Happy Birthday Althea | althea turns 1

Assalamulaikum.



Hai semua.mesti anda tertanya-tanya siapa pula si althea yang sambut birthday ni? sebenarnya althea ni bukan orang lah tapi laman web yang menjual pelbagai jenis produk kecantikan original dari korea.macam-macam produk ada, daripada skincare sampai lah ke produk mekap.



althea dah menyambut ulang tahun yang pertama.tahniah!






sempena ulang tahun yang pertama, althea ada menyediakan keistimewaan dan giveaway untuk pelanggan yang membuat pembelian di website mereka.maklumat lanjut seperti di bawah..


Althea's Birthday Celebration 20th - 31st July, 2016

* Limited edition birthday box + DIY party kit
untuk pesanan yang dibuat pada 20/7/16 dan seterusnya.sementara stock masih ada.

* Free goodies untuk 1,500 pembeli pertama
produk kecantikan saiz besar.sementara stock masih ada.

* Birthday giveaway. pilih 3 produk terlaris untuk 100% REBATE!
rebate akan dikreditkan ke akaun anda.

* peraduan #AltheaTurns1 di instagram
- dah dapatkan Althea party kit? ucapkan happy birthday dengan hashtag #altheaturns1 dan berpeluang untuk memenangi hadiah hebat seperti Macbook Air, Ipad Air 2, Iphone 6S, Galaxy S6 Edge, Canon EOS M10 Selfie Camera, Althea credits dan hamper kecantikan dari Althea!
- Hadiah keseluruhan bernilai KRW10,000,000 untuk dimenangi!
Peraduan bermula dari 20 julai hingga 15 ogos 2016.


Jom sertai sekarang!


Tertakluk pada terma dan syarat.untuk maklumat lanjut, sila rujuk my.althea.kr
atau facebook Althea


Althea




terima kasih.

zoeyzauyah vlog EP 8 | hari raya 2016

Assalamualaikum.


Selamat hari raya! sejak beberapa hari selepas hari raya, hati dan pikiran tuan blog ni dah macam tak keruan sebab ramainya yang dah update vlog raya memasing.hey bila tuan blog nak update pula ni? >_<


jadi secara gigihnya saya pun memulakan aktiviti mengedit footage-footage yang ada dan mula mengupload secara LALALALA dekat akaun youtube tersayang.tapi memang sayang la weh! dia cakap video-terlalu-panjang-kau-ingat-orang-nak-tengok-ke-? lepas hal tu dah setel dia cakap pula(youtube ni memang banyak cakap lah wey!) video saya menghadapi masalah copyright dek kerana mengandung..eh! mengandungi lagu raya pujaan sepanjang zaman.ceh.. baru ja nak kasi feeling-feeling menonton vlog sambil mendengar lagu raya pilihan.kasihan hajat tak kesampaian T_________T


kerana saya seorang yang gigih, saya edit semula dan upload semula dalam 4 ke 5 kali dan kemudian berasa sedih sekali(kahkah) sebab masalah copyright masih berlaku walaupun haku dah stress bertukar-tukar lagu! akhirnya saya pun edit semula dari A sampai ke Z dan meletak lagu tanpa suara secara sedikit sangat sampai tak sempat pun nak feeling nostalgia berhari raya.tapi boleh la dari takde langsung efek raya tu kan? jadi ada baiknya uolss pergi menonton sekarang.babai..!

Photo:
eh belum babai lagi(miahaha).saje nak inform, insyaallah nanti lepas ni saya akan update entry bertulis untuk hari raya hari tu.letak gambar dan tulis terperinci sikit.rindu nak tulis kat blog.biasalah dok cewi buat vlog sampai blog pun dipandang sepi bhahaha.



jangan lupa pilih HD.vlog ni start dari persiapan raya sampai lah ke hari raya kelima.

penat saya edit banyak  kali.tambah pulak waktu record tersalah pilih kualiti(saiz terlalu besar), tak sedar diri laptop saya tak mampu support video saiz besar-besar ni, akhirnya terpaksa edit secara kura-kura sebab very the slow dan asyik heng je tau.


jangan lupa subscribe channel saya, http://www.youtube.com/zoeyzauyah





terima kasih.
baibai.


zoeyzauyah vlog EP 7 | ramadan

Assalamualaikum.


Akhirnya update jugak vlog ramadan yang dipukul canang sebelum ni.itu pun dah dekat nak raya baru terkedek-kedek tuan punya blog ni nak update.tak apa lah, janji ada update bukan setakat bersembang kencang ja weh..miahaha.aku dah kenapa?

Photo:
saya combine beberapa aktiviti yang saya buat dalam bulan ramadan ni.tapi nak habaq siap-siap, bab amal ibadat memang tak boh la dalam vlog ni.jangan hangpa dok tertanya-tanya pulak " dia ni tak done solat tarawikh ka? dia ni tak done baca Al-Quran kan?" kihkih.



pilih HD tau.
saya record guna dua handphone, so hangpa boleh sedar la kualiti dengan soud dia sat-sat berbeza.ada part yang sound dia kuat sikit tau.kalau tengok sambil sumbat telinga boleh terkejut beruk hangpa satgi.baik saya bagitau sia-siap, kihkih.



terima kasih dan jangan lupa subscribe channel youtube saya.



selamat berpuasa dan selamat hari raya.
minta maaf zahir dan batin :)