Walaupun saya jurusolek dan boleh mekap vouge pada hari raya, tapi saya sebenarnya lagi suka mekap simple dan soft tiap-tiap kali raya.so kali ni saya nak share sikit la cara mekap yang simple dan soft.mana tau boleh bagi idea kat hangpa untuk mekap raya ni kan?
warna mekap ni sesuai untuk semua warna baju dan acara.hangpa jangan ingat kalau mekap wajib kena ikut warna baju ja.bila buat mekap yang soft macam ni lagi senang nak matching dengan macam-macam warna baju.
pilih HD tau.
product list saya ada tulis dekat descriptions box video ni.kalau tak ada brand macam saya guna, guna ja apa yang anda ada.janji warna dan fungsi tu lebih kurang sama.video ni simple sikit sebab waktu record dan edit saya tak berapa sihat.buat tengah malam sampai ke awal pagi.rabak mata i nokkk..
dekat dalam video ni jugak saya guna smooth skin foundation yang saya jual.boleh la order kalau berminat nak cuba hehe.sempat promote.... hewhew.
di bawah ni gambar hasil mekap.
.
.
gambar di bawah ni guna front camera.flawless baq hang.
.
.
INSYAALLAH, ini vlog terakhir sebelum vlog ramadan dan video seterusnya.tapi tak pasti nak update yang mana satu dulu.tuto mekap raya ka atau vlog ramadan? kita tengok masa lapang tuan punya blog ni nanti hehe.
vlog kali ni banyak record guna handphone.tapi don't worry bebeh! boleh pilih kualiti HD dan nampak clear ja pun.vlog ni ada aktiviti saya sikit-sikit.pi dinner, pi jumpa doctor kat ipr dan ambil ubat di ijn, kl.lepas tu ada la sikit lagi saya letak aktiviti.
Vlog kali ni banyak pasal makan.mau tak mau kena publish jugak pasal makan walaupun bulan puasa sebab nanti nak update vlog ramadan pulak, insyaallah.
Saya ni jenis suka buat benda ikut turutan termasuk publish hat vlog ni.nak publish dulu ikut yang mana saya record dulu, yang mana kemudian.
Dalam vlog ni saya combine banyak footage dari bulan may.ada pasal kenduri kak ipar, jalan-jalan, pi makan, potong rambut, shopping dan lain-lain tapi banyak tunjuk makan lah haha.kalau tengok waktu siang tu harap bertabah la noh, ini semua dugaaannnnnn..kihkih.
sebab banyak pasal makan, saya boh la tajuk ni.sapa suka makan sep sikit, kita geng haha.
thanks sebab menonton.biasa lah saya buat vlog untuk suka-suka dan bila ada mood ja.tapi kalau rasa vlog ni panjang sangat baik hangpa stop tengok sebelum naik cemuih.satgi tak pasai-pasai hangpa meluat kat kami haha.
Selamat berpuasa di bulan ramadan dan selamat hari raya aidilfitri 2016.
Kali ni saya nak tunjuk cara mekap untuk hari raya menggunakan produk jenama Chriszen.mekap simple tanpa warna yang terlalu terang, tanpa teknik yang rumit, dan tanpa contouring(kecuali shading sikit di hidung).waktu raya selalunya orang nak mekap yang simple dan cepat kan? kecuali kalau nak ke rumah terbuka atau event, baru lah mekap lebih sikit.itu pun masih ramai yang prefer mekap simple.
anda kena try produk Chriszen tau sebab dari pengalaman saya guna selama ni, kebanyakan kosmetik Chriszen memang berkesan dan mekap tahan lama.yang paling saya suka pearl loose powder sebab dapat control minyak kat muka dan cover pori yang terbuka.kulit nampak gebu dalam tempoh yang lama.waktu raya kita beraya dari pagi sampai ke malam dalam keadaan cuaca yang panas kan? mesti berpeluh dan kulit berminyak.so guna la produk Chriszen mekap akan tahan lama.
TUTO MEKAP
mekap simple untuk hari raya aidilfitri.tone mekap ni sesuai untuk semua warna baju.
kat bawah ni gambar hasil mekap dari tuto kali ni.
.
.
disebabkan ini mekap untuk hari raya, bukan main lagi saya buat props bertemakan hari raya.dengan ketupat, kuih raya dan angpau.ikutkan hati nak jugak angkut pelita sekali, nasib ja tak muat kamera.over sangat kan....? miahaha.
saja nak cakap, ketupat ni saya buat sendiri..ehem ehem.kami kat kedah biasa buat ketupat palas isi pulut.tetiba rasa terer bila reti buat ketupat nasi versi ribbon ni.ewah.. sibuk ja saya berlagak padahai reti anyam basic ja pun.hasilnya entah ketupat apa yang jadi.yang ni ketupat bawang kot noh?
REVIEW
produk:
Chriszen
(celak kening, eyeliner jenis liquid dan tinted lip).
harga:
harga dan link saya tulis di description gambar di bawah ni.
kali ni saya nak review sekali tiga produk Chriszen yang saya baru start guna.kalau nak tengok satu lagi tuto mekap yang saya buat menggunakan produk Chriszen dan review produk Chriszen yang lain, sila klik sini >>> natural glam makeup tutorial ft.chriszen + 4 produk review
Chriszen 2-in-1 long lasting eyebrow pencil.
harga: RM17.90 / 19.90
link produk: klik sini
maklumat produk:
terdapat di dalam tiga warna, 01 black, 02 coffee, 03 latte.
hujung celak berbentuk 3 segi dan mudah digunakan.
senang diratakan.
warna natural.
kurang iritasi.
colour swatches.
saya garis guna kedudukan hujung celak yang berbeza.menegak dan mengiring.
pengalaman saya guna:
NATURAL.saya pilih warna 02 coffee sebab warna ni tak gelap sangat dan tak perang sangat.nampak sederhana dan natural.
LEMBUT.tekstur celak lembut, senang nak buat line, warna senang melekat dan senang juga nak blend.tak payah tonyoh kuat-kuat untuk bentukkan kening.
LESS IRRITATION.pengeluar kata celak ni less irritation, saya rasa betul sebab tak rasa gatal dan celaknya sangat senang nak apply dan blend, kita tak payah tonyoh2(kulit tak cedera).lagipun di celah bulu kening saya dah lama menggelupas, baru ja ok semula.bila guna celak ni masalah tu tak berulang lagi.
TERANG.warna pekat, maksud saya garis lembut di kulit pun dah boleh nampak warnanya yang terang.tak perlu tekan dan tak perlu ulang menggaris banyak kali.
MUDAH.boleh tengok dalam gambar di atas, saya try garis guna kedudukan celak yang berbeza, menegak dan mengiring.boleh buat garis yang tebal, lebar, halus dan runcing.mudah!
TAK PATAH.walaupun tekstur lembut, tapi tak mudah patah.sapa yang pakai celak mesti faham kan perasaannya bila tengah garis, celak asyik patah ja.stress mak!
PUSING.pencil jenis pusing.tak tumpul dan tak payah asah.mudah, cepat dan bersih.
TIGA SEGI.mata celak bentuk tiga segi.mudah nak garis frame kening dan mudah nak warnakan dalam kening.
2-IN-1.celak dapat berus sekali di bahagian hujung.guna berus untuk blend garisan yang dibuat.
SAIZ.saiz ringan dan tak terlalu panjang dan tak besar, boleh letak dalam bag dan bawa kemana-mana.
Chriszen eyeliner for beginner black.
harga: RM17.90 / RM19.90
link produk: klik sini
maklumat produk:
terdapat dalam satu warna, black.
tahan lama, 24 jam.
waterproof
senang untuk menggaris terutama untuk beginner
warna hitam pekat.
colour swatches.
pengalaman saya guna:
TERANG.warna hitam pekat dan terang.
SENANG. bentuk macam pen dan hujung runcing, senang nak garis.
PELBAGAI.boleh buat line halus dan boleh buat line tebal.
WATERPROOF.kalis air dan tahan lama.tak mudah comot walaupun berpeluh.
KERING.cepat kering, jadi lepas buat line tu tak payah tunggu lama sangat.
MUDAH DICUCI.walaupun waterproof, tapi agak mudah dicuci dan tak perlu tonyoh.
vlog EP 4 kembali! saja suka-suka record apa yang saya buat.sorry kalau hangpa tengok lepas tu rasa macam pening bila kamera dok pusing kot sana, pusing kot sini.ni sebab 'tukang' record banyak main-main hehe.