quick and easy & high coverage makeup tutorial ft LUNA Cosmetics + product review.

Assalamualaikum.


Tuto mekap kembali! kali ni untung sikit sebab saya buat dua tuto dalam satu video.tuto pertama quick and easy makeup, dan tuto kedua high coverage makeup.kedua-dua jenis mekap menggunakan produk dan mekap asas dari LUNA Cosmetics.jangan lupa tengok video dan baca entry ini sampai habis sebab di bawah saya akan review dan letak gambar sebelum dan selepas apply produk LUNA Cosmetics sekali dengan maklumat dan tempat beli.pembaca blog saya akan dapat diskaun 50% tau!


TUTO MEKAP
mekap yang pertama, quick and aeasy makeup sesuai sebagai mekap harian, ke office, ke kelas, jalan-jalan dan lain-lain.mekap kedua pula, high coverage makeup sesuai untuk acara pentas, photoshoot, dinner, event dan lain-lain.


selamat menonton.jangan lupa pilih HD supaya lebih clear.
macam biasa, voice over ayat skema sikit ya ihiks..


kamera saya jenis HD dan agak 'kuat', jadi mekap mungkin nampak kurang glowing sedangkan kalau tengok real di luar produk LUNA Cosmetics memang membuatkan mekap dan kulit jadi glowing dan flawless sampaikan mak saya tegur muka saya nampak licin kilat(glowing) macam anak patung barbie haha.ini kisah benar tau, tak tipu.kalau nak tau kamera saya ni cela yang sikit-sikit pun akan nampak terang dan jelas sangat sedangkan di luar tak nampak sangat pun.habis muka dah tak nampak flawless tau..cehhh!  -.-"


di bawah ini hasil mekap yang pertama, quick and easy makeup.




di bawah ini hasil mekap yang kedua, high coverage makeup.




REVIEW

produk:
LUNA Cosmetics.

boleh dibeli di:
http://pulse.com.my/ (sila klik)
masukkan zoey coupon code dan dapat 50% diskaun!

harga:
saya ada tulis di setiap caption gambar di bawah.

facebook LUNA Cosmetics Malaysia:
LUNA Cosmetics Malaysia (sila klik)

instagram lunacosmetics malaysia:
lunacosmeticsmalaysia (sila klik)


LUNA Cosmetics adalah produk dari korea dan telah melepasi 21 jenis ujian dermatologi terutama produk muka dan produk untuk kawasan yang sensitif seperti mata dan bibir.jadi tak perlu risau untuk guna produk ni.


ada sebahagian produk yang didatangkan dalam bentuk set.

1. LUNA One Base Multi Sunbase & Primer:
satu kotak akan dapat LUNA Relief Yuzu Cleansing Foam(pencuci muka) dengan LUNA One Base Multi Sunbase &Primer SPF 43 PA+++(primer).

2.LUNA Wonder Essential B.B Founde Set:
satu kotak akan dapat LUNA Wonder Essential BB.Founde(foundation) dengan Glamorous Ending Vita Water Fixer(face spray).spray ni ada dijual secara berasingan juga dalam saiz 100ml.

3. LUNA Water Essence Founpact: 
yang ni bukan set tapi satu kotak akan dapat dua pcs, satu LUNA Water Essence Founpact PSF 35++(foundation+compact) dalam satu bekas asal dengan satu lagi yang refill punya.


LUNA Relief Yuzu Cleansing Foam50gm.
RM84.70 set sekali primer.
link produk: klik di sini

fungsi:
  • yuzu citrus vita complex melembab dan menyuburkan kulit, menyerlahkan kulit yang jelas dan licin.
  • sebatian berasaskan tumbuhan menghasilkan buih yang gebu bersama buih microfine yang dapat menanggalkan kotoran dan minyak secara lembut tetapi mendalam.
  • haruman tangy citrus dapat menenangkan dan mencergaskan minda.
cara guna:
  • basahkan muka dan tangan.
  • picit di tapak tangan dan buihkan.
  • gosok di seluruh muka dalam gerakan mengurut.
  • cuci bersih menggunakan air suam.

hasil penggunaan saya:

  • buih berkrim dan banyak.
  • mudah dibilas, kulit terasa bersih dan tak melekit.
  • kulit selesa.saya cuba cuci dan tak pakai apa-apa krim selepas tu.kulit terasa lembut, tak kering, tak tegang dan tak berminyak.
  • dapat bersihkan kulit dengan berkesan walaupun saya guna mekap yang tebal pada waktu tu.
  • bau wangi ;)

LUNA Glamorous Ending Vita Water Fixer 50ml.
RM105.90 set sekali bb founde.
link produk: klik di sini
RM63.50 untuk 100ml dijual secara individu
link produk: klik di sini

fungsi:

  • boleh digunakan sebelum dan selepas mekap atau bila-bila masa kulit terasa kering.
  • hydrating fixer ini akan memberi kesan dan lapisan kelembapan yang ringan dan lembut seterusnya mekap akan nampak fresh sepanjang hari.
  • mengekalkan kulit yang lembab dan subur.
  • kompleksi kulit akan menjadi licin dan cantik.
cara guna:
  • sembur 3-4 kali ke muka dari jarak 20cm.
  • tutup mata ketika sembur produk ke muka.

hasil penggunaan saya:

  • ini salah satu produk LUNA yang paling saya suka.kesannya akan nampak serta merta dekat kulit.
  • kulit lembab dan fresh.
  • lepas spray terus kulit jadi glowing berbanding sebelumnya.
  • kalau tengok testur produk ada campur air+minyak tapi bila spray kulit tak berminyak sebaliknya jadi lembab dan lembut.
  • hasilnya akan jadi lebih baik dan kulit/mekap nampak cantik kalau spray sebelum dan selepas mekap.
  • bau wangi dan tahan lama di kulit.
  • terasa ringan dan tak melekit.

LUNA One Base Multi Sunbase & Primer 45ml.
RM84.70 set sekali pencuci muka.
link produk: klik di sini

fungsi:

  • mempunyai SPF 43 PA+++ untuk melindungi kulit dari bahaya sinar uv.
  • all-in-one dan mudah.sunscreen, makeup base, moiture gel, dan primer di dalam satu produk.
  • tiga fungsi; sebagai pelindung matahari, mencerahkan, anti kedutan.
  • rona apricot bersama partikel shimmer yang halus, menyamaratakan tona kulit dengan serta merta.
  • hydrating formula melicinkan tekstur kulit dan menenangkan white flakes.
  • titisan lembapan yang muncul ketika sapuan meningkatkan dan merawat kulit yang 'dahaga'.
  • serum jenis gel ini memberi kadar lembapan sebanyak pelembab jenis serum/gel/krim yang normal.
  • mempunyai kesan cooling yang menyejukkan kulit dan tumbuhan aktif yang menenangkan serta vitamin complex untuk melegakan iritasi kulit.
  • mencerahkan kulit dan memperbaiki kemunculan kedutan.
cara guna:
  • langkah terakhir dalam skin care routine.
  • sapu rata ke seluruh muka dengan gerakan lembut.

hasil penggunaan saya:

  • produk ni unik bagi saya.tekstur macam gel tapi bukan macam gel biasa, lebih ringan dari gel.. macam air! sangat ringan, nipis dan cepat menyerap ke kulit.
  • bila sapu kulit akan terasa sejuk dan fresh.sebab dia ada cooling effect.
  • wangi! bau wangi tapi lembut dan fresh.saya suka sangat dengan bau ni.
  • kulit akan nampak glowing serta merta.
  • kulit akan jadi lembab dan lembut.tak berminyak dan tak kering.
  • bila pakai primer ni lebih mudah nak apply mekap.saya akan sapu primer lebih sikit dekat kawasan parut dan kawasan yang kering, nanti foundation dan bedak jadi mudah melekat untuk cover area tu.tak ada lah bertompok atau nampak kelupas.
  • produk ni all-in-one dan memudahkan saya.semua ada dalam satu produk.tak payah pakai pelembab, pelindung uv dan primer secara berasingan.mekap atau tak mekap pun boleh ja pakai bila-bila masa.
  • kulit nampak licin dan sihat.

LUNA Water Essence Founpact 12.5gm+refill(dapat satu refill).
RM95.30
link produk: klik di sini

fungsi:

  • mempunyai SPF 35 PA++ untuk melindungi kulit dari sinar uv.
  • bertindak sebagai pelindung uv, pencerah dan melicinkan kedutan.
  • gabungan cover serum dan moisture serum.
  • mekap dan kulit akan nampak flawless, lembut dan licin.
  • mengandungi vitamin dan bahan mineral yang memberi lembapan dan nutrisi pada kulit ketika mekap.
  • menghasilkan lapisan lembapan yang licin untuk kesan kulit lembab yang menyimpan banyak kandungan air.
cara guna:
  • ambil produk dalam jumlah yang sesuai.
  • sapu rata ke kulit muka, pedap lembut ke kulit.

hasil penggunaan saya:

  • mudah dan cepat.pedap span yang disediakan ke produk, dan sapukan ke seluruh muka.tak perlu risau foundation comot dan tak perlu ambil masa yang lama untuk ratakan foundation sebab founpact ni sangat mudah digunakan dan hasilnya rata.
  • boleh sapu nipis-nipis untuk hasil yang natural atau guna lebih sikit untuk hasil lebih tebal.
  • span sangat lembut dan mudah nak ratakan founpact ke muka.saya dapat rasa span ni memang berbeza dari span biasa yang saya guna.lebih lembut dan senang nak ratakan apa-apa produk.sapuan mekap nampak smooth dan produk melekat cantik di kulit.
  • tesktur produk sangat lembut dan mudah rata.
  • kulit akan jadi lembab dan lembut.
  • mekap dan kulit akan nampak flawless dan glowing.
  • dapat cover cela di kulit muka.
  • bau wangi.
  • mengandungi pelembab dan essence.orang korea sangat suka amalkan pelembab dan essence dalam skin care mereka, sebab tu kulit mereka licin dan cantik.bila guna founpact ni, dapat la juga kesan pelembab dan essence tu di kulit.
  • untung beli founpact ni sebab dah dapat satu produk refill siap-siap.bila habis ja dalam bekas asal, boleh terus isi yang refill.tak payah beli asing.

LUNA Wonder Essential BB.Founde.
RM105.90 set sekali vita water fixer.
link produk: klik di sini

fungsi:

  • mempunyai SPF 35 PA++ untuk melindungi kulit dari sinar uv.
  • untuk kesan mekap yang natural dan flawless.
  • all-in-one BB cream sesuai untuk semua jenis kulit.
  • tiga fungsi; sebagai pelindung cahaya matahari, pencerah, melicinkan kedut.
  • menggabungkan BB cream yang memberi hasil natural dan foundation yang memberi hasil flawless, hasil mekap akan nampak cerah dan kompleksi jelas.
  • natural pigment memberi kesan yang lembut dan  meratakan warna kulit dari setiap sudut.
  • tekstur yang ringan dan hydrating formula seakan-akan lapisan kulit kedua yang menyerlahkan kecantikan kulit yang natural.
  • vitamin A, B,C,E dan pelbagai jenis mineral melembab dan menyuburkan kulit, membantu mengekalkan kulit yang licin dan mekap yang cantik.

hasil penggunaan saya:

  • hasil yang natural.
  • kulit nampak licin dan glowing.
  • senang diratakan ke kulit.
  • kulit jadi lembab dan lembut.
  • jenis pam, senang nak agak berapa banyak kita nak picit dan guna selain lebih hygiene.
  • bau yang mild dan tak busuk seperti kebanyakan foundation jenis cecair.
  • tesktur jenis cecair dan lembut di kulit.
  • mekap nampak gebu dan cantik.


sekarang saya dah tahu kenapa kulit orang korea licin dan glowing walaupun hanya dengan skin care atau mekap asas, tanpa shimmer atau higlighter.rupanya produk korea memang akan buat kulit nampak licin dan glowing.saya puas hati sangat guna LUNA Cosmetics.pertama kali cuba LUNA Cosmetics dulu, saya macam terkejut dan asyik cakap dekat kakak saya "bagus la produk ni, licin glowing kulit aku" haha.anda kena cuba sendiri ok?


disclaimer: review dari hasil penggunaan saya sendiri, hasilnya mungkin berbeza untuk setiap orang.



terima kasih.

review contact lens i fairy persian brown

Assalamualaikum.


Walaupun saya suka contact lens yang nampak terang dan over(miahaha!) tapi kadang-kadang nak jugak pakai lens yang natural tapi masih menyerlahkan mata ala-ala anak patung gituuuu.kalau anda pun nak pakai lens dari ciri-ciri yang sama, anda mesti kena try lens yang saya nak review kali ni.


produk:
contact lens i fairy persian.

warna:
brown.

warna lain yang available:
blue, grey, violet.

saiz:
16.2mm

harga:
RM35 free pos laju dan lens case,

material:
polymacon.

water content:
55%

base curved:
8.6mm.

diameter:
16.2mm.

power range:
0-850.

duration of wearing:
1 tahun
dicadangkan untuk guna maksimum selama 3 ke 6 bulan sahaja untuk kebersihan dan keselamatan.

cara order:
whatsapp 019-3070247(reply dalam masa 24 jam)
atau
email ke winkylens@gmail.com

maklumat lanjut:-

DISKAUN!
pembaca blog saya layak mendapat 10% diskaun bagi setiap pembelian minima RM50(termasuk postage) dan ke atas untuk kali pertama dan seterusnya dengan kod diskaun ZOEY01.
sah sehingga 31.1.2.16


packaging i fairy persian.beli lens dekat circle lens malaysia akan dapat free lens case.


saya pakai warna brown.


close-up lens.ada ring di sekeliling lens.ring hitam dan tebal macam ni akan membuatkan mata nampak besar dan bulat.corak lens agak simple tapi menyerlahkan mata.bulatan di tengah untuk anak mata tu  pula agak luas dan tak menganggu pandangan mata, jadi pandangan mata akan nampak clear dan tak blur.



selain warna brown, lens ni juga terdapat dalam warna blue, grey dan violet.


saya pakai lens i fairy persian brown dan ambil gambar guna sumber lighting yang berbeza.

gambar atas sekali:
sebelah mata tak pakai, dan sebelah lagi pakai i fairy persian brown.bahagian mata yang pakai tu nampak lebih besar.

flash:
lens nampak terang dan mata menyerlah.

studio lighting:
yang ni paling menyerlah.terang dan mata menonjol.cantik kalau pakai lens ni untuk photoshoot dalam studio.

outdoor/natural lighting:
nampak lebih natural tapi masih warna brown tetap menyerlah.



ni gambar saya guna i fairy persian brown.mata nampak cantik sangat.selesa pulak tu.


PENGALAMAN SAYA GUNA:
  • SELESA.tak sakit dan tak rasa ada benda kat dalam mata.
  • WARNA.nampak natural tapi dalam masa yang sama menyerlahkan mata.bila pakai tetap nampak lens walaupun dari jauh.dalam gambar pun nampak cantik.
  • CORAK.simple tapi menyerlahkan mata.
  • BIG EYES.saiz dan corak membuatkan mata nampak besar dan bulat.bila pakai nampak ala-ala anak patung ;)
  • BERPATUTAN.harga RM35 free postage, free lens case lepas tu tahan lama, so memang berbaloi.
  • PANDANGAN MATA NAMPAK JELAS.bulatan kat tengah lens tu besar, pandangan mata nampak clear dan tak blur.power pun ok.

DISCLAIMER: saya review dari pengalaman diri sendiri guna.hasilnya mungkin berbeza untuk setiap orang.



terima kasih.
babai.

zoeyzauyah vlog EP 2 | suprise birthday

Assalamualaikum.


vlog kedua dah upload dekat youtube saya http://www.youtube.com/zoeyzauyah sorry nah update lewat sikit.internet kat rumah ni very the slow la weh! haha.macam biasa, record guna handphone pinjam ja(handphone sendiri rosak).jom tengok!






thanks for watching ;)




terima kasih.
baibai.

Laksa tempurung

Assalamualaikum.


*Cerita ni yang 2,3 bulan lepas punya.baru nak update ;)


Punya la lama dok viral pasal laksa tempurung kulim, satu hari tu baru la terbukak hati nak pi try rasa.padahal rumah sekangkang kera ja dari kedai ni.. kihkih.bukan apa, waktu tengah hot dok viral tu punya la ramai orang sampai kena beratoq untuk beli.dah la laksa ni tak boleh beli bungkus(kena makan kat sana ja), memang tak la saya nak pi beratoq sekali.dah la saya jenis yang tak suka ramai-ramai orang.maka redha ja la bila ketinggalan sikit.bila customer pun macam dah tak payah beratoq sangat, baru husband ajak pi makan.



senyuman pahit sebab hangat time tu.dah la duduk kat tempat tak kena kipas, makan pulak laksa panas-panas.. mau tak berpeluh sakan.


saya order laksa tempurung.memang letak dalam bekas tempurung pun.saya tengok gambar orang dok viral tu ada udang besaq, saya beli tak dak pun? mungkin kena pilih yang special kot noh? kot laaa.. hehe.saya tambah telur terus jadi RM4(kalau tak salah).husband kata depa caj RM1 untuk sebiji teloq rebus.bagi dia mahai la, bagi kami pulak tak tau la nak kata mahai ka dak.haku tau makan ja hehe.


bagi saya sedap gak la laksa dia ni.kuah ok, laksa pun ok.tak pedas sangat.husband pulak tak berapa suka sebab laksa tu macam terlebih rebus katanya(tapi saya suka hihi).tapi sayangnya laksa ni tak boleh beli bungkus.harap-harap lepas ni boleh beli bungkus dah(saya malaih nak pi makan kat kedai).



husband tak suka laksa, so dia beli nasi lemak ni.tak ingat pulak berapa harga.katanya rasa nasi lemak dan lauk ni semua so-so ja kot? saya tak makan, so saya tak tau la hehe.


saya order ais kacang, husband pulak air limau.ais kacang ni tak berapa sedap la.naahhh...! berterus terang betoi haku T_________T bukan la tak sedap macam mana tapi macam ada sesuatu yang kureng.yang air limau tu tak ingat rasa dia macam mana.


ni la yang kami order hari tu.citarasa setiap orang berbeza, kalau kami rasa sedap, mungkin bagi orang lain tak sedap.kalau kami kata tak sedap, satgi orang rasa sedap pulak.so ada baiknya hangpa pi try sendiri.macam saya la, dok dengar orang bercerita ja, akhirnya pi rasa sendiri.now dah tau la rasa dia macam mana kan.. hehe.


lokasi laksa tempurung ni dekat simpang empat keladi, kulim.tak jauh dari giant kulim.hangpa try la pi tengok map dekat fb laksa tempurung kulim.



terima kasih.
baibai.










zoeyzauyah vlog EP 1 | pelamin ka pelangi?

Assalamualikum.


Akhirnya saya buat jugak vlog, yippiii! kalau nak tau, saya macam berbelah bagi nak buat ka tak.saya suka vlog tapi dalam masa yang sama saya rasa was-was jugak nak buat sebab realitinya saya jarang bercakap.kalau bercakap pulak suara macam gengster kampung dusun kahkah.belum kira life saya yang tak berapa menarik ni lagik.tapi why not saya buat untuk suka-suka kan? hangpa tengok jangan kecam naah.


vlog ni macam biasa lah, banyak benda spontan tapi hat spontan tu yang saya suka.dengan kamera bergoyang sana sini, sat pasal tu, tiba-tiba mai pasal lain pulak.. sabaq ja la wey.satu lagi, sekarang saya rakam vlog guna handphone ja.insyaallah ada rezeki saya nak beli kamera yang sesuai sikit.kamera saya sekarang ni besaq dan berat, susah nak bawak pi merata untuk record vlog.handphone pun rosak ni.tengah pinjam handphone husband ja pun..sobss..(tiba-tiba ada sesi aduan).sudah la, ada baiknya hangpa terus tengok vlog T__________T


first vlog ni record waktu saya keluar nak setel beli barang dekat area sini ja ;)








insyaallah next time buat lagi.



terima kasih,
baibai.

product review: contact lens bella eye glass ball warna grey dari circle lens malaysia

Assalamualaikum.


Kali ni saya terlebih exited nak review dengan hangpa semua pasal satu lens ni.agak teruja ye kawan-kawan sebab setelah sekian lama dok pakai lens, akhirnya ada lens saiz normal yang selesa dan nampak terang! terang tu maksudnya dok jauh sebatu boleh nampak warna lens ni kat dalam mata.ingat senang ka nak cari lens normal yang selesa dan terang? susah woooo! saya suggest sangat untuk sesiapa yang ada special occasion terutama wedding, untuk try lens ni.sebelum try, baca la review saya dulu.kot boleh membantu hangpa ka kan?



produk:
Bella eye glass ball contact lens.

warna:
grey.

saiz:
14.2mm(saiz normal)

jangkamasa pemakaian:
setahun(dinasihatkan untuk guna selama 3-6 bulan sahaja untuk kebersihan/kesihatan)

harga:
RM40(free pos laju dan bekas simpan lens)

material:
HEMA-NVP

water content:
38%

base curve:
8.6mm

diameter:
14.2mm

power:
0-800

warna yang available:
grey, dark grey, brown, yellow

cara order:
whatsapp 019-3070247(reply dalam masa 24 jam)
atau email winkylens@gmail.com

website:

facebook:

instagram:

DISKAUN UNTUK FOLLOWER SAYA !!!
masukkan kod diskaun ZOEY01 dan anda akan mendapat 10% diskaun bagi setiap pembelian bernilai RM50(termasuk postage)  dan ke atas untuk kali pertama dan seterusnya
(sah sehingga 31.1.2.16).



the packaging.comel kan? maybe sebab dia warna pink kot.. hehe. beli lens dekat circle lens malaysia akan dapat free lens case.


selalunya contact lens bella eye glass ball ni kena pre-order tau sebab stock dari luar negara(stock dari korea).kalau hangpa berminat nak pakai terutama untuk kahwin, sila order awal.lepas baca review ni sila lah berdesup pi order dekat nombor yang saya bagi tadi.kalau tidak melepas la oiiii..! lens ni serius lawa.rugi kalau terlepas.



contoh warna-warna bella eye glass ball.my favourite colour dah tentu lah yang grey/silver tu sebab lawa babe!


rupa bella eye glass ball.sorry nah, power rabun saya terpaksa diblurrkan hehe.sekarang power saya dah tinggi wuwuwu.. tapi untuk contact lens saya guna power rendah sikit dari power asal.


close-up design bella eye glass ball warna grey.ada ring warna grey gelap di sekeliling lens, tapi luar dari ring tu sebenarnya ada lens yang jernih.maknanya ring tu ke dalam sikit dari saiz lens sebenar.corak ring ni pun nipis dan bagi efek saiz mata yang normal.corak lens seakan garisan dan berwarna terang.sekali tengok nampak macam warna putih ja.tapi sebenarnya warna grey/silver yang cerah.bulatan dekat tengah lens untuk anak mata tu pulak luas dan pandangan mata clear, tak jadi kabur dek warna di sekeliling lens tu.


sebelah kiri tak pakai lens, sebelah kanan pakai lens.saiz dan corak normal, jadi tak ada efek mata besar ye.saiz mata nampak biasa jugak tapi bila dah pakai lens of course la mata lagi menyerlah dan cantik.tambah pulak warna lens ni terang.


saya pakai bella eye glass ball warna grey dan ambil gambar dengan suasana dan lighting yang berbeza.boleh tengok saya tulis kat setiap gambar.apa yang saya boleh cakap, dalam semua suasana dan lighting pun lens tetap nampak terang dan menyerlah.macam ni lah baru puas hati.saya suka lens jenis terang ni..hihi.


saya mekap simple ja dan pakai bella eye glass ball.cantik wooo lens ni.


close-up sikit.



gambar jauh sikit.nampak terang jugak kan? anak mata pun nampak menyerlah.

p/s: nak selit sikit, saya mekap guna smooth skin foundation dan pakai tudung instant shawl rose(senang muncung).dua produk ni dari fabulousiti beauty & closet. klik http://www.facebook.com/fabulousitibnc


PENGALAMAN SAYA GUNA:

  • SELESA. selalunya saya tak boleh pakai lens saiz normal.nanti mata sakit dan rasa macam ada benda dekat dalam mata.tapi lens ni sangat selesa.
  • PANDANGAN MATA JELAS.kalau saiz normal selalunya pandangan mata akan jadi blur.selalunya disebabkan bulatan di tengah untuk anak mata tu kecik je dan warna di sekeliling lens tutup sikit anak mata.tapi lens ni lain.bulatan tu macam luas dan pandangan mata nampak jelas.power dia pun ok.
  • TERANG.warna lens nampak terang dan memang jelas warna grey tu.cantik sangat terutama untuk ambil gambar(photoshoot).
  • MENYERLAH.corak dan warna lens membuatkan mata nampak menyerlah dan 'galak'.
  • BERPATUTAN.harga mampu milik dan dapat free lens case.saya selalu lupa beli lens case tau.waktu nak pakai lens baru, mula lah haku gelabah sebab lens case tak ada..haha.kalau beli dekat circle lens malaysia depa bagi free je.mudah keja saya hewhew.
  • TAHAN LAMA. berbaloi dengan harga.takde lah beli mahal tapi sekejap ja dah kena buang.lens ni boleh tahan satu tahun tapi dinasihatkan guna selama 3 ke 6 bulan sahaja untuk kebersihan dan kesihatan.macam saya sendiri kadang-kadang pakai sebulan dua terus buang dan beli yang baru.tapi dah kata harga mampu milik kan? tak la rasa rugi sangat haha.
  • CANTIK.lens ni cantik tak kira lah pakai dia dengan wajah tanpa mekap atau dengan mekap.mekap pulak kalau mekap simple pun nampak cantik, natural pun cantik, vogue pun cantik, tapi kalau buat mekap mata smokey lagi cantik! kalau tak caya sila la cuba.jangan tak tahu, contact lens yang menyerlah macam ni boleh mempengaruhi mekap supaya nampak lebih cantik tau.

DISCLAIMER: saya review berdasarkan pengalaman sendiri dan maklumat penjual/pengeluar.hasil dan kesannya mungkin berbeza bagi setiap orang.


selamat mencuba dan jangan lupa masukkan kod diskaun tu ya.


terima kasih
baibai;)