ni.teruja mak noks! gold memang terkenal sebagai bahan dalam produk kecantikan.yang paling popular dah tentulah masker gold kan? tapi lagi senang kalau guna sabun SOAPABABY 24K GOLD BAR, sebab guna waktu mencuci je.jimat masa, jimat tenaga, jimat segalanya ihiks..!


right is pics from google.
perbezaan kandungan gold di dalam sabun SOAPABABY 24K GOLD BAR berbanding produk jenama lain.kalau jenama lain mengandungi 1X ke 3X kandungan gold, tetapi SOAPABABY 24K GOLD BAR pulak mengandungi sehingga 70X real gold! punya lah banyak.boleh nampak kat dalam gambar kan? SOAPABABY memang full dengan kandungan gold.


saya nak bagitahu cara guna pulak.untuk hasil yang lebih cepat dan berkesan, cuci lah lapisan demi lapisan atau 1 hingga 3 kali cucian untuk dua kali sehari.jangan risau untuk guna banyak layer sebab sabun ni besar dan tebal.memang tahan lama dan kalau untuk muka boleh guna lebih kurang 160X ke 180X cucian, untuk badan pulak lebih kurang 50X ke 60X cucian.

CARANYA:
  1. basahkan SOAPABABY 24K GOLD BAR dan buihkan di tangan.
  2. guna buih untuk sapu/cuci di kulit muka dan badan.gosok lembut.
  3. bilas dengan air bersih.
  4. ulang semula step nombor satu sampai nombor 3 untuk dua atau tiga kali.

selepas tu kita akan nampak moisture lock atau titisan air ni di kulit.ini tandanya kulit dah dilapisi dengan lapisan pelembab yang menakjubkan! cewaahh.. kena cuba sendiri la baru tau.


nampak tak kesannya? bayangkan kalau kita amalkan setiap hari? sebelum guna SOAPABABY 24K GOLD BAR kulit saya kering dan kasar.memang kulit tangan dan badan saya jenis yang kering dan kasar.sebab tu nampak gelap.selepas guna pulak kulit saya terasa dan nampak lembut, lembab dan cerah sikit dari sebelumnya.saya dah cerita, dah tunjuk perbezaan sebelum dan selepas guna, rugi kalau anda takmau try hewhew.


FUNGSI DAN KEUNIKAN SOAPABABY 24K GOLD BAR:
  • anti penuaan.
  • menenangkan/melegakan kulit.
  • memutihkan.
  • mencerahkan tompok hitam
  • mengawal minyak.
  • merawat parut.
  • melembabkan
  • mengandungi 70X kandungan real 24K gold leaf lebih banyak dari produk lain.
  • mengandungi 20X bird's nest dan 8X korea red ginseng, juga lebih banyak.
  • moisture lock(titisan air) sebagai tanda kulit dilapisi lapisan pelembab.
  • 100% homemade!
  • boleh digunakan di muka dan badan.
  • berbaloi! dengan hanya RM190/pcs boleh dapat sabun yang besar, tebal, tahan lama, mengandungi real gold yang banyak(70X) dan kandungan bahan terbaik.berbanding produk kecantikan gold lain yang mana hanya mengandungi sedikit gold(1X ke 3X) dan harganya RM50 ke atas.
PENGALAMAN SAYA GUNA:
  • buih banyak.ada masa buihnya berkrim, ada masa buihnya macam biasa tapi memang banyak.
  • bau mild(tak kuat) tapi tahan lama.kalau saya mandi dan buat 3 kali layer atau 3 kali cucian pada waktu awal malam(lebih kurang pukul 8 macam tu), dah tidur sampai ke esok siang pun masih ada bau sabun tu lagi.paling best sebab bau macam produk baby.sangat menenangkan.
  • kulit jadi lembab, lembut dan boleh nampak cerah sikit dari sebelumnya.kalau sebelum tu tengok kulit sendiri pun nampak kering dan kasar(rujuk gambar sebelum dan selepas guna), belum sentuh lagi, memang terasa lah kering dan kasar tu.selepas guna sabun ni ada perbezaan la kiranya.
  • 100% homemade.selalunya produk homemade ni natural dan dibuat dengan berhati-hati.that's why la saya memang tertarik nak guna produk yang homemade.
  • berbaloi.sesetengah orang mungkin rasa RM190 tu mahal, tapi bagi saya sangat berbaloi sebab 110g tu besar dan tebal.tahan lama tau.boleh guna lelaki dan perempuan, boleh guna untuk muka dan badan, dan yang paling penting ada banyak kandungan real gold 24K.itu gold betul tau.bahan lain pun bagus untuk kulit dan mahal.contohnya seperti bird nest.ingat murah ke noks? mahai wey! chinese people berebut nak pakai produk yang ada bird nest, sebab depa tau kebaikannya untuk kulit.sebab tu kulit depa lawa.
  • saya puas hati dengan sabun ni.kena amalkan betul-betul lah untuk anti penuaan sebab umur saya dah lebih dari 25 tahun, kena cegah tua, esok nanti bila umur 40 tahun pun nampak muda macam umur 20an kan? haha.jom amalkan sama-sama ok?

disclamer: semua review adalah hasil dari penggunaan saya sendiri.hasilnya mungkin berbeza untuk setiap orang.thanks.



terima kasih.
baibai.



product review: mary kay into the garden spring collection 2016

Assalamulaikum.


Saya sebagai jurusolek kalau bab review produk mekap atau kecantikan haruslah bersemangat waja! lagi-lagi kalau produk tu memang bagus dan cantik.macam produk terbaru dari mary kay into the garden spring collection 2016.serius produk ni best wey! ada 3 produk yang saya dah guna dan nak review.mai baca mai..


PRODUK PERTAMA

produk:
limited edition mary kay into the garden color compact

harga:
RM115.

untuk maklumat lanjut sila hubungi beauty consultant:
03-77117500

untuk membeli sila ke laman web:
 http://www.marykay.com.my

produk ini hasil kolobrasi mary kay bersama pereka brazil; Patricia Bonaldi.teruja tau sebab bukan produk je yang cantik, packaging pun cantik juga.kotak dan palette kedua-duanya bertemakan bunga-bungaan sesuai dengan koleksi sempena musim bunga.saya memang suka dengan packaging yang nampak lawa ni, takde lah koleksi mekap saya nampak membosankan je hihi.


kotak mary kay into the garden color compact.


makeup palette mary kay into the garden color compact.


dalam makeup palette ni ada 4 warna eyeshadow, 3 warna lip gloss dan dual-ended applicator.


colour swatches untuk eyeshadow.

bermula dari atas:-
plum brown: warna coklat gelap dengan tone dark grey.
violet: warna seakan-akan metallic purple.
natural taupe: warna light grey dengan tone seakan-akan purple levender.
pink: warna pink yang sangat cerah.

eyeshadow ni memang terbaik sebab warna terang dan melekat di kulit, jadi tak payah sapu banyak kali.guna sikit saja dah nampak menyerlah.pilihan warna cerah ke gelap memudahkan kita untuk mekap dengan pelbagai teknik dan untuk apa-apa saja acara.nak buat mekap soft boleh, mekap vogue pun boleh.kiranya tak rugi la kalau beli.tekstur eyeshadow pula tak berdebu(which is good) dan nampak berkilat.cantik bila kena cahaya.


colour swatches untuk lip gloss.

bermula dari atas:
pink: warna pink dengan tone ungu lembut atau senang cakap pink purple atau mauve pink.
coral: warna merah samar ke ligh pink.
nude: jernih tapi dengan tone soft orange.

lip gloss ni pun my favourite sebab bukan jenis gloss yang terlalu cair tu, sebaliknya gloss yang ini agak pekat dan tahan lama di bibir.bibir akan jadi lembut, lembab dan tak rasa rimas pun.kadang-kadang kalau nak keluar dan tak pakai mekap, saya cuma sapu lip gloss ni di bibir.nampak berseri sikit.walaupun nampak macam jernih, tapi selepas apply warnanya akan menyerlah.warna pink tu warnanya lebih pekat berbanding yang lain.nampak soft je.warna coral tu warna yang sedang-sedang.pekat pun ya, jernih pun ya.yang ni kita akan nampak fresh dan berseri.warna nude pulak lebih jernih tapi masih boleh nampak warna soft orange tu.yang ni nampak fresh dan muda.yang penting sekali ketiga-tiga warna lip gloss ni ada partikel bersinar macam glitter.lawa tau sebab bibir nampak glowing dan basah.


1 mekap mata dengan 3 warna lip gloss berbeza.eyeshadow dan lip gloss dari mary kay into the garden color compact. saya ada buat tutorial mekap ni di youtube.tapi dalam video tu saya hentam je namakan sendiri warna-warna eyeshadow dan lip gloss tu berdasarkan warna yang saya nampak hihi.



PRODUK KEDUA

produk:
limited edition mary kay into the garden nail laquer

harga:
RM30.

untuk maklumat lanjut sila hubungi beauty consultant:
03-77117500

untuk membeli sila ke laman web:
 http://www.marykay.com.my

sama juga, kotak nail laquer pun bertemakan bunga-bungaan ;)


nail laquer ada 3 warna.

nail laquer ni dari jenis yang 'cream and milky finish'.warna plain tanpa glitter atau shimmer.
hasilnya akan nampak licin dan berkilat(nampak macam basah-basah sikit).warna pekat, senang apply dan tak perlu tunggu lama sangat untuk kering di kuku.


yang ini kod warna coral blossom.


yang ini kod warna sweet lilac.


yang ini kod warna pink magnolia.


dekat bawah ni gambar saya pakai nail laquer.sorry tau saya tak reti pakai pun, kuku tak licin, so nampak comot sikit hihi.yang penting nak tunjuk warna tu.lawa!
.
.
warna coral blossom.
sekali tengok macam warna orange atau peach pun ada kan? warna terang dan cantik sangat.


warna sweet lilac.
yang ni my favourite colour! tak tau la kenapa suka sangat warna ni.warna nak ungu-ungu ke biru muda sikit.warna yang mengelirukan tapi lawa! haha.


warna pink magnolia.
sekali tengok macam warna cream, tapi sebenarnya warna ni ada tone pink yang sangat light.
milky sangat efeknya.cantik tau.


PRODUK KETIGA

produk:
limited edition mary kay into the garden pedicure set 

harga:
RM75.

untuk maklumat lanjut sila hubungi beauty consultant:
03-77117500

untuk membeli sila ke laman web:
 http://www.marykay.com.my

tiada alasan lagi untuk mengabaikan penjagaan kaki.kite buat sendiri je kat rumah.. hihi.mary kay pedicure set ni dapat bag, foot fizzies, foot scrub, toe separator dan nail file.toe separator tu biasa lah, untuk menjarakkan jari dan kuku kita sewaktu rawatan atau ketika memakai nail lequer.nail file pulak untuk membentuk dan melicinkan kuku.


foot fizzies.
ada 10 pcs dalam satu bekas ni.guna 1 pcs je setiap kali nak rendam kaki.letak la air suam dalam bekas dan letak 1 pcs foot fizzies.dia akan larut dalam air lepas tu rendam lah kaki untuk beberapa ketika.15 ke 30 minit ke kan.best tau rendam kaki guna foot fizzies ni.bau tersangat lah wangi.lepas tu kaki akan jadi relaks.. macam baru lepas buat rawatan kat spa! haha.


foot scrub.
guna lah foot scrub dan gosok-gosok dekat kaki untuk keluarkan daki, kotoran dan sel kulit mati.foot scrub ni wangi sangat.kulit kaki bukan je jadi bersih, tapi juga wangi dan selesa.tak nampak dah kulit kering dan kasar di kaki tu.


so far saya suka guna produk-produk mary kay sebab berkualiti dan berkesan.sampai ke hari ni saya guna tau.awak kat luar sana pun kena cuba sendiri dan tengok hasilnya macam mana.selamat mencuba!


terima kasih.

tutorial: spring eyes and lips makeup ft mary kay

Assalamualaikum.


Kali ni saya tunjuk secara ringkas mekap mata dan bibir yang soft, sweet dan simple menggunakan mary kay into the garden color compact dari mary kay spring collection 2016.


antara produk dari mary kay spring collection 2016 ialah color compact(makeup pallete), 3 warna color nail dan pedicure set.tapi dalam tutorial ni saya tunjuk mekap guna mary kay into the garden color compact.


untuk maklumat lanjut sila hubungi beauty consultant: 03-77117500
untuk membeli sila ke laman web: http://www.marykay.com.my



video tutorial.
pilih HD supaya lebih clear.


p/s: dalam video ni saya hentam letak nama eyeshadow dan lip gloss tu berdasarkan warna dan tekstur yang saya nampak seakan-akan sama sahaja hehe.

UPDATE!
eyeshadow:
no.1 warna natural taupe.
no.2 warna pink.
no3 warna violet.
no.4 warna plum brown.

lip gloss:
no.1 warna nude.
no.2 warna pink.
no.3 warna coral.


di bawah ni saya tunjuk mekap mata yang sama tapi dengan 3 warna lip gloss berbeza dari mary kay into the garden color compact.
.
.
dengan lip gloss warna pertama.


dengan lip gloss warna kedua.


dengan lip gloss warna ketiga.



mekap mata yang sesuai untuk semua acara termasuk mekap harian dan untuk jalan-jalan.mekap ni soft dan tak nampak over.gambar ni saya belum pakai apa-apa warna lipstick..ihiks.


more pics..!
.
.
warna lip gloss pertama


warna lip gloss kedua.


warna lip gloss ketiga.


mekap mata yang sama ;)


selamat mencuba dan jangan lupa dapatkan mary kay into the garden color compact.


untuk maklumat lanjut sila hubungi beauty consultant: 03-77117500
untuk membeli sila ke laman web: http://www.marykay.com.my
like facebook page: http://www.facebook.com/marykay.com.my



terima kasih.

SOAPABABY 24K GOLD BAR Review(Video)

Assalamualaikum.


Sekarang ni gold memang popular sebagai bahan dalam produk kecantikan kan? bukan saja-saja pengeluar letak  gold tau! memang ada fungsi dan banyak kebaikan gold untuk kecantikan kulit.apa lagi, saya pun tak terkecuali lah nak cuba jugak produk yang ada gold ni.tapi produk yang saya guna lagi special dan berbaloi berbanding produk jenama lain.apa yang specialnya? apa fungsinya? apa kebaikan gold dan bahan-bahan lain di dalam produk ni? cewaaahhh! kalau nak tau kena lah tengok video saya review produk ni.video ada kat bawah ni ;)





pilih lah HD supaya video lebih clear.



untuk membeli atau maklumat lanjut berkenaan SOAPABABY 24K GOLD BAR:-
whatsapp: 016-4849116
email: soapababy@gmail.com
fb: facebook.com/soapababy




nanti saya akan review dekat blog pulak.



terima kasih.
baibai.

shopping di brand outlet

Assalamualaikum.


Sekarang ni saya perasan yang saya dah jarang beli baju macam dulu-dulu.lepas tu asyik ulang pakai baju dan tudung yang sama ja.kalau dulu mau haku malu kerap sangat ulang pakai baju dan tudung yang sama.bukan apa, satgi orang kata tak basuh pulak dok ulang tayang ja kan.tapi la ni ilek-ilek ja saya dok pakai benda yang sama.ilek arr brader gua malaih pikiaq nak pakai baju apa, hentam ja lah apa yang ada depan mata.. dah tuaaaa... memang camni kot(ceh! ada kaitan ka?).



so.. pada satu hari tu husband dapat bonoih, dia belanja la kami(saya) beli baju baru..YAHOOO! nafkah katanya.. Kahkah perli i ler tu.nah hambik! sampai dua bag kami shopping tapi satu bag yang dia punya barang lah.mentang-mentang laki kata nafkah, hang nak pi balon shopping sampai dua bag pulak noooh? over la bini lagu tu haha.


eh lupa nak habaq, kami shopping kat brand outlet ja pun.kami rakyat marhaen tak mampu nak shopping kat tempat mahai kahkah.shopping kat sini sebab suka jenis kain yang dia guna untuk baju dan seluaq.satu lagi sebab kedai dia dekat tingkat bawah dan dekat dengan pintu masuk.sejak tak sihat ni tak larat dah nak masuk ronda kot dalam mall.lepas tu kat sini selalu ada buat buy 1 free 1.secara logiknya harga satu tu pun dah memang macam harga untuk dua(walaupun dia kata free satu).

tak logiknya pulak sebab budak macam kami berdua ni memang selalu tertipu dan terkinja-kinja dengan buy 1 free 1 walaupun dah tau benda tu hanya lah satu taktik nak bagi kita shopping dengan ghairahnya.. ciss! awat haku tertipu dengan taktik pekedai ni? 

p/s: pung pang pung pang dok cerita pasal brand outlet, tapi gambaq tengah shopping kat dalam tu tak ada pun -.-'


sebab letih dan pening kat dalam brand outlet tu, pi la belanjakan diri dekat baskin robbin.


cotton candy dengan coklat apa entah.dah lupa pun.satu lagi ice blended coklat.haih tak tau lah ice blended kat blast ka apa benda nama dia.mana la i tau.i tau makan ja lepas tu upload gambaq kat ig dan bajet urban blablabla..bahahaha.


ini sebelum kejadian pening.teruih cabut lens dan pakai speck besaq gedabak macam gambaq ataih tadi..fuhhh! Lega...



beli dalam jumlah tertentu dapat bag kaler gold ni.time raya cina hari tu pi beli seluaq husband lagi, bag kaler merah pulak tapi time tu tak beli dalam jumlah yang banyak, so tak dapat lah bag merah ang-ang mainyaak ong woooo.. tapi gold pun ada ong gak, ong kat kedai tu lah sebab berjaya mengaburi mata kami sampai shopping kaw-naw punya.. miahaha.



hasil kami shopping hari tu.yang saya dua helai kemeja, dua helai seluaq slack, dua pasang kasut.untuk husband pulak dia beli dua pasang kemeja, dua helai seluaq slack, dan satu neck tie.semua dua sebab buy 1 free 1 kecuali neck tie.


habeh dah, sila bersurai.. tak dak motip sangat kheennn entry kali ni kihkih.
terima kasih.
baibai.